Singapore Flyer |
Kami balik semula ke tampat yang wajib datang ke Singapore. Hujan pun dah seriyat. Ini dia Merlion Park. Tempat yang menempatkan patung hybrid ikan dengan singa. Gambar wajib perlu diambil disini.
Selfie bersama hybrid singa + ikan = merlion |
Terakhir di singapore. Tak termasuk dalam aturcara iaitu ke Garden By The Bay. Jalan-jalan saja disini melihat pokok tiruan. Dari jauh nampak pokok tiruan tetapi sampai ke sini barau tahu ada berbagai aktiviti. Kami dah sampai lewat, jadi lihat di luar sajalah.
Garden By The Bay. |
Rehat sekejap ~ pakat-pakat penat berjalan. |
Selapas melihat pokok tiruan di Garden By The Bay kami patah balik ke Masjid Sultan. Nak ke kedai cenderamata berdekatan Masjid Sultan sebab harga disini murah ( Kalau ingat sebelum ini kami telah datang sini selepas makan di Restoran Zam Zam). Inilah acara terakhir di Singapura.
Alhamdulillah perjalanan ke Singapore berakhir disini. Kami sampai semula di hadapan Hotel Golden Court dalam jam 10 malam. Terima kasih kepada En Rizal yang bawa kami jalan-jalan walau tempat yang tidak ada dalam aturcara pun dia usaha bawa juga. Terbaikkk.
Aku bersama En Rizal ~ memang ramah dia nie. |
Malam ini kami ke Taman Abad JB. Check in di Hotel Grand Paragon pula. Esok isteri aku berkursus di hotel berdekatan. Jadi esok aku dengan bebudak sahaja. OKlah tidur dulu. Letih jalan.
Golden Court Johor Bahru ~ tak sabaq nak tidoq. |
Bersambung esok pula....
[ Pautan jalan-jalan ke Johor dan Singapore pada 28/11/2015 - 2/12/2015]
1. Restoran ZK Kuala Lumpur
2. Kacang Pool Haji dan Abah Beriani JB
3. Senibong Seafood Village
4. S.EA. Aquarium Singapore dan Restoran Zam Zam
5. Singa Hibrid Merlion dan Garden By The Bay Singapore
6. Mee Rebus Hj Wahid dan Restoran ZZ Sup Tulang
7. Istana Bukit Serene dan Medan Selera Tebrau
No comments:
Post a Comment