OKlah dengan berbekalkan panduan dari Waze untuk cari restoran ini. Maklumlah jalan di KL nie manalah aku tahu ~ memang fail. Boleh tahan juga panduan jalan oleh Waze ini, apa pun alhamdullillah sampai juga. Ini dia Restoran ZK.
Restoran ZK |
Kari kepala ikan. |
Kami pilih beberapa lauk untuk makan hidang. Kami pilih kari ikan ~ bukan Kepala Ikan sebab terlampau besar. Selain itu ayam goreng, sayur dan kuah campur sahaja. Tanpa diminta datang sepiring papadom dan sambal kicap (kicap dengan hirisan bawang dan cabai) mungkin untuk dipadan dengan ayam.
Apa lagi semua dah terhidang, Bismillah... dan makan. Apa rasanya makan di restoran yang katanya femes ini? Bagi aku, kari dia menag sedap, boleh datang lagi. Lain-lain seperti ayam dan sayur biasa sahaja.
Rujuk kepada resit yang diterima, harga standard kedai mamaklah. Harga sayur seperti terlampau mahal sebab sepiring sayur togeh sahaja dan kuah campur sepiring pun di caj. Dalam resit tak tertulis papadom dan juga sambal kicap ~ mungkin dalam pekej.
Kepada yang nak merasa kari ikan yang sedap, dibawah aku letakkan sedikit maklumat.
Restoran ZK
No 76 Jalan Kg Attap
Kuala Lumpur
No Tel: 03-22739786
Beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi hingga 4 petang.
GPS:
3.137165, 101.695590
3°08'13.8"N 101°41'44.1"E
GPS:
3.137165, 101.695590
3°08'13.8"N 101°41'44.1"E
Lokasi dari Google Map.
Alhamdulillah, kenyang. Selepas kenyang perjalanan diteruskan ke rumah Mak Cik di Kampung Pandan. Duduk sekejap, lewat petang perjalanan diteruskan ke Johor.
Pada mulanya nak tidur semalam di KL, rehat dulu sebelum meneruskan perjalanan di paginya. Tetapi perancangan telah bertukar, mata pun tak mengantuk ~ kena kopi kat rumah Mak Cik. Lewat petang perjalanan diteruskan ke Johor Bahru.
Satu masalah timbul, nak tidur mana? untuk hari ini hotel kat JB tak booking. Ketika nie lebih kurang jam 8 malam. Isteri aku cari kat internet dan jumpa sebuah hotel di Permas Jaya yang masih ada kekosongan dan nampak OK. Telefon hotel tersebut dan alhamdulillah masih ada sebuah bilik yang kosong. Duduklah berhimpit-himpit sikit dalam bilik tu, sekadar nak tidor malam ini sahaja.
Keluar dari tol JB, guna semula Waze untuk ke hotel. Lalu depan ke Hotel Renaissance JB (sebut pi lah) dan terus ke sebuah kawasan perniagaan baru dan sampai ke Hotel Time JB.
Hotel Time Johor Bahru. |
Hotel Time JB nie macam baru, dari kaunter sampai ke bilik bersih dan kemas dan harga berpatutan. Sebuah bilik yang selesa dengan dekorasi yang kemas. Kemudahan standard hotel seperti tuala, TV, penghawa dingin dan Wifi pun laju. Ceret air panas tak disediakan jadi boleh ambil di tingkat bawah. Parking tidak disediakan tetapi banyak tempat paking di hadapan dan dibelakang hotel.
Hotel Time Johor Bahru
15, Jalan Permas 10,
Taman Permas Jaya,
Johor Bahru, Johor
No Tel : 07-388 5580
OKlah dah sampai ke Johor Bahru. Rehat dulu. Esok kita mula jalan-jalan.
[ Pautan jalan-jalan ke Johor dan Singapore pada 28/11/2015 - 2/12/2015]
1. Restoran ZK Kuala Lumpur
2. Kacang Pool Haji dan Abah Beriani JB
3. Senibong Seafood Village
4. S.EA. Aquarium Singapore dan Restoran Zam Zam
5. Singa Hibrid Merlion dan Garden By The Bay Singapore
6. Mee Rebus Hj Wahid dan Restoran ZZ Sup Tulang
7. Istana Bukit Serene dan Medan Selera Tebrau
Restoran ZK kat Kampung Atap tu memang femes ngan kari kepala ikannya... kepala ikannya memang besar bagak... tapi, ko memang suka kepala ikan... itu menu yang terbaik utk ko la... kalau duduk kat atas ada air cond... selesa la sket...
ReplyDeleteTu la mula-mula nak ambil kepala tapi besar sangat... janji dapat kuah pun jadi lah.
Delete