Sarapan dulu di Bertam dan terus ke Air Itam, ke Stesyen Kereta Api Bukit Bendera. Dalam perancangan nak naik ke Bukit Bendera waktu pagi. Maklumlah cuti sekolah, mungkin jika lambat orang ramai. Dalam jam 8.30 pagi kami sampai ke stesyen. Orang tak ramai. Tapi parking sekitar stesyen kereta api bukit semua penuh. Mungkin penduduk setempat yang parking.
Stesyen Kereta Api Bukit Bendera. Disediakan Stesyen bas dan parking kereta bertingkat. |
Masa kami sampai orang tak ramai lagi. Beli tiket terus masuk kedalam stesyen. Sepanjang laluan untuk menaiki kereta api dibuat seperti galeri. Diletakkan model kereta api dulu-dulu dan juga alatan-alatan yang berkaitan sejarah awal Kereta Api Bukit Bendera. Sementara menunggu kereta api sampai bolehlah menambahkan ilmu - macam bagus ja.
Laluan berbaris menaiki kereta api. |
Siapa yang pernah merasa naik benda ni ke Bukit Bendera? Anda legend. |
Pemandangan sepanjang perjalanan ke atas. |
Dua orang ini la yang seronok. |
Sampai keatas. Terasa kedinginannya. Tempat pertama kami tuju ialah Sky Walk. Sebuah pelantar yang dibina 360⁰. Dapatlah melihat kehijauan Bukit Bendera dan di kejauhan boleh nampak Georgetown - tak berapa jelas sebab sedikit jerebu.
Sky Walk |
Dah habis pusing-pusing Sky Walk kami jalan-jalan santai mencari Ais Kacang (ABC la tu) yang diviralkan sambil menikmati suasana sejuk dan keindahan disini. Katanya Ais Kacang sedap.
Kami sampai di Medan Selera Bukit Bendera. Masuk kesini ada dua tingkat. Macam-macam ada dari goreng-goreng sehingga makanan barat. Kiosk ini bercampur anatar pengusaha Islam dan juga non-muslim. Jadi pilihlah yang mana berkenaan.
Berbagai makanan disediakan. Dari masakan Melayu sampai ke masakan barat |
Isteri aku diberi penerangan mengenai ABC yang terdapat di kiosknyaπππ. Bukan senang nak pilih, banyak pilihan |
Ais kacang atau ABC yang diviralkan. Dihadapan kiosk diletakkan model ABC ini. Nampak pun macam boleh makan dah. |
Layan, aku tak tahu apa nama ABC ni. Yang pasti ABC ini di letakkan mempelam, strawberi dan ais krim. |
Nasi Lemak Ayam. |
Asal ada pagar saja, nak sangkut pad lock. |
Bukit Bendera sekarang bukan seperti zaman dulu-dulu. Dulu-dulu tak banyak tarikan. Seingat aku cuma ada medan selera, tempat melihat pemandangan dan tempat lepak-lepak sambil menikmati cuaca sejuk. Sekarang berbagai tarikan ada seperti Medan Selera yang selesa, Owl Museum, Camera Museum, Little Village, Perkhidmatan Buggy, The Habitat, Earthquake and Typhoon Pavilion. Yang pasti nak masuk kebanyakannya berbayar, harga pun boleh tahan πππ.
Bro yang menjaga kebersihan dipanggil "CEO Cleaning Executive Officer". Orang yang menjaga kebersihan dan kemudahan orang lain memang patut di angkat martabatnya. |
Dalam santai-santai jalan ternampak buggy. Macam menarik saja. Jadi kami sewa sebiji ronda-ronda - bukan pandu sendiri, ada Bro yang pandu sambil cerita serba sedikit tentang Bukit Bendera. Kami dibawa mengelilingi kawasan Bukit bendera. Dibawanya pusing-pusing melihat rumah-rumah lama peninggalan British dan juga menikmati keindahan alam sekitar.
Aku bersama Bro yang menjadi pemandu Buggy. Ramah Bro ini. |
Kami masuk pula ke Little Village. Mula-mula malas nak masuk, maklumlah harga boleh tahan juga. Tapi bila diberi tawaran yang menarik, harga murah sikit kami masuklah. Tempat ini merupakan sebuah lorong yang dihisi dengan cantik. Tempat yang menarik untuk ambil gambar.
Little Village |
Fatini memakai custume yang disediakan. Jadi Princes la kejap. |
Di hujung lorong terdapat sebuah kedai madu. Disini pengunjung boleh merasa dan juga membeli. Kalau tak silap ada dijual madu asli dan juga madu perasa laici.
Boleh rasa madu. |
OKlah disinilah destinasi terakhir atas Bukit Bendera. Kami jalan menyusuri lorong yang dihisai cantik untuk ke stesyen kereta api semula. Walau ada kedinginan tanah tinggi tetapi dilawan terik matahari, berpeluh juga kami.
Dalam jam 12 tengahari kami sampai ke bawah semula. Sampai ke stesyen bawah, MasyaAllah tuuu dia orang yang hendak naik keatas bukan main ramai. Alhamdulillah kami datang awal.
Samapi ke stesyen bawah. Orang yang beratur panjang nak naik. |
Waktu operasi:
Setiap hari dari 6.30 pagi hingga 11 malam.
Harga tiket pergi balik (Warganegara):
Dewasa: RM12.00
Kanak-kanak: RM6.00
(Harga dah naik. Tahun 2018 masa kami naik tiket dewasa RM10.00 dan kanak-kanak RM5.00)
Website:
http://penanghill.gov.my/
Ok lah sambung ke post seterusnya.
Sewa buggy brp?
ReplyDeletemaaf lupa la pulak... tapi dalam anggaran RM30
Delete