Penang : Kidland

Kalau di Selangor ada Kidzania di I-City. Di Penang pun ada juga yang ala-ala kidzania. Kali ini jom terjah ke Kidland yang terletak di Kompleks membeli belah Perangin Mall yang terletak bersebelahan KOMTAR.

Untuk mengelakkan kesesakan dengan pengunjung kami datang awal. Mana tahu kalau-kalau pengunjung ramai maklumlah cuti sekolah. Jadi bertolak awal dari Bertam dan ambil sarapan pagi di Astaka Tun Sardon bersebelahan Market.

Alhamdulillah, perut pun dah kenyang perjalanan di teruskan ke Perangin Mall. Hampir jam9.40 pagi kami sampai. Selepas parking ingat boleh masuk terus tapi rupa-rupanya komplek Perangin mall belum buka lagi.
Dah lama tak jejakkan kaki ke KOMTAR

Dalam jam 10 pagi lebih baru boleh masuk. Kita kami antara yang merasmikan komplek ini lah. Bolehkata semua kedai belum dibuka, peduli apa. Pertama sekali cari Lif ketingkat empat, tapi sayang lif masih ditutup. Apa lagi guna tanggalah ke tingkat empat. Sampai ke Kidland terus beli tiket. Ini cerita lama, mungkin permainan dan juga harga tiket dah berubah.
Kidland

Selepas masuk, tepat pertama ialah ke Bank. Apa lagi ambil duit dulu nak membeli belah. Duit tipu-tipu untuk digunakan dalam Kidland ini.
Kidland bank

Ini dia duit tipu-tipu yang digunakan dalam Kidland.

Di sini terdapat aktiviti untuk mendapatkan duit atau upah dimana kanak-kanak dikehendaki melakukan sesuatu pekerjaan dan dibayar upah mengikut tahap penyertaan mereka. Ada aktiviti yang perabih duit, kanak-kanak perlu bayar sebelum dapat menyertainya. Duit dan upah yang aku maksudkan ialah duit tipu-tipu sajalah.
Dihadapan setiap aktiviti akan diletakkan notis samaada aktiviti tersebut akan mendapat upah atau pun perlu bayaran. Kalau tanda '+' maksudnya dapat upah dan tanda '-' perlu bayaran. 

Pertama sekali, duit yang didapati dari bank tak berapa cukup jadi kena kerja dulu. Aktiviti ini lebih kepada pekerjaan seprti doktor, polis, ahli bomba, ahli muzik. Setiap pekerjaan ini ada bilik-bilik yang dihias seperti hospital, balai polis dan bomba dan sebagainya.
Hospital, balai bomba, balai polis.

Setiap bahagian ini ada instraktor yang yang menunjuk ajar dan memberi peluang kepada kanak-kanak mencuba. Selesai aktiviti instruktor akan menilai tahap libatsama kanak-kanak tersebut dan ganjaran/duit diberikan mengikut tahap penglibatan dalam tugasan yang diberikan.
Jadi doktor, buat CPR


Bersemangat memadam kebakaran.
Tuuu dia Firas jadi drumer pulak.

Ibu bapa boleh tengok sajalah anak-anak membuat setiap aktiviti. OKlah untuk menghilangkan kebosanan orang dewasa, di ruang legar Kidland ini ada disediakan beberapa permainan yang boleh orang dewasa dan kanak-kanak main. Yang ini tak perlu bayaran.

Mainan yang bolehlah ibu bapa main sementara menunggu anak-anak melakukan aktiviti.

Sambung balik, dah dapat duit apa lagi... kita enjoyyyy. Disediakan beberapa tempat untuk dibelanjakan duit itu seperti menyertai kelas kraftangan, memasak, make-up, menonton wayang dan sebagainya. Kalau duit habis bolehlah buat kerja diatas balik atau menjadi penghantar surat.
Seronok Fatini dok make-up

Jadi pilot pun boleh - Ammar


Kalau lapar bolehlah jadi Chef pulak. Yang ini anak-anak aku memang seronok. Maklumlah lepas masak boleh makan pulak.
Sarah jadi ketua chef


Masak sendiri, makan sendiri. Macam sedap.

Yang terakhir sebelum keluar ialah meloncat dalam Babyland. Bolehlah nak panjat, nak lompat dan nak bergayut.

Bersebelahan pintu keluar ada sebuah kedai cendera mata. Jadi duit-duit yang masih berbaki boleh digunakan untuk membeli cendera mata di sini. Kalau tak cukup kena tambah duit sendiri la.
Duit yang masih berbaki bolehlah digunakan untuk beli cendera mata di sini.

Berbanding dengan Kidzania, rasanya Kidland kecil sahaja dan aktiviti pun tak sehebat Kidzania. Tapi Oklah dimana tiket masuk pun murah sahaja. Bagi aku aktiviti yang ada di sini amat sesuai untuk kanak-kanak bawah 10 tahun. OKlah kepada yang nak bawa anak-anak bermain disini dibawah aku bagi sedikit info.

Kindland
Tingkat 4 Perangin Mall, Atrium A,
Jalan Dr Lim Chwee Leong,
Penang (Bersebelahan KOMTAR)

Telefon: 04-2617652

Masa Buka: 10 pagi hingga 9 malam.

Harga tiket (Harga tiket awal tahun lepas) :
Kanak-kanak 3 tahun keatas: Hari biasa RM 30.00, Sabtu, Ahad dan Cuti umum RM45.00
Dewasa: RM5.00 (tak kira hari)
Kanak-kan ak bawah 3 tahun: Percuma


[ Pautan jalan-jalan kursus ke Ipoh 14/4/2015 hingga 16/4/2015]

1. Kidland Penang
2. Tanjung Bungah, Penang
3. Restoran D Paradise Seafood Teluki Tempoyak

No comments:

Post a Comment