SEA Aquarium Singapore Dan Restoran Zam Zam

Pagi hari kedua di JB. Awal pagi, semua barang disimpan dalam kereta dan Check Out. Hari ini kami akan ke seberang, ke Singapore. Tak bawa kereta sendiri, kami menggunakan khidmat tour guide bersama kenderaan mereka. Kereta kami tinggalkan di parking lot hadapan hotel. Hujan renyai-renyai pagi ini. Harap cuaca cerah ketika berada di sana.
Letak tiket parking cukup-cukup. Mana tahu ada orang Majlis datang saman.

Sebelum tour guide datang, sarapan dulu di Restoran Ayub yang berada di seberang jalan. Sebuah restoran mamak.  Selesai makan, tak berapa lama tour guide yang kami tunggu sampai. Datang dengan Hyundai Starex. Dapat juga merasa naik Starex, selesa dan sesuailah dengan kami enam beranak. Yang akan membawa kami jalan-jalan di Singapore nie nama Fazli, berketurunan mamak Johor. Memang ramah dia ni.

Bawa barang apa yang patut terutama untuk Fatini dan Firas dan jangan lupa pasport. Dalam kereta, Fazli beri white paper untuk diisi. Selesai baru bermula perjalanan. Destinasi pertama iaitu ke Pulau Sentosa.

Tour guide ini kami dapatkan secara online. Tengok kepada harga dan juga tempat-tempat yang akan dibawa nampak macam Ok, jadi kami booking. Nak pandu sendiri rasanya tak berapa confiden dan mengambil masa juga untuk melawat ke setiap destinasi. Jadi guna tour guide saja lah.
Tambak Johor ~ jalan pelan-pelan.

Perjalanan boleh kata perlahan juga hampir jam 11 kami sampai ke Pulau Sentosa. Bergambar sikit kat luar tu, terutama dengan globe yang tertulis Universal Studio. Ini gambar wajib bila sampai ke sini.
Dah sampai Resort World Sentosa Island
Dua beradik bawah pokok cekelat
Gambar yang mesti dimabil jika samapi ke sini _ Glob Universal Studio.

Desinasi yang dituju disini ialah ke S.E.A. Aquarium. Kenapa kami ke Aquarium? Sebab ramai yang datang ke sini pasti nak ke Universal Studio Singapore (USS). Kami tak ke USS sebab bebudak masih kecil, pasti tak dapat masuk kesemua bahagian. Insyallah nanti kalau dah besar dan ada rezeki boleh datang lagi. Layan gambar dalam SEA Aquarium.
The Maritime Museum ~ SEA Aquarium

Dipintu masuk ada kaunter tiket dan tunjukkan tiket yang di beli online. Diberitahu ada satu lagi tarikan didalam iaitu Typhoon Theatre. Dikatanya tempat itu ada pertunjukan 4D. Mula-mula macam tak nak masuk sebab bebudak kecil pasti takut ~ nama pun Typhoon mana tahu sat lagi di  keluar ribut bagai. Diberitahu pertunjukan itu biasa-biasa sahaja. Oklah kena top-up tiket sikit.

Sebelum masuk Aquarium, diruang legar deletakkanlah maklumat-makalumat sejarah Singapura dan juga kebudayaan.
Hanya tinggal sejarah.


Jalan sampai ke hujung baru ada pintu yang menghala ke dalam aquarium. Layan sajalah gambar dalam akuarium. Aku pun tak ingat ikan apa ada kat situ.



Dah penat berjalan bolehlah lepak di suatu sudut yang dikhaskan kepada kanak-kanan. Diberi kertas cantum-cantum menghilangkan kebosanan anak-anak.
Rehat sekejap. Anak-anak bolehlah buat kraf tangan.

Tapak sulaiman ~ pengunjung boleh merasai pegang haiwan ini.

Pakat-pakat rasa gayat. Jalan atas kaca dengan dibawahnya hidupan laut.

Terakhir sekali kami masuk ke bahagian Typhoon Theater. Mula-mula kena tonton wayang mengenai peristiwa sebelum pelayaran bermula. Selepas itu baru penonton dibawa ke dalam suatu tempat yang dibuat seperti dek kapal untuk menonto secara 4D, pelayaran bermula. OKlah tapi tak ganas pun ~ ada sedikit goyang-goyang dan percikan air seperti berada dalam kapal ketika ribut.
Nonton wayang dulu sebelum merasai pengalaman berada di atas kapal.



