Eain Ikan Bakar, Sungai Petani

Lama tak tulis jalan-jalan pi makan. Tapi yang ini dah lama kami ke sana sebelum isteri aku bersalin lagi. Sekarang baru nak tulis. Kali ini kat Sungai Petani lebih tepat lagi Kawasan Perindustrian Tikam Batu. Eain Ikan Bakar.
Eain Ikan Bakar, Tikam Batu
Kedai makan Eain Ikan Bakar nie terletak di tepi jalan yang bertentangan Kawasan Perindustrian Tikam Batu. Kat kawasan nie banyak kedai makan, tetapi yang nie yang aku rasa sedap, sebab dah lama dok pi makan kat kedai ni.
Tokey kedai ( betul ka nie ? ) tengah cedok kepala ikan.

Kedai ini menyediakan masakan kampung seperti ikan bakar, daging bakar, kari, kurma, sup, berbagai jenis gorengan seperti ikan masin, ikan, ayam, ulam-ulaman, sambal belacan, air asam, sup dan banyak lagi lah. Nak tau mai makan dulu.
Ulam-ulama dah nak habis
Kedai nie boleh kata bersih dan selesa juga lah, kipas diletakkan di beberapa tempat. Meja-meja disusun di luar kedai yang berbumbung sahaja. Kedai dikelilingi pokok-pokok besar, jadi suasana tak berapa panas.

Makanan yang disediakan bagi aku memang sedap dan banyak pilihan. Makan layan diri, air sahaja kena oder. Harga pun boleh tahanlah, tak mahal sangat. Kadai dibuka setiap hari untuk makan tengahari. Bila datang jangan lewat nanti tinggal kuah ja terutama hari kerja sebab ramai pekerja kilang-kilang disitu akan serbu. Senarai menu yang ada kat kedai ditulis ringkas ja.
Klik kalau nak lihat besar sikit.
Parking tak susah. Parking sahaja di bahu jalan atau tempat-tempat yang rasa-rasa ok sekitar kedai tu. Lokasi yang aku tag dalam Google map kat bawah nie cuma agak-agak sahaja, tak lari banyak dari lokasi sebenar.


View Eain Ikan Bakar in a larger map

Kenapa Tulis Blog ?

Kenapa Tulis Blog ? tak kisah la dalam blog free seperti Blogspot dan Worspress atau blog berbayar atau laman sosial yang lain, aku namakan saja sebagai blog.
Gambar dari Google
Mesti ada sebab untuk kita menulis. Takkan macam cerita dulu-dulu, pada suatu hari ada seorang yang berbaju putih datang terbongkok-bonkok dalam mimpi yang menyuruh aku menulis blog. Yang dapat aku fikirkan ialah:

1) Mengetengahkan ide-ide
Yaaa.... seperti ilmu-ilmuan yang tersohor jadi kita pun nak juga mengetengahkan ide-ide kita supaya orang dapat baca. Ide-ide atau ilmu yang ada dalam otak tak boleh buat apa jadi kita akan menulis walau tak di minta.  Untuk menulis dalam jurnal-jurnal atau buku orang tak terima, maklumlah di awal nama hanya ada ENCIK atau CIK atau PUAN sahaja. Kalau di awal nama ada DOKTOR atau PROFESOR atau TAN SRI lainlah, itu pun jika bersangkutan dengan kepakarannya. Jadi lapangan blog menjadi wadah untuk melepaskan apa yang terpendam dalam otak dan untuk dikongsikan. Mana tahu apa yang ditulis amat berguna dan di cari-cari.

2) Meluahkan perasaan
Kasihannnn.... manusia-manusia kecil melukut di tepi gantang nak meluahkan perasaan kat mana? lainlah kalau artis, ahli politik, ahli sukan sebut saja, nahhh.... kat dalam media massa seperti TV, suratkhabar semua akan paparkan. Manusia-manusia kecil nie mahu kah media massa paparkan ?? Blog akan jadi wadah untuk melepaskan perasaan. Kalau marah kat bos, tulislah kat blog, bos mana tahu, hantam cukup-cukup. Walau kita sahaja membacanya tetapi terasa puas dapat menyebarkan permasalahan yang ditanggung. Harap-harap ada yang membaca dan prihatin untuk mengambil tindakan. Ada juga meluahkan perasasaan di blog atau lama sosial lain sebab zaman nie kawan kita hanyalah internet.

