Sarapan apa yang sedap? tempat ini dah lama berada dalam agenda sebab pengaruh TV. Pagi ni cari dulu Kacang Pool Haji. Ada dua lokasi yang diperolehi. Kami ke tempat yang asalnya ujud kacang pool nie iaitu di Medan Selera Bomba Larkin. Berpandukan kepada Waze dalam jam 10 pagi kami sampai.
Medan Selera Bomban Larkin |
Medan selera ini berada berhampiran dengan Balai Bomba Larkin. Dalam medan selera ini cuma ada beberapa gerai sahaja yang di buka. Tetapi pengunjung boleh tahan ramai, nak cari meja kosong pun sukar. Disini boleh kata syurga makanan juga sebab berbagai sarapan pagi di jual selain dari kacang pool, ada pek nga (lempeng), nasi campur, soto dan sebagainya.
Kacang Pool Haji ~ pelanggan bertur tunggu giliran. |
Kacang Pool Haji. Kuah kacang pool dah sedia masak, cuma roti dan telur sahaja yang dibakar. Haji tak jumpa cuma hajah saja yang ada. |
|
Soto dari gerai sebelah. |
Lempeng. Pertama kali makan lempeng cicah kuah asam pedas (asam pedas johor ~ pekat). |
Alhamdulillah dah kenyang dan juga sedap. Cuma tempat ini kekurangan parking kereta. Tapi kalau sedap, tak jadi masalah. Kepada yang nak rasa kesedapan kuah kacang pool bersama roti bakar dan juga makanan-makanan lain boleh datang ke sini. Dibawah aku bagi lokasi dan alamat.
Kacang Pool Haji
Medan Selera Larkin
Jalan Tun Abdul Razak (Susur 5)
Taman Larkin, JB
(Berhampiran Balai Bomba Larkin dan Wisma PERKESO)
Dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 1 pagi.
GPS:
1.485567, 103.749967
1°29'08.0"N 103°44'59.9"E
Lepas ni nak ke mana pula. Kita pi shoping-shoping kejap. Tempat yang ramai dok update katanya sangat murah dan berbaloi. OKlah kita ke Kulai. Seperti biasa berpandukan kepada Waze, hampir sejam kami pun sampai. Ini dia Johor Premium Outlet. Kita terjah sini dulu. Rasa-rasa bonet kereta masih ada ruang kalau nak borong disini. Maklumlah murah sangat-sangat orang kata.
Johor Premium Outlet |
Dapat bergambar pun jadilah di Johor Premium Outlet. |
Hampir sejam setengah berada di sini. Lenguh tangan mengusung barang. Hahahahaaa tak beli satu apa pun. Murah cara barangan berjenamalah. Jadi tengok-tengok sajalah.
Hari pun dah lewat satu tengahari. Penat berjalan, perut pun mula berbunyi. Kami ke luar dari outlet ini dan mencari kedai makan. Sampai JB mesti kena rasa nasi beriyani gam yang sinonim dengan JB. Dari Kulai kami ke Bandar Baru Uda JB. Katanya ada sebuah restoran yang menyediakan nasi beriyani gam yang menarik. Dalam jam dua petang kami sampai ke Abah Beriani House.
Abah Beriani House, Bandar Baru UDA. |
Masa kami sampai orang boleh kata ramai juga. Kebanyakan duduk di luar penuh tetapi meja di dalam kedai masih banyak yang kosong. Kami pilih didalam sajalah.
Sampai saja kami seperti tak dilayan. Angkat tangan pun mereka buat macam tak nampak. Pelayan kehulu kehilir mengambil pesanan tapi meja kami dia tak singgah pun. Ishhhh... kami nie halimunan ka? Lama juga baru seorang pelayan datang ambil pesanan.
Dok tunggu pelayan ambil pesanan. |
Menu Abah Briyani. |
Kami pilih Nasi Beriani Gam Kambing dan Ayam seorang sepinggan, kecuali Nur Fatini dan Ahmad Firas kena kongsi nasi kami saja. Set nasi beriyani ini semua sama, lauk saja berbeza samaada ayam atau kambing. Set datang dengan papadom, acar timun dan telur pindang.
Nasi beriani kambing datang bersama telur pindang, acar timun dan papadam. Kamping tertanam dalam nasi, lupa nak keluarkan masa ambil gambar ~ saiz tak berapa besar. |
Alhamdulillah kenyang. Keseluruhan apa yang kami makan boleh kata OK saja bukan mabeles sebab ada nasi beriyani gam yang lebih sedap di Kepala Batas. Harga pula boleh kata mahal berbanding dengan saiz hidangan. Kepada yang nak datang dibawah ada alamat dan no talifon.
Abah Beriani House
12, Jalan Padi Emas 6/1,
Bandar Baru Uda,
Johor Bahru, Johor
Dibuka setiap hari dari 11pagi - 9.30 malam
Telefon: 012-7337007
GPS:
1.499889, 103.708349
1°29'59.6"N 103°42'30.1"E
Nak check in hotel atau nak jalan-jalan lagi? Jam menunjukkan hampir pukul 3 petang. OKlah kita jalan dulu ~ sampai hotel malas nak keluar dah. Kali ini ke Legoland. Ishhh... apa kejadahnya ke sini petang-petang, dah nak tutup. Saja nak tengok pintu masuk. Kalau nak masuk pun tak berbaloi sebab ada anak-anak yang masih kecil, mesti banyak benda yang tak boleh main.
Main buih sabun depan legolang pun jadilah. |
Sampai ke Legoland, hala ke tempat parking. Saja keluar untuk ambil gambar. Jalan punyalah jauh tapi tak nampak pintu masuk lagi ~ rasanya tersilap pintu. Berhenti sekejap, bebudak main buih sabun dan lepas tu balik check in hotel.
[ Pautan jalan-jalan ke Johor dan Singapore pada 28/11/2015 - 2/12/2015]
1. Restoran ZK Kuala Lumpur
2. Kacang Pool Haji dan Abah Beriani JB
3. Senibong Seafood Village
4. S.EA. Aquarium Singapore dan Restoran Zam Zam
5. Singa Hibrid Merlion dan Garden By The Bay Singapore
6. Mee Rebus Hj Wahid dan Restoran ZZ Sup Tulang
7. Istana Bukit Serene dan Medan Selera Tebrau
No comments:
Post a Comment