Melaka - Hari 4 : Ladang Dinosour Muar

Dah kenyang di Cafe Maharani, dah serupa makan tengahari pula. Perjalanan diteruskan ke Kampung Sabak Aur, masih di Muar. Apa menarik disini? Dengan cerita ada ladang menternak Dinosaur.

Perjalan yang berliku juga. Tiba di sebuah tempat yang seperti tapak semaian pokok. Dari jauh sudah nampak leher panjang sauropoda.

Parking amat mudah disini sebab ada satu kawasan luas dijadikan tempat parking. Dari jauh bebudak memang teruja melihat beberapa ekor dinosour di luar pagar. Ada beberapa dinosour di letakkan di luar.  Apa lagi kena bergambar dulu dihadapan premis.
Bergambar dengan T-Rex



Selepas melepasi beberapa ekor dinosour baru sampai ke pintu premis yang menempatkan banyak lagi dinosour. Mula-mula ingat dikenakan bayaran, Rupa-rupanya masuk percuma sahaja. Mana nak cari benda free masa ini. Layan sahaja gambar di sini.
Pintu masuk ke Don Hu Jurassic Park Garden.

OOooo... patutlah tidak dikenakan bayaran sebab selepas melintasi pintu utama sahaja berderet barangan jualan ada disitu. Dari cenderamata, t-shirt, batu kristal, barangan permainan dan juga yang minat dengan dinosour boleh dapatkan koleksi figura dinosour. Mungkin keuntungan datang dari hasil jualan disini.
Ada berbagai figura dinosour.

Batu kristal pun ada.

Di kiri kanan ruang niaga juga terdapat lebih banyak dinosour. Disini ada berbagai jenis dinosour yang diletakkan dalam kandang, jadi boleh lihat dan ambil gambar  dari jauh sahaja. Ada yang boleh gerak dan ada yang keras sahaja. Bolehlah dengan bunyi seprti dalam movie Jurassic Park disini.

Dah penat berlari dengan dinosour kita makan ais krim dulu.

Tempat ini mulanya sebuah tapak semaian pokok tetapi telah ditambah dengan taman menternak dinosour oleh pemiliknya sebab minat beliau kepada haiwan tersebut. Dinosour-dinosour ini ada yang dibuat dari plastik dan boleh gerak dan ada yang dari batu sahaja. Kepada yang hendak datang melawat ladang dinosur ini dibawah aku letakkan maklumatnya.

Don Hu Jurassic Park Garden
2700, 224, Kampung Sabak Aur,
Muar, Johor.

Dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad dari jam 10 pagi - 6.30 petang

Bayaran Masuk :  PERCUMA

GPS:
2°04'48.5"N 102°34'03.6"E
2.080150, 102.567666

Lokjasi dari Google Map:




Dapat juga melihat dinosour di era digital ini. Dapatlah main kejar-kejar dengan dinosour. Tujuan untuk ke Muar bukan setakat untuk makan-makan dan jalan-jalan tapi antaranya ialah mencari rencah-rencah masakan Muar yang terkenal. Untuk tujuan itu kami bertolak ke Jalan Sultan Ibrahim berhampiran Stadium Muar.

Hj Sernan Food Industry


Hj Sernan Food Industry

Sampailah ke Kilang Hj Senan Food Industry. Sebuah kilang dan gudang yang menempatkan kilang juga pusat jualan barangan rempah ratus keluaran Hj Sernan dan juga lain-lain produk lain.

Sampai kesini yang menjadi rebutan ialah pest rempah segera untuk masak Mee Bandung, Mee Rebus, Asam Pedas dan Sup Soto. Alhamdulillah dapatlah sambar beberapa peket.
Antara rencah yang terlaris di keluarkan oleh Hj Sernan. Rencah Mee Bandung.

Antar yang sempat di borong di Kilang Hj Sernan. Rempah Soto, Pes Asam Pedas dan Mee Bnadung Muar.

Kepada yang hendak mendapatkan rencah-rencah ini bolehlah datang ke sini. Dibawah aku bagi sedikit maklumat. Dah beli jangan simpan saja, apa lagi masaklah.

Alamat:
Haji Senan Food Industries Sdn. Bhd.
No. 9 Jalan Sultan Ibrahim
Muar, Johor Darul Takzim

Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari dari 8.30 pagi hingga 6.15 petang dan tutup pada hari Ahad.

Telefon
06-9535676
013-3223100

Website:
http://www.sernan.com.my

GPS:

2°02'03.5"N 102°34'10.2"E
2.034304, 102.569499

Lokasi dari Google Map:



Nasihat aku kepada yang telah beli rempah di sini ialah jangan lupa bila balik kena masaklah. Sayang kalau dah sampai tarikh luput.


No comments:

Post a Comment