Penang : Big Bad Wolf & Muzium Coklat & Kopi

Jualan buku Big Bad Wolf kembali lagi untuk warga Penang!!!!. Hahahaha... ini cerita tahun lepas. Kami tak tau apa-apa tentang Serigala Besar dan Jahat ini tapi anak aku Siti Sarah yang beria-ia bercerita kedatangan pesta buku Big Bad Wolf ke Penang. Katanya banyak buku dijual dengan murah tapi kena cepat sebab jualan ini dibuat sekejap sahaja lepas itu tak tahu pula bila akan datang ke Penang lagi.

Dok ulang cakap tak berenti mengenai benda ni. Mungkin dia dapat maklumat dari kawan-kawan di asrama. Jadi semasa cuti sekolah pakat ramai-ramai menziarah serigala besar yang jahat ini di Times Square Penang.
Big Bad Wolf
Big Bad Wolf
Big Bad Wolf
Big Bad Wolf

Memang banyak buku-buku di sini dari untuk kanak-kanak hingga dewasa dalam berbagai genre. Kepada ulat buku disini memang syurga. Kebanyakan buku-buku inggeris dari dalam dan luar negara. Buku-buku melayu amat terhad, yerrr lah nama jualan pun orang putih. Harga pula memang murah. Dua jam lebih berada di sini dan semua anak-anak dapat buku masing-masing ~ walau ada yang tak puas hati tak jumpa komik Melayu (M Ammar la tuu).

Jam sudah melepasi 1 tengahari. Tak tahu nak makan di mana area town, nasi kandar kami tak nak. Pandu kereta ke selatan hujung pulau, ke Batu Maung. Ingat nak makan di Medan Selera Teluk Tempoyak. Sampai kesana, medan selera masih tutup. Mereka buka petang. Ishhh tak belajar dari kesilapan yang lalu. OKlah kami ke tempat yang sebelum ini kami pernah sampai, D Paradise Seafood.

Disini kami oder tomyam, bawal masam manis, ketam lembut dan beberapa menu lain.
D Paradise Seafood
Bagi citarasa aku tomyam tak berapa penyepak (kick), ceroi sikit. Bawal masam manis, ikan bawal tak rapuh dan sos pun tak berapa menjadi. 
D Paradise Seafood
Ketam lembut. Ini pertama kali kami makan ketam lembut celup tepung. Bagi citarasa lidah aku memang sedap. Boleh makan hingga licin.
D Paradise Seafood
Menikmati angin laut ditengahari.

Dah selesai makan. Nak kemana lagi ya? rugilah kalau dah sampai Penang nak terus balik. Cari punya cari teringat mengenai Muzium Coklat dan Kopi. Sekali lagi pandu kereta ke arah town. Pusing-pusing dan tersesat sikit baru jumpa. Alhamdulillah dapat parking dalam kawasan muzium.
Chocolate & Coffee Museum
Chocolate & Coffee Museum Penang.
Biasalah muzium di Pulau Pinang nie kalau masuk kena standby duit tiket. Tapi kali ini sampai di muka pintu terus dipelawa masuk tanpa apa-apa bayaran. Memang prihatin betullah muzium ini.

Masuk sahaja kami disambut dengan kotak-kotak dan bekas-bekas plastik cokelat untuk jualan. Adalah diberi rasa coklat-coklat yang ada disitu. Seketul dipotong berapa bahagian pun entahlah, kecil-kecil saja. Bolehlah rasa cokela cili, memang terasa kepedasannya. Pengunjung diberi peneranagn sedikit tentang coklat-coklat yang di jual.
Chocolate & Coffee Museum
Coklat untuk jualan
Chocolate & Coffee Museum
Coklat cili.

Dibahagian lain pula terdapat muzium kopi yang terdapat berpaket-aket kopi untuk jualan. Disini juga pengunjung dapat merasa kopi yang dibancuh dan diberi penerangan kopi-kopi yang di jual.
Chocolate & Coffee Museum
Pengunjung boleh merasa kopi dan boleh beli.
Chocolate & Coffee Museum
Firas pun nak kerja disini ka?

Selepas itu kami melalui suatu ruang yang menempatkan maklumat tentang koko dan kopi. Maklumat-maklumat ini di lukiskan di dinding sahaja. Maklumat mengenai pengeluar dunia, sejarah dan khasiat kedua-dua makanan tersebut. Ada juga beberapa alatan memproses yang dipamerkan.
Chocolate & Coffee Museum
Chocolate & Coffee Museum
Chocolate & Coffee Museum
Negara-negara pengeluar koko.
Chocolate & Coffee Museum
Timeline sejarah coklat.
Chocolate & Coffee Museum
Menggoreng kopi ~ kalau tak silap.
Chocolate & Coffee Museum
Kebaikan coklat atau koko dan kopi kepada manusia.

Muzium ini boleh dikatakan sebagai tempat jualan coklat dan kopi ~ patutlah tak perlu tiket masuk. Untuk menjadi muzium rasanya perlu dibuat penambah baikkan dari segi bahan-bahan pameran supaya lebih menarik lagi dan juga di buat demo pemprosesan koko menjadi coklat. Kepada yang nak shoping coklat dibawah ada sedikit maklumat.

Chocolate & Coffee Museum
22 Jalan Leith, Penang
Telefon: 04-250 2488

Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang

GPS:
5.420895, 100.334162
5°25'15.2"N 100°20'03.0"E

Google map:



[ Pautan jalan-jalan ke Penang 26/9/2015]

1. Big Bad Wolf Penang dan Muzium Coklat dan Kopi
2. Asia Camera Museum Penang


No comments:

Post a Comment