3) Mendapat keuntungan
Yang ini banyak. Boleh di bahagikan kepada dua kategori.

a) Pendapatan dari blog : Hari-hari cari ide-ide untuk ditulis. Tak kiralah ide sendiri atau ide yang di cedok sana cedok sini, tampal sana tampal sini, tambah sana buang sini. Janji ada benda baru ditulis supaya blog sentiasa dikemaskini . Cari maklumat atau keyword yang boleh mendapat pengunjung yang banyak. Bangun pagi ja buka blog, berapa orang dah masuk. Lihat pula rating dalam Alexa, kat nombor mana blog kita. Mengharapkan ramai pengunjung yang klik. Nuffnang dan Adsense antara ajen pengiklan yang biasa di letakkan dalam blog. Cari pengiklan-pengiklan lain yang sudi mempromosi di blog. Kalau blog yang ramai orang masuk dan mempunyai ramai pengikut, pengiklan akan suka. Walau kerja tulis blog saja tetapi pendapatan memang berbaloi kadang-kadang boleh jadi terkenal.

b) Jual produk : Yang nie pun banyak, blog dijadikan sebagai tempat untuk mempromosi produk jualan seperti pakaian, kek, hiasan, cenderamat, ubat, jam dan entah apa-apa lagi. Blog sentiasa di kemaskini untuk memperkenalkan produk terbaru. Keuntungan bergantung kepada hasil jualan produk.

4) Menunjuk kehidupan sendiri
Yang nie pun ada. Tulis lah mengenai kehidupan sendiri. Ceritalah kehebatan diri. Beli barang itu beli barang ini, siap ada gambar tag harga lagi. Melancong sana melancong sini. Supaya orang nampak kehebatan dan kekayaan kita. Itu dari segi negatif. Yang positif pula, ada juga yang mengisahkan kehidupan diri untuk menjadi panduan kepada pembaca. Diselitkan nasihat, amalan yang baik, panduan dan lain-lain. Banyak manfaat kepada pembaca.

5) Tunjuk pandai
Yang nie pun banyak juga. Komplen sana komplen sini. Yang itu salah yang ini salah. Habis yang mana betul?? Apa-apa saja yang sealiran dengan aku lah yang betul. Nak tunjuk pandai depan kawan, nanti kena hentam balik. Jadi tulis la ide-ide tu dalam blog. Masuk blog ini kena berfikiran terbuka. Boleh baca, tetapi kena berwaspada.

6) Mencari kenalan yang mempunyai citrasa yang sama.
Laman sosial inilah yang akan menjadi penghubung kepada peminat-peminat seperti pemilik motor besar, pengumpul setem, barangan antik, resepi masakan, melancong dan sebagainya. Oleh itu kita menulis laman yang mengetengahkan minat kita, diharap ada yang mempunyai minat yang sama. Bolehlah kongsi-kongsi ilmu dan bertukar pendapat disamping mendapat kawan baru.

7) Menghasut
Yang ini bahaya. Blog yang mesti di block. Inilah blog yang boleh menyimpangkan akhidah dan merosakkan umat. Jangan terpengaruh. Minta admin block blog nie.

8) Suka menulis
Ini untuk mat-mat dan minah-minah yang suka menulis. Tak kira lah apa yang nak di tulis. Dari cerita diri sendiri samaai cerita merapu. Janji tulis.

9) Sebagai dairi
Zaman dah maju, dairi pun pembekal dah tak bagi ( yang diberi hanya kalendar ). Haaaa blog la tempat mencatit kisah hidup, suka-duka. Lebih menarik boleh letakkan gambar. Blog menjadi sentimentol value dalam perjalanan kehidupan. Kalau kena hack, boleh teriak nie.

10) Mengetengahkan bakat
Nie satu fenomena baru. Laman-laman sosial digunakan untuk mengetengahkan bakat yang terpendam. Antara bakat yang selalu kita lihat ialah miming , bernyanyi, bermain alat muzik, berlakon, bertukang dan sebgainya. Mereka ini ada peminat yang tersendiri dalam internet. Jika kebolehan mereka ini di cungkil oleh yang berkenaan, bakat ini boleh diketengahkan. Mesti berani menunjukkan kelainan.

