Lewat tengahari sikit kami keluar semula untuk ziarah emak penakan yang ada di KL nie. Sebelum sampai kesana makan tengahari dulu. Kali nie pekena dulu masakan orang negeri sembilan. Nama restoran pun dah macam orang nogori. Restoran Masakan Melayu Asli Raso Omak Den.
Restoran Masakan Melayu Asli Raso Omak Den |
Bila masuk kedalam restoran terasa macam berada di Negeri Sembilan. Bukan kerana mereka pakai baju minangkabau atau ada bumbung tajam seperti perahu. Tapi melihatkan masakannya yang kebanyakannya kekuningan. Berbagai pilihan masak lemak cili padi.
Barisan makanan yang panjang... nak sebulan ulang makan disini baru khatam. |
Menu dan harga Raso Omak Den |
Tempoyak daun kayu. |
Berbagai masak lemak ada disini. |
Selain masak lemak, masakan lain pun ada. Jangan risau. |
Macam-macam yang nampak sedap tapi ini perut manusia jadi dapat makan sejenis dua lauk sajalah. Alhamdulillah boleh kata sedap belaka. Terasa kenegeriannya.
Pengunjung bukan main ramai. |
Kepada yang nak rasa masakan tradisi Negeri Sembilan disinilah tempatnya.
Alamat:
Restoran Masakan Melayu Asli - Raso Omak Den
318, Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati,
Kuala Lumpur
(Ada sebuah lagi cawangan di Taman Danau Kota)
No telefon:
012-6787372 (Othman Daud)
Waktu operasi:
Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang
Tutup pada hari Jumaat
GPS:
3°12'36.0"N 101°44'57.9"E
3.210012, 101.749408
Lokasi dari Google Map:
Selesai makan perjalanan diteruskan ke Kampung Pandan, ziarah Mak Cik, adik bapa aku. Alhamdulillah Mak cik aku masih sihat tetapi dah tak berapa kuat macam dulu-dulu. Masa aku kecil-kecil beliau selalu jahit baju tidor kami. Sekarang dah tak boleh, mata tak berapa tajam.
Mak Cik bersama anak penakan dan cucu-cucunya. |
No comments:
Post a Comment