Pulau Pangkor ~ Motivasi 1

Kali ni cerita berkursus lagi. Kursus motivasi. Bila sebut motivasi mestilah yang dapat tenangkan fikiran, tak mahu fikir mengenai kerja ~ bagi akulah. Tenang-tenangkan fikiran di Pulau Pangkor pula bersama rakan setugas pada bulan Disember tahun lepas.

Seperti biasa perjalanan dengan bas bermula awal pagi ~ tak lah pagi sangat. Perjalanan seperti biasa ke Jeti Lumut. Sampai di Lumut sudah tengahari. Oleh itu sebelum naik bot cari tempat makan dulu. Mana tahu jem di jeti. Bukan aku cari, driver bas yang cari.

Sampai disuatu lokasi bas berhenti. Aku tak tau tempatnya. Tapi pengunjung boleh tahan ramai. Kalau setakat bas atau van pelancong (macam kami) boleh jadi driver dapat komisyen tetapi kenderaan persendirian pun banyak. Jadi disimpulkan restoran ini sedaplah. Apa-apa pun kita makan dulu baru tahu. Layan gambar kat bawah nie
Restoran D Warisan ~ Nasi campur masakan kampung dan ala thai.

Masuk kedalam pengunjung boleh tahan ramai ditambah dengan kumpulan kami. Lihat deretan lauk pauk memang banyak. Berbagai masakan kampung bersama ulam-ulaman. Aku pun tak tahu nak pilih yang mana. Pusing dua tiga kali baru ambil lauk.




Ikan bakar, ayam bakar pun ada.

Ulam pun berbagai pilihan.

Air ambil sendiri.
Alhamdulillah kenyang. Ini sedikit maklumat dan lokasi kepada sesiapa yang terasa nak makan di sini.

Restoran D'Warisan
Lumut

GPS :
4.208994, 100.622485
4°12'32.4"N 100°37'20.9"E


Perjalanan diteruskan ke Jeti Lumut. Sampai saja orang memang ramai. Kalau nak beli tiket jenuh beratur tapi alhamdulillah kami disambut dengan staf dari Coral Bay Resort (tempat kami akan menginap di sana). Beliau telah sediakan tiket pergi balik dan diedarkan kepada kami. Harga tiket dewasa pergi balik RM 10.00 dan kanak-kanak RM6.00.

Orang boleh tahan ramai mungkin sebab ketika ini cuti sekolah dan juga hari Jumaat. Ramailah yang nak bersantai dan juga balik kampung.

Nak naik bot bukan ikut giliran, penumpang akan beratur dan akan dibahagikan dalam beberapa kumpulan yang akan bergerak kearah bot. jadi kalau nak duduk dalam group yang sama kena pandai-pandai aturlah. Staf dari Coral Bay adjust dengan penjaga jeti supaya kami naik satu group.

Sampai di Jeti Pulau Pangkor pakat-pakat naik teksi/van pink ke hotel. Memandangkan jarak jeti dengan Hotel Coral View tak berapa jauh, pemandu van macam tak  berapa suka (bayaran sikit la). Tapi nak buat macam mana, mereka ikut sistem giliran. Jadi bawa sajalah kami walau menyampah.
Tunggu giliran naik van pink.

Sampai sini kena buat gaya ala-ala pelancong ~ kena pakai baju bunga-bunga dengan topi besar. Check in hotel dan bermulalah acara yang dirancang. Tak payahlah aku tulis disini.
Coral Bay Resort


Rehat sekejap, acara pun bermula. Oklah tak payah tulis lah. Sambung esok pula.

Hari kedua, acara pagi tamat awal jadi ada masa terluang sebelum makan tengahari. Dapatlah melayan kedai-kedai berhampiran hotel dan melayan keindahan Pantai Pasir Bogak. Tak jauh, jalan kaki sahaja. Layan gambar dibawah.
Kedai menjual hasil laut bersebelahan Coral Bay.


Pantai Pasir Bogak

OKlah dah panjang sangat. Nanti sambung acara tengahari dan esok di post yang akan datang.

[ Pautan jalan-jalan ke Pulau Pangkor 11-13/12/2015]

1. Pulau Pangkor 1
2. Pulau Pangkor 2


No comments:

Post a Comment