Nie antara yang aku terfikir. Renung-renungkan....

Penguatkuasaan Halal APD 2011

Alhamdulillah, mulai 1 Januari 2012, Parlimen telah meluluskan Akta Perihal Dagangan 2011 ( APD 2011 ) yang memberi hak hanya kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri ( MAIN ) untuk memberi status halal. Akta itu memberi kekuatan baru kepada JAKIM kerana ia memberi kuasa penuh kepada badan penguatkuasa agama tertinggi itu menguatkuasakan penggunaan dan mengeluarkan logo halal.  Ia juga membolehkan JAKIM memantau dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu, syarikat swasta atau syarikat luar yang memalsukan pengeluaran sijil dan logo halal.

Sekarang nie umat Islam boleh masuk kedai-kedai makan yang ada tanda halal JAKIM tanpa was-was. Sebelum ini aku ada tulis mengenai logo halal yang banyak mengelirukan " Logo Halal Mana Pilihan Qalbu " kini terjawab lah sudah.

Dulu sebelum masuk kedai makan kita akan:

1- Cari logo halal. Entah apa-apa bentuk janji kat pintu ada tulis halal, maka kedai itu halal.
2- Lihat pekerja dalam kedai tu. Kalau banyak yang Islam / betudung secara automatik kedai tu halal.
3- Lihat pelanggan kedai tu. Kalau ada orang Islam masuk atau makan secara automatik kedai tu halal.

Jadi dah selesai isu logo halal mana yang boleh digunakan. Sekarang nie nak masuk kedai makan yang was-was cari logo halal JAKIM. Insyaallah selamat. Layari laman web JAKIM nie untuk maklumat lanjut.

JAKIM juga telah menguatkuasa penggunaan logo, nombor standard dan nombor rujukan pada label pembungkusan produk. Ini logo halal standard.

Terima kasih dan tahniah kepada JAKIM dan MAIN. Semoga usaha untuk mempertahankan hak orang Islam dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

P/s: Boleh cadang satu lagi ? Kalau boleh letakkan bar kod yang boleh scan kat pasaraya untuk memudahkan pengguna kenalpasti status halalnya palsu atau dah tamat tempoh.

Hari Pertama Ke SK Bertam Perdana

Setelah menjalani orientasi pada 31/12/2011 yang lalu. Hari nie Rabu, 4hb Januari 2012 Muhammad Ammar akan melangkah ke alam persekolahan yang betul bukan main-main punya. SK Bertam Perdana, depan rumah ja.

Setelah balik dari Tahfiz di CIKAL, rehat sebentar selepas tu makan. Sungguh selera, maklumlah nak masuk darjah satu.
Habis ja makan, pi bersiap. Haaaa dah siap. Untuk hari pertama dan kedua aku ambil cuti, nak hantar dia ke sekolah dan selesaikan apa yang patut terutama buku tulis yang masih belum dapat sepenuhnya.
Bersemangat
Keluar dari rumah dalam jam satu petang. Kelas mula 1.10 petang.

Semua murid berkumpul di dewan terbuka sekolah. Sebok guru-guru kepong pelajar. Tahun satu, ramai yang tak paham bahasa lagi. Murid-murid diminta berbaris mengikut warna seperti hari orientasi.
Dah semua sedia, murid-murid dibawa ke kelas masing-masing. Kami ibu bapa pun ikut sama dari belakang. Tengok mereka masuk kelas.
Setakat nie tak ada yang teriak nak balik. Semua bergumbira dengan kawan-kawan baru.
Dah mula belajar
Aku tunggu sat kat depan kelas, tengok Ammar dah ada kawan, aku pun balik.

Rehat jam 3.40 petang. Dalam 3.30 aku sampai ke sekolah tunggu bunyi loceng rehat. Tak lama Ammar dah turun dengan geng-geng dia. Tunjuk serba sedikit cara nak membeli-belah. Suruh dia tanya dulu harga baru bayar dan jangan lupa ambil baki kalau ada. OK lah boleh buat sendiri.

