Malam ni aku tergerak untuk menulis mengenai anak aku yang berada di darjag satu.
Hari ini anak aku bawa balik sekeping kertas yang diberikan oleh seorang abang di sekolahnya. Kertas senarai buku-buku ulangkaji, mewarna, cerita dan sebagainya. Sebuah syarikat ini akan mengadakan jualan buku di kantin sekolah esoknya (hari jumaat 6/3/2009). Merengek la anak aku nak beli buku yang disenaraikan dalam kertas itu. Kami usik dia jangan beli buku tersebut, terus dia nangis sambil menceritakan dia tak beli buku yang dijual sebelum ini. Buku yang dimaksudkan ialah buku cerita YUPIN & HIPIN (bukan Upin & Ipin seperti filem tuu- kira cetak rompak la kot). Buku ini katanya di suruh beli oleh cikgunya dan semua murid telah membelinya. Jadi untuk memujuknya kami beli la 2 buah buku untuk dia dan adiknya.
Apa yang jadi mushkil aku, tak tahu la sekolah lain macam mana, tetapi apa yang aku lihat syarikat-syarikat boleh masuk ke kawasan sekolah untuk membuat jualan (mungkin dengan kebenaran pihak sekolah) samaada buku, makanan tambahan, minuman. Tak cukupkah lagi dengan buku sekolah yang diberi dan juga buku latihan yang dibeli oleh ibu-bapa. Anak-anak disogokkan pula dengan jualan disekolah. Untuk anak-anak yang sudah besar mungkin ok lah mereka boleh berfikir sendiri, tapi untuk anak-anak yang baru masuk sekolah seperti darjah 1, mereka mungkin menganggap membeli buku ini adalah wajib tambahan kawan-kawan mereka turut membelinya. Ditambah pula dengan galakan/sokongan dari pihak sekolah atau guru-guru menambahkan keyakinan anak-anak bahawa maha wajibnya membeli buku-buku tersebut. Ini memberi babanan kepada ibubapa untuk menjelaskan perkara wajib dan sunat untuk segala aktiviti di sekolah.
Walau ibubapa bukan seorang guru yang dinobatkan oleh kementerian tetapi membeli buku-buku tambahan perlu pengawasan dan pemilihan yang betul. Jika berlaku begini anak-anak yang tak tahu apa-apa hanya menunjukkan brochure/iklan kepada ibubapa dan terus nak membelinya tanpa tahu isi kandungannya mungkin berpandukan kepada tajuk yang mereka rasa ok atau sekadar ikutan.
Kejayaan itu datang bukan hanya bergantung kepada berapa banyak buku tambahan yang diberi tetapi pengemblingan sumber-sumber yang ada di sekolah seperti guru-guru yang dedikasi, bahan-bahan bantuan mengajar seperti buku-buku tek, buku latihan, perpustakaan dan juga komitmen ibu bapa yang tak berbelah bahagi dan daya usaha anak-anak itu sendiri. Buku-buku tambahan bukannya tak bagus tetapi biarlah buku tambahan itu memberi impak yang maksima kepada sistem pembelajaran anak-anak bukan sekadar ikutan.
Membeli buku tambahan yang bukan keperluan hanya akan menguntungkan pihak peniaga sahaja. Ini akan memberi bebanan kepada ibu-bapa, kasihan kepada mereka yang tak berkemampuan dari segi keewangan dan yang mempunyai anak yang ramai bersekolah.
Aku tak berapa setuju dibuat jualan disekolah, bagi aku jika nak buat jualan, syarikat-syarikat mengedarkan iklan/brochure kepada pihak sekolah. pihak sekolah yang edarkan kepada anak-anak tetapi dengan penerangan yang jelas tentang edaran iklan tersebut. Pihak syarikat tidak boleh mengadakan jualan didalam kawasan sekolah tetapi dibuat ditempat lain yang mana ibu-bapa boleh pergi melihat sendiri jualan tersebut.
Yang aku lihat jualan yang dilakukan oleh syarikat ini seperti mengambil kesempatan terhadap anak-anak ini, mereka akan buat jualan dalam masa 2 jam sahaja contoh dari jam 12tgh - 2 ptg. Apa yang berlaku anak-anak akan membeli tanpa usul periksa sebab mengejar waktu dan ibu-bapa pun tak sempat nak lihat.
Aku harap setiap syarikat yang hendak membuat jualan disekolah dikaji semula keberkesanan atau impak yang akan diterima oleh setiap anak-anak.
No comments:
Post a Comment