KL - Hari 5: The Peak Coffee

Isnin, 19hb Disember 2016, selamat tinggal Melaka. Dalam tengahari kami bertolak balik ke Kuala Lumpur.

Sampai KL dah petang, malang juga kali ini sampai rumah tiada air. Katanya SYABAS buat penyelenggaraan. Katanya esok air dah mula ada kembali. Guna jer lah air yang masih berbaki dalam tangki.

Malam nak mask cam mana air tak dak. Jadi pakat semua makan diluar. Sebuah restoran yang berdekatan rumah. Katanya berbagai makanan barat yang sedap di situ. Selepas Maghrib baru keluar. Restoran ini terletak di Taman Permata.

Pusing-pusing kawasan perniagaan sini sampailah ke kedai ini. Oleh kerana tidak ada air, kedai ini ditutup. Tapi untuk melayan pelanggan yang telah membuat tempahan awal, mereka membukanya juga untuk kami. Ini baru dikatakan menjaga pelanggan.

Masuk kedalam, suasana amat selesa dengan hiasan yang ringkas. Kayu-kayu pelet menjadi dekorasi disini. Suasana santai amat terasa dengan diletakkan sofa dan susunan meja yang tidak terlalu sesak.



Perut pun dah lapar, tak kan nak tengok dekorasi kayu pelet ja. Nak oder apa? yang ini aku gagal. Memang tak tahu apa yang nak di oder. Semua serah kat tuan rumah.

Katanya disini ada menu set dengan harga istimewa, dimana set-set ini sentiasa di tukar untuk memberi kelainan kepada pelanggan yang datang. Betul ka tak? Wallahualam.
Menu 'Peak' Your Favorite, The Peak Coffee
 Dipilih set seperti diatas. Mewah juga menunya berbanding dengan harga. Selepas oder satu persatu datang. Layan gambar kat bawah.
Cheesy nachos - ada berbagai bahan di atas pinggan. Dah tentulah kerepek nachos, french fries, parini ( aku pun tak tau apa kebenda nie).

Bolognese

Berbagai jenis pizza. Aku pun tak ingat toping dia.


Set yang datang bukan kecil, boleh 3 ke 4 orang makan. Memang berbaloi dengan harganya. Disamping masakan barat di hadapan pintu tersedia rak berbagai jenis kek. Tapi makan kek waktu malam mana boleh kenyang.
Berbagai kek disediakan.

Alhamdulillah kenyang. Terima kasih tuan kedai yang sanggup buka kedai walau tak ada air ketika itu untuk menyempurnakan hajat pelanggan. Masakan memang terbaik.
The Peak Coffee

Kepada yang hendak merasai kenikmatan makanan barat bolehlah datang kesini, memang terbaik. Dibawah aku letakkan maklumat cefe.

Alamat:
The Peak Coffee
2790 Jalan Changkat Permata,
Taman Permata, Hulu Kelang
Kuala Lumpur

Waktu operasi:
Dibuka setiap hari dari jam 12 petang hingg 9 malam.
Tutup pada hari Isnin.

Telefon:
017-6028950 (Munim)
013-2722093
03-41019980

Laman web:
The Peak Coffee

GPS:
3°12'26.1"N 101°45'01.2"E
3.207255, 101.750327

Lokasi dari Google Map:

No comments:

Post a Comment