Melaka - Hari 2: Menara Taming Sari

Hari kedua di Melaka. Kali ini keluar dekat sahaja. Ke Bandar Hilir. Tak jauh dari hotel dalam 300M. Sebelum tu pekena makan pagi dulu dan diteruskan perjalanan dengan mutumit sahaja ~ dah dekat.

Banyak benda yang baharu kat sini. Dulu sampai sini cuma ada gerai makan dan cenderamata keliling dataran. Sekarang macam-macam ada. Destinasi pertama Menara Taming Sari. Nak tengok Bandaraya Melaka dari atas.

Macam biasa ambil tiket dulu dan tak bayah beratur masuk ruang duduk menara. Orang tak berapa ramai.

Sebelum masuk ke kokpit menara ambil gambar dulu berskrin hijau. Biasalah depa akan cetak. Nak beli boleh tak nak pun tak pa.

Duduk tak berapa lama, kami diangkat naik. Dapatlah tengok bandaraya Melaka dari atas dan juga sekitar Bandar Hilir yang penuh dengan sejarah. Cuaca masih lagi suram, awan pun asyik putih jaaa.


Pergerakan keatas secara berpusing. Bukan pusing laju tuuu, mau termuntah.  Pusing perlahan saja. Sampai kat atas dia akan berhenti sekejap sebelum turun.



Dari naik hingga turun dalam 8 minit saja. Selepas turun macam biasa akan melalui kedai cenderamata. Cuci mata dulu kat situ. Gambar yang depa ambil pun dah siap berlatarbelakang menara. Semua muka nampak macam comel jerr, jadi ambik la sekeping.

Nie dia bayaran untuk naik Menara Taming Sari nie beroperasi 10 pagi hingga 10 malam. Tiket pula dewasa RM10.00 dan kanak-kanak: RM5.00 ( 2 hingga 12 tahun).

Masih awal lagi. Kami terus ke kaunter Lawatan Itik pula beli tiket. Lawatan Itik bertolak dalam kul 11 pagi, ada lebih kurang sejam lagi. Duduk kat Bandar Hilir nie macam-macam boleh lawat, jadi sambil menunggu tu kami ke Muzium Samudera dulu.

Bersambung....

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Melaka 2-4 Disember 2013 ]

1. Melaka - Hari 1 : Asam Pedas Selera Kampung
2. Melaka - Hari 1 : Ikan Bakar Umbai
3. Melaka - Hari 2 : Menara Taming Sari
4. Melaka - Hari 2 : Muzium Samudera
5. Melaka - Hari 2 : Melaka Duck Tours
6. Melaka - Hari 2 : A Famosa
7. Melaka - Hari 2 : Melaka River Cruise
8. Melaka - Hari 2 : Coconut Shake Klebang & Medan Samudera
9. Melaka - Hari 2 : Ikan Bakar Muara Sg Duyung
10. Melaka - Hari 3  : Pahlawan Walk

No comments:

Post a Comment