Sebelum sampai rumah Kami ke hujung satu lagi Penang nie, ke Batu Maung untuk cari makan. Dalam pencarian makan sedap di Penang tak jumpa tempat makan yang sedap di Kawasan Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi. Tapi tak kisah sebab Penang nie bukan besar mana pun, jadi kami menghala ke Batu Maung. Lebih tepat ke Teluk Tempoyak.
Sampai ke Batu Maung, mula konpius dimana jalan ke Teluk Tempoyak sebab tak nampak papan tanda. Jumpa seorang Brader kat tepi jalan tanya dia. OKlah jumpa juga simpang. Simpang yang penuh dengan iklan Seafood. Macam-macam restoran ada.
Simpang ke Jalan Teluk Tempoyak, penuh dengan iklan seafood dan chalet. |
Medan Selera Teluk Tempoyak. Hari ini tutup sebab hari Isnin. Dibuka setiap hari dari petang hingga malam dan tutup hari Isnin. |
Pemandangan Jambatan ke dua. |
Jalan sempit dilereng bukit untuk ke D'Paradise Seafood. |
Restoran D'Paradise Seafood.. |
Kemas, bersih dan selesa. |
OK disini kebanyakannya masakan laut, bolehlah pilih nak makan apa, ikan, sotong, ketam, udang, siput, ketam kulit lembut pun ada dengan berbagai pilihan masakan seperti tiga rasa, masam manis, kensom, masak lemak dan sebagainya. Harga mengikut berat makanan tersebut. Disamping itu ada juga nasi goreng dan sebagainya.
Berbagai hasil laut untuk di pilih. |
Harga makanan mengikut gram. Harga termasuk masak. |
Sementara menunggu makanan sampai kita lawat sekitar restoran dulu. Persekitaran restoran yang selesa dan bersih ditambah pemandangan laut dengan angin memang syahdu.
Pemandangan yang indah diluar restoran. |
Nampak sedikit Chalet Seri Idaman. |
Selesai memilih apa yang patut, tunggu lebih kurang setengah jam hidangan pun sampai. Nie dia apa yang di pancing dan telah dimasak.
Udang butter |
Sotong goreng kunyit. |
Kailan ikan masin. |
Nyammmmm tak sabaq. |
Keseluruhan makan disini memang sedap dan kena dengan citarasa aku. Tak sia-sia datang jauh-jauh. Harga boleh tahan bergantung apa yang dipilih tapi berbaloi ~ bawa duit secukupnya. Ditambah dengan suasana yang menarik dan bersih. Parking pun ada di hadapan restoran tetapi terhad. Kepada yang nak merasai masakan laut bolehlah datang ke sini.
Restoran D'Paradise Seafood
Jalan Teluk Tempoyak
Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 1.30 malam
Telefon: 04-6266985
Lokasi GPS :
5.278862, 100.289811
5°16'43.9"N 100°17'23.3"E
Lokasi dari Goole Map:
Sesiapa yang hendak menginap di Teluk Tempoyak, ada beberapa chalet yang disediakan seperti Chalet Seri Idaman (04-6265871, 013-4281712) dan Homestay Teluk Tempoyak Indah (013-4895385, 017-4777896).
Tempat menarik sekitar Batu Maung:
1- Muzium Perang
2- Akuarium Pulau Pinang
[ Pautan jalan-jalan kursus ke Ipoh 14/4/2015 hingga 16/4/2015]
1. Kidland Penang
2. Tanjung Bungah, Penang
3. Restoran D Paradise Seafood Teluki Tempoyak
No comments:
Post a Comment