Kak Chaq Ikan Bakar, Gurun

Time puasa nie memang seronok baca cerita makan-makan. Perut boleh keluar asid lebih sikit. Ini cerita lama masa nak balik kampung jenguk bapa di Alor Setar. Cakap dengan bapa nak sampai ke rumah petang, jadi tengahari jalan-jalan cari makan dahulu.

Dalam perjalanan di lebuhraya, cari lokasi makan yang sedap. Cari lokasi yang sehala dengan perjalanan lah. Terjumpa satu kedai di Gurun. OKlah kami kona keluar tol ke Gurun. Berhampiran pekan Gurun ada sebuag gerai yang sedap. Dari review, banyak yang kata sedap terutama menu berbagai jenis bakar. Dalam 3 kilometer dari plaza tol Gurun jumpalah dengan gerai ini, Kak Chaq Ikan Bakar. Memang ayat orang kedah betul "CHAQ".
Kak Chaq Ikan Bakar Gurun.

Gerai ini betul-betul tepi jalan, merbahaya juga kalau parking depan warung. Jangan cari pasal. Bersebelahan warung ada banyak lot parking. Masuk saja ke warung, pengunjung boleh tahan ramai.
Suasana dalam kedai Kaka Chaq ~ gambar masa kami nak balik, orang dah kurang.

Disini disediakan masakan kampung. Yang istimewa ialah berbagai menu bakar seperti ikan, pari, sotong dan yang spesial ialah kambing bakar. Disediakan juga air asam menjadi peneman.

Brtbagai juadah bakar seperti pari, ikan, sotong dan kambing bakar.

Takkan nak makan semua jenis bakar saja. Terlebih karbon dalam perut. Ini dia macam-macam lagi ada masakan kampung seperti  gulai temenung, sup tulang, gulai itik, masak lemak, sup, sayur, ulam dan macam-macam lagilah.

Berbagai masakan ala kampung disediakan. Gulai temenung, gulai itik, masak cabai, masak lemak dan sebagainya.

Untuk tengahari ini makan ringkas saja. Cedok apa yang patut dengan menu utama tentulah kambing bakar dengan air asam.
Kak Chaq tengah kira ~ tak pastilah kakak nie Kak Chaq atau bukan.

Ini dia kambing bakar bersama air asam.

Rasa memang terbaik. Boleh datang lagi pekena kambing bakar dengan kari temenung. Kak Chaq Ikan Bakar teletak di tepi Jalan Alor Setar - Sungai Petani. Nak mudah bersebelahan stesyen minyak Petronas Gurun. Warung ini dibuka untuk makan tengahari setiap hari dan tutup hari Jumaat.

GPS:
5.822902, 100.476446
5°49'22.4"N 100°28'35.2"E

Lokasi dari Google Map.


*gulai tu samalah dengan kari.

No comments:

Post a Comment