Singapura Haram Produk Rokok Dipamer

Di Malaysia kalau masuk kedai runcit apa yang dapat dilihat di belakang juruwang selain dari minyak angin, bateri, ubat dan k****m? Dah tentu satu rak rokok berbagai jenama.

Malah kedai di stesyen minyak yang melarang menghisap rokok pun meletak rak rokok yang besar di kaunter. Janji untung.
Gambar hiasan Utusan Malaysia

Singapura telah mengambil tindakan yang selangkah kehadapan dengan mengharamkan produk berasaskan tembakau seperti rokok dipamerkan di kedai. Rang undang-unsang untuk rokok elektronik pun masih dikekalkan.

Adakah Malaysia juga mampu lakukan perkara yang sama selain dari menaikkan harga rokok setiap kali belanjawan?

Kalaulah dapat dilakukan, jangan pula peniaga-peniaga Melayu berpiket mengatakan kerajaan menutup periuk nasi mereka.

Petikan dari : Berita Mediacorp Singapore

SINGAPURA: Kedai-kedai di sini akan diharamkan daripada mempamerkan produk-produk tembakau, berkuatkuasa tahun depan.

Ini selepas Parlimen meluluskan pindaan terhadap Rang Undang-Undang Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan) hari ini (14 Mac).

Langkah ini bertujuan mencegah penggunaan tembakau, dan supaya golongan yang tidak merokok, terutama belia, kurang terdedah kepada kesan pengiklanan daripada produk-produk tembakau yang dipamerkan, kata Menteri Negara Kanan Kesihatan, Dr Amy Khor di Parlimen.

Larangan itu akan dikuatkuasakan terhadap semua produk tembakau, termasuk rokok, cerut, beedi (rokok tipis yang dibungkus dengan daun), dan rokok gulung.

Di bawah peraturan baru, para peruncit tembakau akan dikehendaki menggunakan kaedah-kaedah tertentu bagi menyimpan produk tembakau yang dijual, agar tidak dapat dilihat secara langsung oleh para pelanggan.

Dr Khor menambah bahawa negara-negara yang berjaya menguatkuasakan larangan seperti itu termasuk Australia, Kanada, Iceland, New Zealand, Thailand dan Britain.

Dengan pindaan tersebut, para peruncit perlu menggunakan senarai harga yang tertera dengan teks sahaja, untuk menunjukkan kepada pelanggan produk-produk tembakau yang dijualnya....
Berita lanjut klik link di atas.


No comments:

Post a Comment