Sungguh berselera

Nie antara telatah pelajar ketika waktu rehat
Nie dia nasi dengan ayam seketul RM 1.00. Nasi dengan sosej pun RM 1.00.
Sepinggan nasi & ayam RM 1.00
Lepas ja makan, pelajaran jasmani yang tak ada dalam jadual bermula. Berlari kat tengah padang dengan kawan-kawan. OKlah dah ada geng.
Tengah buat k-pop

Pukul 4.00 petang lebih cikgu panggil untuk beratur naik ke kelas semula. Sekali lagi jenuh mengepung, tapi tak lah macam tengahari tadi, semua dah cerdik sikit. Aku bagi tau Ammar, balik sendiri ikut pintu kecil macam datang tadi.
Berpeluh
6.30 petang lebih kami tunggu kat depan rumah tengok dia balik. Alhamdulillah selamat balik. Selesailah satu hari menempuh darjah satu.

Hari ini Muhammad Ammar memulakan darjah satu dan kakaknya Siti Sarah masuk darjah empat. Semoga mereka belajar bersungguh-sungguh dan cemerlang di dunia dan akhirat, amin.

Orientasi Tahun Satu SK Bertam Perdana 2012

Mulalah hari baru perjalanan hidup Muhammad Amnmar. Hari orientasi tahun satu Sek Keb Bertam Perdana pada Sabtu, 31 Disember 2011. Macam biasa bangun awal pagi. Tapi tak kalut maklumlah sekolah depan rumah. Sarapan lebih kurang dan siap untuk ke sekolah.
Bersama kakak dan adik. Sekolah kat belakang tuuu

Ke sekolah bersama Angry Birds, kegilaan zaman ini.
Aku dengan Siti Sarah saja hantar Ammar. Maknya dok kat rumah, jaga dua si kecil Firas ngan Fatini.
Perjalan beribu batu bermula dari langkah pertama
Sampai ja kat sekolah, orang dah ramai. Daftar masuk bilik darjah. Daftar nama pelajar di bahagikan kepada enam kumpulan yang diberi dengan enam warna antaranya merah, biru, kuning dan sebagainya. Aku dua tiga kali semak senarai nama pelajar yang ditampal kat dinding, nama Muhammad Ammar tak ada. Apa lagi tanya cikgu yang jaga kaunter, dia suruh ke pejabat.

Aku ke pejabat di tingkat satu. Jumpa PK Pn Nor Hidayah, lalu di periksa buku pendaftaran. Nama Ammar memang di daftarkan. Adalah sedikit kesilapan teknikal menyebabkan namanya tak dimasukkan dalam senarai. Lalu Ammar diletakkan dalam darjah Biru. Darjah-darjah yang dibahagi ketika ini adalah bilik darjah sementara. Nanti akan ada ujian khas untuk menentukan kelas sebenar.

Selesai mendaftar, murid-murid diminta berbaris mengikut warna masing-masing. Aku nampak tak ada yang menangis masuk ke alam persekolahan. Kebanyakan ceria berlaka.


Muhammad Ammar menanti arahan seterusnya.
Pink tetap menjadi pilihan pelajar perempuan
Ben 10, Transformer, Spider Man dan macam-amacam super hero
menjadi pilihan pelajar lelaki.
Selepas berbaris ikut warna masing-masing mereka di bawa ke bilik darjah. Tak taulah apa berlaku selepas itu.

Ibu bapa pula berhimpun di dewan terbuka, ruang legar bawah sekolah untuk di perkenalkan dengan barisan orang kuat SK Bertam Perdana.
Barisan orang kuat SK Bertam Perdana
Majlis dimulai dengan doa dan disusuli dengan ucapan oleh Guru Besar, Cikgu Abdul Halim. Antara yang diperkatakan ialah sistem baru yang akan diperkenalkan iaitu KSSR . Sistem baru ini mempunyai 10 waktu, sebelum ini 8 waktu sahaja. sistem ini juga akan memperkasakan Bahasa Melayu dalam pelajaran. Matematik dan Sains akan dijalankan dalam bahasa ibunda semula. Seperti sireh pulang ke gagang.

