Berniaga Di Sekolah - part 2

Imbas kembali ketika aku menghantar anak untuk hari orentasi memasuki tahun satu. Semua berjalan lancar anak aku tak ada masaalah untuk bersekolah, tak nangis la.
Sementara anak-anak menjalankan sesi orentasi, kami sebagai ibu bapa diberi taklimat oleh pihak sekolah. Berkumpullah kami di dalam surau. Taklimat diberikan oleh barisan orang kuat sekolah dari guru besar sehingga guru-guru penyelia.
Semua guru-guru memberi taklimat berkenaan bidang tugas masing-masing yang bersangkutan dengan anak-anak seperti jadual sekolah, kelas tambahan, tatatertib dan sebagainya. Apa yang aku terpanggil untuk menulis adalah taklimat terakhir oleh seorang wanita bukan wakil dari pihak sekolah.
Mulanya wanita ini berbicara tentang untuk meningkatkan kecerdikan dan kecergasan anak-anak. Dalam hati aku berkata, hebat juga sekolah ini jemput seorang motivator untuk meningkatkan semangan kami untuk mendidik anak-anak supaya menjadi manusia hebat. Tapi ditengah ceramahnya dimasukkan produk iaitu sejenis pil yang dakwaannya akan menjadikan seseorang kanak-kanak itu cerdas fikiran dan mempunyai kesihatan yang baik. Aku pun tak berapa ingat lagi kata-katanya, macam-macam yang dihujahkannya maklumlah motivator pandailah dia berhujah, memang itu kerjanya pun.
Lalu dipromosikanlah pil makanan tambahan yang didakwa anak-anak bolah mendapat kecergasan fikiran dan badan. Mesti makan setiap pagi sebiji, dimamam macam jajan. Time nie akau terus switch kepala aku dari motivator ke salesgirl, patut la bersemangat. Ceramahnya kekadang seolah-olah menakutkan ibu bapa tentang peri pentingnya memberi anak-anak makanan tambahan ini supaya mereka tidak ketinggalan didalam pelajaran.
Habis sahaja ceramah beliau selepas bersalaman dengan guru-guru berkerumun lah ibu bapa untuk mendapat pil-pil itu. Yang miskin, yang berada, sanggup mengeluarkan duit dengan harapan selepas makan pil ini anak-anak menjadi manusia yang hebat.
Aku tak marah tentang pil ini tetapi cara dan tempat promosi ini dilakukan tak sesuai langsung, diambilnya slot taklimat guru-guru kepada ibu bapa. Sepatutnya masa ini bolehlah dibuat suai kenai antara ibu bapa dengan pihak sekolah, contohnya aku ini yang baru hantar anak pertama ke darjah 1. Ini boleh merapatkan silatulrahim dan semangat ukhwah antara pihak sekolah dan ibu bapa.
Promosi jualan pil seolah-olah guru-guru zaman sekarang tak mempunyai semangat untuk mengajar dan hanya berserah kepada pil yang diambil oleh pelajar untuk maju kehadapan.
Terfikir juga aku zaman sekarang ini kita banyak bergantung kepada pil-pil makanan tambahan. Semua kerja menjadi mudah jika ada pil-pil makanan tambahan ini. Terbayang dalam kepala aku macam filem MATRIX apa saja sihero 'Neo' mahu maka diupload kan kedalam otaknya. Itu zaman akan datang tapi zaman sekarang pil-pil ini yang akan membantu. Jika nak otak cergas, anak dapat 5'A', badan cergas, muka awet muda, badan sihat, kurus, gemuk, macam-macam jika nak semua makan pil.

Apa yang aku maksudkan buka pil ubatan yang diberi atau disyorkan oleh doktor-doktor terlatih tetapi oleh doktor-doktor katalog. Baca katalaog boleh jadi doktor.
Pil-pil ini bukan tak baik ada yang memberi kesan yang positif tetapi jika berserah kepada pil-pil ini tanpa berusaha, itu yang tidak baiknya. Sampai bila kita hendak bergantung kepada pil-pil ini. Kadang-kadang jika terlupa mengambil pil tertentu, kita secara automatik terasa kekurangan dan badan secara sepontan menjadi lemah, seperti hari-hari bawa handphone tetiba suatu hari terlupa membawanya, kita berasa ada sesuatu yang hilang dalam hidup ini. Sedangkan ia tak memberi kesan yang ketara pun dalam hidup kita.

1 comment:

  1. Lepas nih sure ada promo kismis, insuran dan spek mata pulak...hihi..

    ReplyDelete