Penang : Asia Camera Museum

Selapas berada di Muzium Coklat & Kopi, masa masih panjang. Kami terjah satu lagi muzium.  Banyak betul muzium di Penang. Kali ini kami ke Jalan Burma. Ada dua buah muzium berdekatan di situ. Glass Museum Penang dan Asia Camera Museum. Semasa kami sampai Muzium Kaca dah nak tutup. Kami terus ke Asia Camera Museum. Tengok masa operasi masih boleh masuk. Jom tengok apa yang ada dalam tu??
Asia Camera Museum

Sebuah rumah dua tingkat zaman kolonial. Masuk kedalam tak nampak seperti muzium pun. Yang ada cuma barangan untuk jualan Canon seperti printer, mesin fotostat dan kamera sahaja. Penjaga kaunter cakap muzium di atas. Kami naik tangga ke atas.
Asia Camera Museum
Bayat tiket dulu.
Ohhh.. disini muziumnya. Kali ini muzium berbayar, bukan free lagi. Kami disambut oleh seorang lelaki Cina disitu, kalau tak silap En Steven Tan. Selepas bayar tiket En Tan bawa kami melawat disekitar muzium sambil dia bercerita tentang koleksi kamera yang ada di situ. Sungguh ramah.

Alatan yang dipamerkan diceritakan satu persatu dari segi sejarah dan fungsinya. Ada barangan kamera yang boleh di pegang dan di cuba dan ada yang boleh lihat saja.
Asia Camera Museum
Asia Camera Museum
Asia Camera Museum
Teropong apa tu Firas? Diletakkan dua jenis lens 500mm dan 1000mm untuk dicuba. Boleh test power berapa jauh lens itu boleh sampai.
Asia Camera Museum
En Tan sedang menerangkan gambar 3D yang dilihat menerusi spekmata khas dan bagaimana gambar animasi dilakukan oleh zoetrope .
Asia Camera Museum
Nak jadi tukang repair kamera pun boleh.

Dah nama muzium Kamera maka dipamerkan beratus-ratus kamera berbagai jenis dan jenama dan ada juga dipamerkan berbagai alatan visual lain seperti slide projector lama. Setiap kamera diletakkan penerangan yang jelas. Disamping itu En Tan juga mengkisahkan perihal kamera tersebut serba sedikit.
Asia Camera Museum
Kamera antik. Maklumat kamera di letakkan bersama.
Asia Camera Museum
Slide projektor.
Asia Camera Museum
Slide projektor.
Asia Camera Museum
Kamera dulu-dulu yang boleh mengambil gambar panorama. Sekarang kamera handphone pun dah boleh lakukan.
Asia Camera Museum
Benda apa pula ini? Abaikan gambar refleksitu tapi tumpukan kepada kotak hitam dalam bingkai. Itu adalah sekeping negatif kaca (galss negative). Pada negatif tu terdapat gambar Graduasi Sekolah Chung Ling tahun 1965. Nak jelas kena lawat sendiri muzium ini.

Asia Camera Museum
Tracer. Inilah alat yang digunakan untuk menekap gambar. Cahaya yang dipantulkan keatas kertas akan di lukis semula.

Yang menarik disini dibuat satu ruang seperti sebuah kedai gambar lama. Ruang ini dihiasi dengan barangan dari sebuah kedai gambar lama yang pernah ujud di Pulau Pinang suatu ketika dahulu dari tahun 1954 hngga 2014. Kedai gambar Siow Seong Studio. Tetapi ketika ini telah tutup memandangkan tiada waris yang ingin menjalankan perniagaan tersebut. Alatan dan perabut telah diletakkan di muzium ini untuk tatapan.
Asia Camera Museum
Kedai gambar Siow Seong Studio.
Orang-orang lama Pulau Pinang pasti biasa dengan kedai ini. Dibahagian ini diletakan berbagai alatan dan perabot dari kedai tersebut seperti gambar-gambar lama, rak-rak kecil tempat menyimpan negatif dan sebagainya.
Asia Camera Museum
Kalau tak silap tempat nak adjust gambar atau negatif filem.

Sebuah model bilik gelap juga ada. Kanak-kanak zaman sekarang pasti tidak tahu bagaimana dari negatif filem sehingga menjadi sekeping gambar. Penerangan yang diberi oleh En Tan memang menarik dan mudah difahami.
Asia Camera Museum

Bagi aku Asia Camera Museum ini memang berbaloi untuk dikunjungi bukan sekadar diletakkan kamera-kamera lama sahaja tetapi juga ada pembantu kedai yang berpengetahuan dalam selok belok kamera dan juga alatan-alatan lain yang dipamerkan dan dapat memberi penerangan yang menarik ~ tak bosan.
Asia Camera Museum
Kepada yang berminat nak datang, dibawah aku letakkan maklumat muzium ini.

Asia Camera Museum
No 10 Jalan Burmah, Penang

Telefon: 012-4740123, 04-262 3191

Muzium dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 7 malam.

Harga tiket (Untuk warganegara):
Dewasa : RM 20.00
Pelajar / Warga emas : RM 10.00

Lokasi GPS:
5.417626, 100.329181
5°25'03.5"N 100°19'45.0"E

Lokasi dari Google Map.



[ Pautan jalan-jalan ke Penang 26/9/2015]

1. Big Bad Wolf Penang dan Muzium Coklat dan Kopi
2. Asia Camera Museum Penang


No comments:

Post a Comment