Melaka - Hari 2: Melaka Duck Tours

Selepas melawat Muzium Samudera, ada lebih kurang 10 minit lagi sebelum jam 11 kami bergegas ke Itik. Ishhh... dok sebut Itik lagi nie dia Melaka Duck Tours.Kenderaan dua alam, darat dan air ~ bila nak buat tiga alam, boleh terbang sekali.

 Sampai sana masih tak boleh naik lagi. Penjaga sedang perbetul skrew apa yang patut atas tu. Tak berapa lama dapat lah naik. Mula-mula kami dengan sekeluarga bangsa cina sahaja naik.
Nielah dia rupa kenderaan dua alam darat dan air Melaka Duck Tours. Kacukan kereta dan bot.



Ingat kami saja yang ada tapi tak berapa lama tetiba penuh dengan pelawat dari Taiwan kot. Baru kereta kacukan nie jalan.

Punyalah bising enjin dia. Mula-mula dia melalui jalan raya dihadapan Dataran Pahlawan dan kemudian membelok ke arah laut. Layanzzz gambar kat bawah... tak tau nak cerita apa dah.
Melintasi Dataran Pahlawan.

Dah nak masuk ke laut.


Sebelum masuk kelaut kereta nie berhenti dulu, tukar driver. Tadi driver kereta, sekarang driver bot pula. Cuaca masih tak menentu, hujan mula renyai-renyai. Tak dapatlah lihat langit biru kat Melaka nie.
dah masuk laut.



Ketika nie Nur fatini tidor, boleh dia tidoq dengan enjin bising cam nie ~ rugi bayaq mahai-mahai. Semasa diair boleh lah basah sikit-sikit kena percik air laut.


Melaka Duck Tours nie bukan melawat tempat-tempat menarik atau bersejarah cuma memberi pengalaman menaiki kenderaan kacukan yang boleh bergerak dua alam. Aku nak beli sebijik kereta nie nak buat ulang alik ke Penang.  Laluan benda kacukan nie seperti kat bawah.
Lalauan Melaka Duck Tours

Harga tiket boleh tahan mahal juga. Untuk dewasa RM38.00, kanak-kanak RM22.00 dan warga emas RM27.00. Kanak-kanak berusia 1 tahun hingga 12 tahun ~ makkk aihhh kanak-kanak mula dari 1 tahun. Ia beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Melaka 2-4 Disember 2013 ]

1. Melaka - Hari 1 : Asam Pedas Selera Kampung
2. Melaka - Hari 1 : Ikan Bakar Umbai
3. Melaka - Hari 2 : Menara Taming Sari
4. Melaka - Hari 2 : Muzium Samudera
5. Melaka - Hari 2 : Melaka Duck Tours
6. Melaka - Hari 2 : A Famosa
7. Melaka - Hari 2 : Melaka River Cruise
8. Melaka - Hari 2 : Coconut Shake Klebang & Medan Samudera
9. Melaka - Hari 2 : Ikan Bakar Muara Sg Duyung
10. Melaka - Hari 3  : Pahlawan Walk

No comments:

Post a Comment