Bunga telur seolah kemestian diberi ketika kenduri orang Melayu. Kalau tak ada bunga telur macam tak sah kenduri tu.
Dulu-dulu kalau bunga telur nie, memang original telur yang di hias cantik. Masa sekarang orang panggil bunga telur juga, tapi tak ada telur pun. Telur diganti dengan cekelat, sabun, sapu tangan dan entah apa-apa lagilah. Bunga telur yang ada telur kadang-kadang menjadi hiasan sebelum dijadikan buah tangan kepada tetamu-tetamu tertentu atau untuk keluarga besan sahaja.
Perkataan bunga telur tetap disebut sebab telah digunakan pakai turun-temurun. Macam ubat gigi dipanggil Colgate, ubat demam dipanggil Panadol, ubat batuk dipanggil Breacol, filem dipanggil Kodak dan macam-macam lagilah. Bunga telur nie mungkin juga boleh dipanggil cenderahati. Kalau dalam bahasa orang putih dipanggil goodies atau door gift.
Kadang-kadang bunga telur yang diberi tu menjadi pembaziran pula. Apa taknya diberikan benda yang syok sendiri seperti mangkuk kecil (nak buat apa kebenda nie?), bunga plastik, sabun dan gambar diri sendiri. Golongan pengumpul bunga telur mungkin ia amat bermakna untuk disusun dalam almari. Golongan nie pun dah hampir pupus. Kepada yang tak suka kumpul, bunga-bunga plastik dan juga hiasan-hiasan nie akan menjadi mainan kanak-kanak atau sampah.
Sekarang nie tak ramai dah buat bunga telur macam nie. Sekarang ramai yang dah beralih kepada pemberian yang boleh digunakan atau dimakan seperti kuih muih, cawan (yang boleh guna), sapu tangan, cekelat dan sebagainya. Bunga-bunga untuk hiasan pun dah tak ada, cuma beg kertas kecil untuk diisi dengan barangan tadi. Bertepatanlah dengan zaman yang serba naik sekarang nie.
Cuti sekolah penghujung 2013, aku dapat bunga telur yang lain dari yang lain. Bukan mudah nak memikirkan suatu benda yang berguna dan sesuai dijadikan bunga telur. Nie dia....
Kicap mini. Orang kampung aku pange toyu. |
Sebotol kicap bersaiz mini. Mudah dibawa walau atas kapal terbang. Terima kasih kepada tuan kenduri yang memberi benda nie, memang terbaikkk. Lepas nie mungkin ada yang nak bagi budu atau cencaluk pulak.
Ketika nie yang dah jarang sangat dapat ialah bunga rampai. Ia selalu di letakkan bersama bunga telur supaya wangi. Rumah kenduri pun boleh wangi sekali.
Dah la tuuu... tertulis panjang pulak.
No comments:
Post a Comment