Guru Besar, Cikgu Abdul Halim
Beliau juga menerangkan kenapa tahun satu dan dua di jadikan sesi petang. Ini disebabkan pertambahan murid yang menyebabkan pertambahan penggunaan kelas untuk setiap tahuh, dari tahun satu sehingga tahun enam. Tahun satu sahaja mempunyai 240 orang murid. Guru juga ditambah  sebanyak 11 orang menjadikan 56 orang guru. Sebab itu juga yang menyebabkan buku tulis yang dijual di Kedai Buku Sekolah tidak mencukupi.

Berhubung dengan pembentangan belanjawan tahun ini, yuran sebanyak RM 30.20 dimansuhkan dan bantuan persekolahan sebanyak RM 100.00 akan diberikan pada bulan Februari.


Ucapan kedua disampaikan oleh YDP PIBG, En Abd Latif. Dah yang berucap YDP PIBG mestilah memberitahu peranan PIBG iaitu secara ringkasnya membantu pihak sekolah. Tahun 2012 SK Bertam Perdana akan mengeluarkan pelajar pertama yang mengambil UPSR. Beliau meminta ibu bapa mengambil berat pelajaran anak-anak, jangan melepaskan tanggungjawab mendidik kepada guru-guru sahaja.
YDP PIBG En Abd Latif
Oleh kerana orentasi ini berjalan serentak untuk Pra Sekolah juga, maka beliau menerangkan serba sedikit tentang kriteria pemilihan kemasukan pelajar ke Pra Sekolah ini supaya yang tak dapat tak berkecil hati pula.

Beliau juga menasihati ibu bapa yang ada masalah berhubung dengan sekolah supaya berbincang secara baik dengan pihak sekolah. Ibu bapa juga di ingatkan memberi sumbangan untuk PIBG supaya PIBG dapat membantu sekolah dalam aktiviti-aktiviti anak-anak seperti Hari Kokurikulum dan Hari Sukan.

Selesai YDP PIBG, naik pula Cikgu Muhamad, PK. Beliau memberitahu waktu pembelajaran pelajar ( boleh lihat risalah yang diberi semasa pendaftaran ) dan juga pelajar-pelajar akan dibawa bersembahyang dibawah bimbingan cikgu-cikgu.

Selepas itu PK HEM Cikgu Nor Hidayah, PK HEM pula memberi taklimat. Beliau banyak menyentuh mengenai pemakaian pelajar-pelajar terutama pelajar perempuan. Tudung yang dipakai hendaklah putih dan tak ada corak-corak dan tak ada intan berlian. Barang kemas juga dilarang di pakai ke sekolah.  Kalau yang tak pakai tudung tu boleh pakai cekak dan cekak tu mestilah hitam atau putih sahaja. Tudung ada awning boleh dipakai janji putih. Peraturan-peraturan lain ada tertulis dalam risalah peraturan sekolah yang diedarkan semasa pendaftaran.

Cikgu Zamzuri PK Kokurikulum mengambil tempat pula. Beliau memberitahu untuk tahun satu dan dua, pelajar hanya boleh mengambil bahagian dalam sukan sahaja manakala untuk tahun tiga sehingga enam, mereka boleh menyertai acara sukan dan kokurikulum.

Taklimat terakhir disampaikan oleh cikgu Siti Aisyah Ayub, PK Petang memberi nasihat kepada ibu bapa supaya buku-buku, kasut, baju ditulis nama anak supaya senang dicari.

Sebelum majlis berakhir, Cikgu Saliha membuat pengumuman bahawa buku teks boleh diambil di kaunter untuk pelajar-pelajar yang telah mendaftar di SK Bertam Perdana sahaja. Kepada pelajar yang membuat rayuan masuk ke SKBP buku teks akan diberi kemudian. Ini disebabkan buku teks yang diberi oleh kementerian mengikut jumlah asal yang mendaftar ke SKBP tak termasuk kes rayuan.

Sesi taklimat tu memang bagus untuk didengar oleh ibu bapa tetapi sistem bunyi tak berapa power, jadi sesiapa yang berada di belakang atau tengah dengar tak berapa jelas.
Selesai sahaja majlis, Orang terlalu ramai di kaunter buku teks jadi aku ke bilik darjah ambil Ammar dulu.
Bersama kawan baru

Dalam darjah bersama belon

Ambil sahaja Ammar kami ke kaunter untuk mengambil buku teks, malang sekali disebabkan nama Ammar tidak di masukkan dalam senarai jadi tak dapatlah lagi buku. Kena tunggu ( harap jangan jadi macam buku kat Kedai Buku Sekolah, buku tak cukup  ). 

