Hari Pertama ke SKPK

Hari ini hari pertama anak aku akan masuk ke Sekolah Kebangsaan Paya Keladi. Aku dan isteri dah ambil cuti untuk 4 hari (bukan serentak cuma untuk hari pertama sahaja). Seawal jam 6.00pg sudah bangun dan bersiap. Hari ni ok la sebab kami cuti, kalau kerja macam biasa rasanya kena bangun lebih awal lagi.

Muhammad Ammar kami hantar dia ke tadika dahulu, biasa la kalau bawa nanti dia pula yang lebih. Kelas mula jam 7.30pg. jadual tak ada lagi jadi aku masukkan saja la buku tulis mereka serba satu ( buku panjang, kotak-kotak, garis penuh dan separuh), beg masih ringan lagi.

Bersemangat anak aku ke sekolah, harap-harap macam tu sampai habis. Sampai sekolah istri aku cepat-cepat bawa anak aku ke kelas, nak tempah kerusi yang depan supaya dekat dengan cikgu dan dia dapat ambil perhatian setiap apa yang diajar.

Hari ini kerusi dah ditukar kedudukan, bukan satu-satu tetapi telah disusun berkumpulan. setiap kumpulan terdiri dari 6 pelajar (6 meja). Anak aku dapat kerusi depan tetapi tak dapat mengadap guru, jadi jika ada pengajaran dia kena toleh kebelakang, rasa aku tak selesa kat dia. ashik kena toleh belakang, boleh sakit tengkok, apa nak buat yang tu ja ada kat depan. Cikgu pula kalau yang malas jalan, hanya dok dihadapan ditengah-tengah kelas saja, rasanya kena 1 hari mau sakit leher anak aku nie. Mungkin masa ni cara pengajaran.


hari ini tak ramai ibu bapa yang menunggu mungkin sebab anak-anak mereka dah biasa dengan sekolah ni. mungkin mereka dah pernah masuk Pra-Sekolah di sini. Kami tunggu sampai lebih kurang jam 8.30pg lepas tu kami pergi makan pagi.




Rehat mereka 10.10pg hingg 10.30pg, jadi dalam 9.50pg kami datang semula ke sekolah untuk tunjuk cara-cara membeli di kantin. Kantin yang ada merupakan kanti sementara yang ditutupi oleh 3 buah khemah. kantin baru belum sipa lagi beersama bangunan baru, kontraktor lari, bila nak siap??? tak tahu lagi.



Anak aku bukan pernah beli barang sendiri, kira ini pertama kali dia kena beli makanan sendiri. ramai yang serbu kantin, berbaris panjang la juga. Kena tunggu lama, kalau macam ini alamat ada yang tak dapat makan la.




Makanan tak macam restoran la lauk standard saja nasi putih lauk ayam masak kicap (mak cik kanti bagi tahu), sosej dan nugget dan ada la mereka jual nasi lemak, bihun goreng bungkus dan makanan ringan termasuk APOLLO (ada MELAMIN pun boleh jual kat sekolah lagi) sungguh tak berkhasiat kalau makan hari-hari, sayur tak ada, buah tak ada, macam mana kerajaan nak jadikan rakyat suka kepada makanan berkhasiat jika dari mula persekolahan di sogokkan dengan makanan begitu.


Esok isteri aku nak buat bekal setelah tengok cara pembelian dikantin sementara ini yang tak tersusun. Ini mungkin hari pertama susunan pelajar keluar kantin tak dimantapkan lagi. Nasi goreng, laksa aku tengok ada budak-budak tu makan, aku tak nampak pula tadi kat kantin, mungkin makcik kantin bawa kemudian.



Yang paling menarik budak-budak perabih (belanja yang tidak sepatutnya) duit. Disediakan Vending Machine (mesin air) kat dalam sekolah, jadi budak-budak berkerumun nak gunakan benda ni. Aku tengok bukan murah sangat harga minuman tu (air bukan dalam tin tetapi dalam bekas plastik macam yang jual pasar malam) antara 60sen ke 90 sen. Masa aku ambil gambar ada la guru sekolah tu tegur aku, mungkin dia ingat aku adik beradik Karam Singh Walia kut nak buat berita, dia tanya la aku ambil gambar buat apa? dan dia bagi tahu aku mesin tu untuk pelajar waktu Kokurikulum mungkin sabtu dan Ahad jika mereka dahaga ( kantin tutup).


Darjah 1 ada yang dah ada kawan terutama yang telah masuk pra-sekolah di sini. Anak aku masih berkawan dengan Anis dan anak Mak Cik Esah ( dia yang hantar Sarah dan Anis dari sekolah ke tadika - ini bukan makcik van tapi mak cik AVANZA tuuu). Waktu balik tak ada masalah sebab anak Mak Cik Esah sama kelas dengan Sarah. Jadi dapat balik sama-sama. Tak risau jika tertinggal.

No comments:

Post a Comment