Golden Court Hotel JB |
Rehatkan badan dan kaki sebentar, hilangkan lenguh-lenguh badan. Dalam jam 7 malam kami keluar semula. Biasalah untuk santapan malam buat tarik selimut. Kali ini kami ke Senibong. Lokasi terkenal dengan makanan laut ~ maklumat dari TV dan internet.
Sampai di Senibong kami disambut oleh penjaga parking ~ kena bayar RM2.00. Kawasan parking yang luas dan di jaga supaya tersusun. Walau pun luas tapi masa kami sampai kereta dah banyak.
Senibong Seafood, |
Deretan restoran makanan laut. Antara restoran yang ada disini Selera senibong Seafood, Anjung Senibong Seafood, 6 Corner Senibong Seafood dan ada beberapa lagi. |
Berbagai hasil laut segar untuk dipilih pelanggan. Ada Ketam, sotong, berbagai jenis ikan, udang, siput dan sebgainya. Harga mengikut berat. |
Masuk saja ke kawasan ini, jadi tak tahu restoran mana yang nak pilih. Tak tahu restoran mana yang sedap. Ketika melintasi hadapan restoran-restoran ini, pelayan dari restoran-restoran ini pakat panggil kami masuk dan diceritakan menu dan tawaran-tawaran yang diberi. Dihadapan restoran juga di paparkan tawaran-tawaran dan diskaun yang diberi. Kami macam blur tak tahu nak pilih yang mana.
Restoran yang aku masuk, Six Corner Snibong Seafood. Kebanyakan restoran disini ada bener tawaran harga untuk menarik pelanggan. Tawaran ini sepanjang tahun atau untuk hari ini sahaja, tak pasti. |
Tawakal sajalah, lihat yang mana rasa OK kami pun masuk. Kami pilih meja yang yang meghadap Selat Tebrau. Apa nak makan? berada di tepi laut kena makan makanan lautlah. Menu pilihan isteri aku. Aku terlupa nak snap gambar menu disini. Tapi kami pilih Set Kombo B.
Sementara menunggu hidangan sampai bolehlah melayan pemandangan Selat Tebrau dan cahaya dari negara jiran Singapore.
Selat Tebrau |
Sotong goreng tepung |
Udang goreng tepung. Udang dan sotong goreng boleh tahan banyak puas makan dan sedap. |
Siakap masam manis ~ kalau tak silap. Tak berapa kena dengan selera aku dan sos/kuah pun sedikit. |
Kailan ikan masin |
Tomyam, tak berapa menjadi |
Yang menarik tetiba isteri aku oder tambahan sepinggan ketam bunga. Perghhhh besar-besar, puas hati makan.
Ketam goreng telur masin. Yang ini memang sedap dan isi yang banyak dan terasa kesegaran ketam. |
Pengunjung yang ramai. |
Tempat makan disini sungguh selesa dan dijaga dengan bersih. Sambil makan bolehlah lihat cahaya lampu dari Singapore. Keseluruhan makan di sini sedap dan nak mengharap murah makan disini rasanya tak boleh sebab kawasan tumpuan pelancong terutama warga singapore.
Kepada penggemar makanan laut boleh datang cuba. Yang mana tersedap? Aku tak tahu. Dibawah sedikit maklumat restoran-restoran di perkampungan Senibong.
Senibong Seafood Village
Kg. Senibong
Bandar Baru Permas Jaya
Masai, JB
Restoran-restoran ini dibuka setiap hari dari jam 4 petang hingga 1 pagi ( masanya tak pasti dengan tepat)
GPS:
1.485023, 103.817526
1°29'06.1"N 103°49'03.1"E
Oklah malam ini berakhir dengan perut yang amat kenyang disi oleh makanan laut terutama ketam goreng telur masin.
[ Pautan jalan-jalan ke Johor dan Singapore pada 28/11/2015 - 2/12/2015]
1. Restoran ZK Kuala Lumpur
2. Kacang Pool Haji dan Abah Beriani JB
3. Senibong Seafood Village
4. S.EA. Aquarium Singapore dan Restoran Zam Zam
5. Singa Hibrid Merlion dan Garden By The Bay Singapore
6. Mee Rebus Hj Wahid dan Restoran ZZ Sup Tulang
7. Istana Bukit Serene dan Medan Selera Tebrau
No comments:
Post a Comment