Harap guru-guru bila mengajar tu sedar bahawa tak semua pelajar dapat buku teks dan buku aktiviti lagi. Jangan laju-laju sangat.

Berbaris mendapatkan buku teks
Semua dah dapat ?
Berakhirlah orientasi tahun satu. Ini baru penganalan kepada Muhammad Ammar yang akan memulakan sesi persekolahan pada 4 Januari 2012. Selamat menempuh alam baru dalam kehidupan.

Kedai Buku Sekolah - Beratur

Setelah diberitahu 29/12/2011 buku akan ada di Kedai Buku Sekolah SK Bertam Perdana. Aku ambil cuti hari pada 30/12/2011, Jumaat. Hajat nak selesaikan pembelian buku tulis. Sebelum ini dah dua kali Jumaat aku datang tetapi tutup. Kira ini Jumaat ke tiga aku datang beli buku. Kalau tak ada juga kena buat kenduri pisang la. Sampai ke kaunter dapat lah beberapa jenis buku, tetapi tak lengkap lagi. Diberitahu 2/1/2012 tahun hadapan buku akan sampai. OK lah tak kan nak marah budak jaga kedai tu, dia tak bersalah.

2/1/2012, Isnin, aku datang lagi kesekolah buat kali ke empat. Tak payah ambil cuti sebab cuti tahun baru. Dalam jam 9.30 pagi aku ke sekolah. Tuuu dia orang dah ramai. Beratur panjang.

Aku pun tumpang sekaki beratur sama. Punya lah lama beratur, tetapi bergerak sikit saja. Adalah ibu bapa yang ada kat situ cakap yang dok jaga Kedai buku tu seorang saja. Dia sajalah yang ambil buku dia lah yang ambil bayaran dan dialah yang dok dengar aduan ibu bapa. Kenapa jadi macam ini ? pengusaha kedai nak untung lebih ka ?
Notis tanpa tarikh.
Oleh kerana terlampau lama berbaris. Kak Zah yang ada kat situ pun masuk kedalam kedai. Apa lagi jadi sukarelawan membantu mangsa buku.
Kak Zah manjadi sukarelawan
Yang tak berapa sedap dengar, berbaris punyalah lama tetapi buku yang dapat tak lengkap lagi. Banyak yang dah habis.

Maklumat yang diperolehi dari penjaga kedai tu, buku tak mencukupi disebabkan oleh pertambahan pelajar. Lagi pun dari tahun satu sampai tahun enam buku-buku tu juga yang digunakan. Yang berbeza cuma bilangannya. Tak boleh nak disalahkan sesiapa, jadi bersabar sajalah.

Bagaimana Ambang 2012 Di Sambut ??

Berbagai sambutan yang di lakukan untuk menyambut tahun baru. Kebanyakan dihiasi dengan pertunjukan bunga api dan konset hingga awal pagi. Nanti bulan sembilan 2012 banyak la kes-kes buang bayi. Masa tu buat-buat terkejut kenapa moral anak-anak muda semakin rendah. Tapi tak apa sebab konsert-konsert tu dihadiri oleh menteri-menteri. Ketika inilah menteri dapat mendampingi rakyat ( walau dia duduk atas pentas ja ).

Poster dari syahirul.com Facebook
Alhamdulillah disebalik gemerlapan untuk menyambut detik 12 malam ada disebalik tu yang masih ingin mengingati pencipta dengan cara tersendiri. Tak perlu ikut orang lain atau negara lain yang menyambut dengan bunga api. Sebagai contoh Countdown 2012 yang dadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang menampilkan Ustaz Azhar Idrus, Zizan Raja Lawak, Sham Kamikaze dan ramai lagi. Tengok poster pun terasa meriah. Rasanya banyak lagi tempat yang membuat program seumpama itu.

Tapi apa boleh buat, aku yang duduk kar rumah saja ketika tu boleh tengok TV ja lah. Tontonlah yang dihidangkan, konsert dengan bunga api. Siaran TV banyak tetapi semua tayang rancangan yang lebih kurang sama ja. Kenapa tak ambil inisiatif untuk menampilkan kelainan?