D' Madinah Corner Kepala Batas

Sebuah restoran baru yang dibuka di Kepala Batas. Di Kepala Batas ni saja baru, tetapi restoran nie dah ada di beberapa tempat dah. Terletak di Kawasan Perniagaan Taman Seri Serdang. Nie dia D Madinah Corner atau DMC yang tetiba meletop di Kepala Batas.
D Madinah Corner Kepala Batas.

Rasanya dah buka tiga emapat bulan dah baru kami dapat terjah ke sini. Semasa sampai pelanggan memang ramai. Meja disediakan di dalam dan di luar kedai. Nak dapat tempat duduk pun kena tunggu ada yang habis makan. Alhamdulillah dapat juga sebuah meja untuk kami 6 beranak. Lihat menu dulu. Disini boleh kata semuanya masakan barat ~ western food.

Menu DMC dengan berbagai pekej menarik.

Ada berbagai pekej yang disediakan. Disediakan set biasa western food seperti chicken chop dan lamb chop dihidang bersama coleslow dan kentang putar, set nasi goreng bersama chicken chop, set sup kambing, set meat ball, set roti bakar dan sebagainya. Ada juga set kombo, set ini lebih besar yang mempunyai beberapa makanan seperti chicken chop, roti bakar telur meleleh, jejari ayam, coleslow dan kentang putar bersama air dalam satu hidangan~ rasanya untuk seorang kot.

Kepada yang datang ramai-ramai dan nak merasa berbagai menu tanpa perlu oder satu persatu disediakan pekej yang lebih besar dinamakan set keluarga, set kasih sayang, set bulan madu. Dalam set ini ada seperti chicken chop, lamb chop, nugget, jejari ayam, roti, mushrom sup, roti bakar telur meleleh dan sebagainya mengikut pekej. Semua ini di letakkan dalam talam dan juga air sejug. Amboii macam makan cara sunah nabi pulak ~ makan talam. Berbaloi set ini sebab dapat merasai berbagai menu dalam satu hidangan.
Dah pilih menu apa yang berkenan, isi borang dan buat permohonan ~ macam minta kerja pulak.

Kami pilih Set Keluarga ~ rasanya cukup kot untuk kami 6 beranak. Untuk oder, pelanggan kena isi borang ~ macam nak minta kerja pula. Tulis saja apa yang berkenan dan hantar kat dalam. Kami tunggu lama juga, mungkin masa kami sampai pengunjung amat ramai. Tak berapa lama apa yang dipesan sampai. Nie dia apa yang ada dalam Set Keluarga.
Set Keluarga ~ayam, kambing dan daging burger dengan sos black pepper, sosej, jejari ayam, roti bakar, french fries, roti bakar telur meleleh, coslow dan yang ditengah sup cendawan.


Alhamdulillah dah sampai apa lagi. Bismillah dan dapatlah merasa berbagai masakan yang ada. Dah rasa semuanya, selepas ini kalau nak pilih menu ala cart senanglah sebab dah tau yang mana sedap. Keseluruhan set ini memang sedap dan berbaloi dengan harga, nak kena datang lagi nie.

Kepada yang nak tahu Restoran D Madinah Kepala Batas ini di mana. Disini aku letakkan sedikit maklumat tentang restoran ini.

D'Madinah Corner (DMC)
Pusat Perniagaan Serdang
Taman Seri Serdang,
Kepala Batas, Pulau Pinang.

Telefon : 011-32327304, 011-39485782, 012-4871836

Dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 12 malam. Tutup hari Ahad.

GPS:
5.505386, 100.435786
5°30'19.4"N 100°26'08.8"E

Lokasi dari Google Map:



No comments:

Post a Comment