Terminal Bentayan Muar atau Stesyen Bas Muar |
Satay Maharani yang femes. |
Pelanggan punyalah ramai tapi insyaalah ada tempat yang kosong. |
Dimuka depan restoran nampak kecil sahaja, cuma satu lot kedai, tapi bila masuk dalam baru tahu, luas. Ruang belakang shop lot ini juga di jadikan cafe dengan dekorasi ala-ala kampung.
Dalam mencari tempat duduk, alhamdulillah ada satu ruang yang kosong. Bagi dulu kat anak-anak duduk. Kalau nak berkumpul makan sekali rasanya tak boleh. Jadi dimana ada meja kosong kami duduk saja.
Walau katanya sarapan pagi, tapi menu yang ada boleh lajak kenyang sampai tengahari. Berbagai masakan disediakan dari barat sampai ke Jawa.
Menu yang ada di R&H Cafe Satay Maharani |
Satay Maharani. Lembut dan terasa rempah yang diperap. |
Nasi lemak telur sebiji RM 1.50. |
Tauhu Lentok seperti tauhu sumbat. |
Lontong. |
Mee Jawa |
Western pun orang Muar balun pagi-pagai. Meat ball dengan sas lada hitam. |
Boleh kata semuanya sedap dan harga berpatutan. Yang menariknya ada berbagai pilihan makanan disini dengan harga yang sangat berpatutan. Bolehlah nak ngada-ngada atau buat-buat alergik. Kebersihan pun dijaga dengan baik. Tapi kena bersabarlah untuk mendapat tempat duduk, pelanggan ramai. Berbaloilah datang sini.
Dibelakang kedai dibuat ala-ala taman bunian gitu. |
Alamat:
R&H Cafe Satay Maharani
130 Bangunan MARA
Jalan Maharani
Muar Johor
(Bertentangan Terminal Bas Muar atau Terminal Bentayan Muar)
Telefon:
016-6253 666 (Kak Yati)
Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Tutup hari Jumaat
GPS:
2°03'02.0"N 102°34'13.7"E
2.050568, 102.570478
Lokasi dari Google Map:
No comments:
Post a Comment