Selepas balik dari Singapore, start saja kereta dan terus ke Hotel Grand Paragon di JB. Check in pun dah malam. Dua hari kami akan menginap di Hotel ini sebab isteri aku berkursus. Hotel yang cantik maklumlah ada star dan kemudahan pun cukup segala-galanya. Kemudahan yang lagi penting ialah ada kolam mandi. Bebudak memang suka kalau boleh berendam.
|
Grand Paragon Hotel JB |
Esok selepas isteri aku ke kursus, agenda pertama di pagi ini ialah bawa bebudak berendam puas-puas. Pagi ini kami sarapan bekalan yang dibawa. Selesai sarapan pakat-pakat turun ke kolam sekali dengan ayah pun berendam sama.
|
Berendam sambil melihat keindahan dari atas. |
Berendam sampai kecut. Satu papan luncur renangg Ahmad Firas telah jatuh kebawah dilambung oleh M Ammar. Tengok kebawah tak nampak dibawa angin kemana entahlah. Issshhh.. budak Ammar nie. Dah Firah merajuk, jenuh pujuk juga la, cari pasai betul.
Sepagi berada dalam kolam. Hampir tengahari lepas bersiap kami semua ke sebuah kedai makan yang boleh kata sedap, sebab dapat banyak review yang baik-baik. Kami mencari kedai Mee Rebus Hj Wahid di Terminal Bas Larkin. Boleh tahan juga mencari tempat ini, maklum tak biasa.
|
Dalam perjalanan ke Terminal Bas Larkin. |
Parking di seberang jalan dan berjalan kaki melalui jejantas ke Terminal Bas. Sampai ke komplek baru tahu disini bukan setakat terminal bas tetapi juga ada pasar . Disini dijual berbagai barangan dari barangan basah sehingga pakaian, buku dan sebgainya.
Cari di kawasan ini tak jumpa gerai mee rebus. Tanya peniaga disitu, diberitahu kawasan makan ada diatas, ada food court. Kami naik ke tingkat atas, disini ada berpuluh kedai makan dengan berbagai masakan dan minuman.
|
Berbagai juadah di jual di Medan Selera Terminal Bas Larkin. |
Berada disini boleh rambang mata nak pilih makanan apa sebab ada berpuluh gerai. Pusing-pusing, lokasi Mee Rebus Hj Wahid di kesan. Apa lagi oder dulu sepinggan.
|
Mee Rebus Hj Wahid |
Anak-anak tak mahu makan mee rebus. Mereka pilih masakan lain, tak ada masaalah sebab berbagai pilihan makanan ada. Alhamdulillah semua dah dapat. Servis peniaga di sini memang pantas. Nie apa yang kami makan untuk tengahari.
|
Mee Rebus Hj Wahid. Memang sedap dengan kuah yang pekat dan juga ada hirisan cili hijau. |
|
Bihun tom yam. |
|
Pecel lele. |
|
Mee sup. |
Keseluruhan makan disini memang sedap dan berbaloi. Mee rebus memang sedap dan kena dengan selera aku. Mengikut carian dari internet, Mee Rebus Hj Wahid ini terdapat beberapa cawangan. Disini aku berikan cawangan yang aku telah sampai iaitu di Terminal Bas Larkin.
Mee Rebus Haji Wahid
Gerai No 35 Medan Selera (tingkat atas)
Terminal Bas Larkin
JB
Dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 5 petang.
GPS: Cari saja Terminal Bas Larkin.
Selesai makan, balik kebilik rehat ~ penat berendam pun tak habis lagi. Dapatlah lelapkan mata sekejap. Malam kami semua keluar semula kali ini untuk makan malam. Kali ini bersama famili rakan-rakan sekursus isteri aku. Ishhh tak dak cerita lain ka? semua pasal makan saja. Layan sajalah.
|
Lepak di lobi hotel kejap sementara tunggu rakan-rakan kursus yang lain turun. |
Kali ini kami bersama dengan beberapa famili kawan isteri aku yang berkursus. Jadi rombongan Cik Kiah pula. Rombongan ke Restoran Sup Tulang ZZ. Pencarian restoran ini di batnu oleh Waze. Restoran ini terletak tersorok sikit dalam kawasan perumahan.
|
Restoran ZZ Sup Tulang. |
Konsep restoran yang santai. Disediakan tempat makan di pondok-pondok dimana pelanggan boleh memilih untuk makan berkerusi meja atau cuma bersila saja. Semasa kami sampai, pengunjung boleh tahan ramai.
Kami dapat pondok yang hujung sekali memandangkan disitu sahaja masih kosong. Dipondok ini disediakan meja jepun (meja katek), bolehlah makan bersila. Sebelum makanan wajib datang seperti biasa otak-otak dihidang dulu.
Sampai sini tak tengok menu, sebab pakat-pakat target mee rebus dengan sup saja. Kami oder mee rebus tulang, sup tulang dan nasi putih. Lama juga menunggu baru hidangan sampai, maklumlah pengunjung memang ramai. Layan gambar di bawah.
|
Mee rebus ~ terangkat. |
|
Sup tulang. |
Mee rebus tulang dan sup tulang diletakkan dua ke tiga gear box dengan isi sekali. Setiap pinggan dipacak straw ke dalam som-som tulang. Bolehlah sedut som-som kalau nak tambah kolestrol. Mee rebus memang terbaik, kuah sedap melekat. Puas hati makan kat sini, sedap. Sepinggan mee rasanya RM9.50.
Kalau datang JB kena datang ke sini. Restoran ZZ ini ada 3 cawangan dan dibawah aku letakkan cawangan yang aku sampai sajalah.
Restoran Sup Tulang ZZ
Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru
Johor Bahru
(Berdekatan dengan Pangsapuri Petri Regency dan JKR Daerah JB)
Dibuka setiap hari dari dari 7 pagi hingga 2 pagi (tuu... dia dari pagi sampai lewat malam)
Tel: 012-7227209, 013-7492671
GPS:
1.468348, 103.746583
1°28'06.0"N 103°44'47.7"E
Dibawah lokasi dari Google map (yang tanda ZZ Sup Tulang)
[ Pautan jalan-jalan ke Johor dan Singapore pada 28/11/2015 - 2/12/2015]
1.
Restoran ZK Kuala Lumpur
2.
Kacang Pool Haji dan Abah Beriani JB
3.
Senibong Seafood Village
4.
S.EA. Aquarium Singapore dan Restoran Zam Zam
5.
Singa Hibrid Merlion dan Garden By The Bay Singapore
6.
Mee Rebus Hj Wahid dan Restoran ZZ Sup Tulang
7.
Istana Bukit Serene dan Medan Selera Tebrau
No comments:
Post a Comment