Kali ini ke Tanjung Emas, masih lagi di Muar. Ada sebuah medan selera disitu. Disini kena parking kereta jauh sedikit. Untuk sampai ke medan selera kami melintasi dataran entah apa aku pun tak tahu dan juga taman tempat lepak-lepak dan juga gerai-gerai jualan cenderamata. Boleh tahan menapak tapi melihatkan keindahan sekeliling yang hijau dan angin yang sepoi-sepoi bahasa tak terasa letih.
Dataran Tanjung Emas, Bandar Maharani. |
Didalam taman ini terletak satu medan selera ~ macam cerita bunian pula. Dalam medan selera ini terdapat beberapa gerai makan. Pengunjung boleh tahan ramai, meja makan pula terhad. Nak duduk berhimpun semua sekali memang tak boleh. Jadi mana ada kosong duduk dulu. Selepas itu pilihlah gerai yang mana nak oder makanan.
Pelanggan bukan main ramai, meja pula terhad. |
Berbagai menu makanan yang ada dari nasi campur, mee jawa, mee bandung, ABC dan sebagainya. Bila datang Johor mestilah nak kena dengan Asam Pedas Johor. Oklah ini yang kami pesan.
Asam Pedas ikan apa entah aku pun lupa. Rasa memang terbaik. |
Hat nie pun tak tau ka?? |
Yang ini bukan dalam perancangan tetapi memang terbaik, timun dan bendi cicah air asam. |
Makan disini memang sedap dan berbagai pilihan makanan ada. Pilih sahaja gerai mana yang berkenan. Tapi kurang selesa sikit sebab tempat makan yang sempit dan pengunjung terlampau ramai.
Salah satu gerai yang menjual asam pedas. |
Kepada yang nak merasa Asam Pedas Johor dan mee bandung Muar yang sedap boleh datang sini, memang tak sia-sia. Dibawah aku letrakkan sedikit maklumat.
Medan Selera Tanjung Emas
(Kami oder di gerai no. 15)
GPS:
2°02'50.4"N 102°33'13.9"E
2.047328, 102.553862
Lokasi dari Google Map:
Selepas makan bolehlah berjalan-jalan melihat keindahan muara Sungai Muar.
Selepas makan bolehlah berjalan 40 langkah. Ambil angin di pinggir muara Sungai Muar. Kalau di Penang seperti Padang Kota. |
Dah cukup ambil angin Sungai Muar. Tak perlu lama-lama, kat Penang pun ada macam ini. Rasanya dah selesai semuanya. Tiba masa untuk berangkat balik. Sebelum sampai ke Umbai Melaka, singgah sebentar di kedai menjual kerepek. Sebuah kedai yang terletak di tepi Jalan Melaka- Muar.
Mamaku Food Industry
Mamaku Food Industry |
Mamaku Food Industry merupakan antara kedai yang terkenal di Melaka menjual berbagai makanan tradisi seperti dodol, kerepek dan kuih muih kering. Tempat ini juga dikenali sebagai Hamidah Food Industry.
Semasa kami sampai ada juga bas yang membawa pelacong singgah disini. Maksudnya tempat ini menjadi tumpuan pelancong. Disini dijual dodol dengan berbagai perisa seperti perisa asli, pandan dan durian. Kerepek pun ada berbagai dari pisang, ubi kayu dan sebagainya, ada manis ada pedas.
Berbagai jenis perisa dodol. Asli, pandan, durian dan sebagainya. |
Rambang mata tengok kerepek. Berbagai jenis kerepek dijual dalam bungkusan kecil dan juga besar. |
Disini barangan jualan ada yang di pek kecil-kecil dan juga di bungkus besar mungkin kepada sesiapa yang hendak memborong. Harga yang ditawarkan boleh kata murah. Bolehlah beli sebagai cendera hati untuk adik beradik. Kalau nak borong untuk berniaga boleh tanya tokey kedai.
Kepada yang tidak percaya dengan kesedapan dodol disini, mereka telah meletakkan beberapa tester dodol yang boleh pelanggan rasa. Yang ini aku mencuba dan cuba lagi :P.
Oklah sampai sini dulu perjalanan ke muar dan balik samula ke Umbai. Anak-anak dah tak sabar nak berendam dalam kolam.
Kepada yang nak memborong dodol dan kerepak boleh datang sini. Dibawah aku letakkan info kedai ini.
Alamat:
Mamaku Food Industry
(Hamidah Food Industry)
KM 15, Jalan Melaka - Muar
Merlimau Melaka
Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 9 malam.
Telefon:
017-6298247
012-9039506
012-6103161
GPS:
2°08'55.2"N 102°21'30.2"E
2.148656, 102.358391
Lokasi dari Google Map.
Oklah sampai sini dulu perjalanan ke Muar dan balik samula ke Umbai. Esok merupakan hari terakhir kami di Melaka. Jadi kena mandi kolam puas-puas.
No comments:
Post a Comment