Selesai melawat aquarium boleh disimpulkan akuarium nie lebih kurang yang ada di KLCC ( Aquaria) sahaja. Selesai ronda-ronda dalam aquarium, nak kena isi perut dahulu sebab dah pukul 2 petang. Bila sampai Singapore tempat makan yang mesti kena cuba ialah Restoran Zam Zam. Dalam sejam perjalanan kami pun sampai.
Restoran Zam-Zam. Tak sampai sini maknanya tak sampai Singapore la.

Hairan aku dalam singapore ini cuma disini saja menjadi tarikan makanan untuk pelancong Malaysia. Aku tanya Fadli kalau-kalau ada tempat makan lain, kalau boleh seperti gerai tepi-tepi jalan yang femes. Seperti di Penang ada banyak tempat-tempat makan yang sedap berada di tepi-tepi jalan dan juga lokasi-lokasi tersorok. Dia pun tak pasti sebab kerajaan Singapore tak suka kepada gerai-gerai tepi jalan dan lebih suka kepada bentuk restoran yang bersih.

Beriyani Kambing

Murtabak Singapore.



Alhamdulillah kenyang. Selepas kenyang kami ke masjid Sultan bersebelahan untuk solat dan beli sedikit cenderamata dari kedai berdekatan. Kami tak beli apa-apa pun sebab lepas ini katanya nak ke satu lokasi yang cenderamata lebih murah. Hujan dah mula turun. Selesai tengok-tengok di sini cepat-cepat lari masuk ke Van semula.
Masjid Sultan


Hujan dah mula turun. Selesai tengok-tengok di sini cepat-cepat lari masuk ke Van semula yang menunggu di depan Restoran Zam-Zam.

Perjalanan diteruskan ke Mydin Singapore hahahaaa. Bukan Mydin tetapi Mustafa Centre, sebuah komplek membeli belah yang besar. Sekejap sahaja kami disini. Tak beli apa pun sebab tak ada apa yang berkenan di hati. Cendera mata pun mahal disini. Diluar komplek tak silap aku ada 3 buah kedai cenderamata, disini pun tak berkenan.
Mustafa Centre.

Naik semula Van dan perjalanan diteruskan ke suatu lokasi dimana jika tak sampai orang kampung boleh pertikaikan kedatangan ke Singapore.

Selapas ini.....

[ Pautan jalan-jalan ke Johor dan Singapore pada 28/11/2015 - 2/12/2015]

1. Restoran ZK Kuala Lumpur
2. Kacang Pool Haji dan Abah Beriani JB
3. Senibong Seafood Village
4. S.EA. Aquarium Singapore dan Restoran Zam Zam
5. Singa Hibrid Merlion dan Garden By The Bay Singapore
6. Mee Rebus Hj Wahid dan Restoran ZZ Sup Tulang
7. Istana Bukit Serene dan Medan Selera Tebrau

4 comments:

  1. info menarik en Harrizam.. :) Kalau berminat, bole dapatkan "SG City Tour 1-Day Package" trip from JB serendah RM109 dengan sis / beli any Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-GardensByTheBay-RiverCruise-dll) All at %Discount Price! bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB Love Travel *Contact: +6012-7760219, let's visit SG soon :) #LoveTravel lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... Jika ada rezeki boleh cuba pekej tuan.

      Delete
  2. Cik harrizam sebenarnya berlambak gerai gerai tepi jalan di singapura. Mesti pergi daerah geylang serai. Di situ byk kedai kedai keperluan org org melayu islam dan jugak gerai gerai makan menjual kesemuanya makananan melayu. Di sini pun ada gerai mamak dan makanan cina dim sum yg halal. Marrybrown pun ada! Tour guide cik salah bila mengatakan kerajaan singaupra tidak suka gerai tepi jalan sebabnya di mana ajer estate perumahan di sini mesti ada gerai di tepian jalan yg persekitaran nya bersih dan makanan halal lagi sedap. Datang lagi ke sini dan cuba google dulu hotel hotel yg berdekatan dengan gerai gerai menarik yg saya sebut tadi.😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bebanyak.. Ooo rupanya masih ada gerai2 macam dulu dulu. Gerai macam ni baru seronok nak rasa citarasa org singapo. Insyallah jika ada rezeki sampai kesana lagi.

      Delete