Hari ke 4 di Ho Chi Minh City. Hari ini ada agenda melawat tentera Vietcong di Cu Chi Tunnel. Perjalanan agak jauh. Tetapi sebelum sampai Cu Chi Tunnel bas yang membawa kami masuk di kawasan yang berdebu dan dikiri kanan jalan terdapat seperti rumah teres yang agak lama dan lusuh. Bas berhenti dihadapan sebuah tempat seperti gudang yang besar.
|
Bengkel kraftangan orang kurang uppaya mangsa perang. |
Disini merupakan tempat membuat
Kraftangan Orang Kurang Upaya (Handicaped Handicrafts) yang kebanyakannya mangsa perang. Kebanyakan kraftangan menggunakan cengkerang telur, kulit siput dan juga warna yang digubah menjadi arca yang menarik.
|
Bahan-bahan seperti kulit telur yang digunakan untuk menghasilkan kraftangan. |
|
Nur fatini pun nak cuba juga ka? |
Aku dok tengok kiri kanan tempat nie tak ada seorang pun pekerja walau ada meja-meja kerja yang penuh diatasnya hasil mereka. Mungkin apa yang di tunjukkan merupakan prob saja, bolehlah berselfie. Sangkaan aku salah, menurut Ms Lin tempat ini merupakan bengkel mereka membuat kraftangan, tapi malang sikit untuk kami sebab hari ini mereka bercuti Krismas. Ooooo cam tu ceritanya.
|
Hasil yang telah siap. |
Dihujung bengkel kraftangan ini ada disediakan ruang jualan hasil kerja mereka. Tapi kamera sila OFF, tak boleh ambil gambar. Kat dalam tu memang banyak hasil dari kulit telur dan cengkerang siput. Hasil kerja mereka sangat halus dan berseni dan bersamaanlah dengan harganya. Kami tengok tengok pegang pegang dan letak balik lah, macam lari bajet jaa.
Habis melawat tempat ini kami naik bas semula dan perjalanan memakan masa hampir setengah jam kami sampai ke lokasi yang dituju iaitu
Cu Chi Tunnel. Disini pelancong memang ramai.
|
Cu Chi Tunnel. |
Disini kami dibawa untuk melihat kehebatan tantera Vietcong membina terowong bawah tanah dengan berbagai ruang dan kemudahan yang ada. Untuk memudahkan pelancong ruang-ruang seperti hospital, tempat membuat senjata, dewan mesyuarat telah dibina berdasarkan bentuk sebenar di atas tanah beratapkan daun seperti bangsal.
|
Pondok-pondok atau bangsal yang menempatkan model asal berbagai kemudahan yang dibina oleh Tentera Vietcong. |
|
Tentera Vietcong sedang menunggu arahan seterusnya ~ baju mavam-macam kaler dok ada. |
Sejarah sekejap. Terowong yang dibina asalnya merupakan satu jaringan lorong bawah tanah yang untuk berperang mendapatkan kemerdekaan dari Prancis oleh Vietnam Selatan pada tahun 1940an. Ia dibina dengan tangan sahaja. Tapi menjelang tahun 1960an tentera US datang membantu Vietnam Selatan (bukan komunis) untuk memerangi Vietnam Utara dan juga Vietcong (Penyokong Komunis Vietnam Selatan). Oleh itu jaringan terowong bawah tanah ini telah digali lagi oleh tentera Vietcong sehingga dikatakan breselirat sepanjang 250 KM yang merentasi pinggir Saigon (Ho Chi Minh ketika ini) hingga ke sempadan Kambodia.
|
Sebelum melawat pengunjung bolehlah mendengar penerangan mengenai sejarah dan cara binaan terowong Cu Chi Tunnel. Kami sempat dengar separuh sahaja sebab terlewat. |
Terowong ini dibina dengan pembahagian tiga aras kedalaman iaitu 6 meter, 8 meter dan 10 meter yang boleh menempatkan 10000 orang. Terowong-terowong ini dibina dengan sistem pegudaraan yang baik. Terowong-terowong ini menjadi laluan untuk menyerang hendap musuh, memasang jerangkap samar, bersembunyi dan juga lorong ini menjadi jalan perhubungan untuk tempat simpanan makanan, tempat masak, hospital, kuaters tentera, tempat simpanan senjata, kilang senjata dan juga menjadi jalan perhubungan antara kampung. Ketika ini banyak yang telah musnah di bom. Yang masih ada sekarang dikekalkan sebagai warisan sejarah dan tarikan pelancong.
Disini apa yang dipamerkan ialah kehebatan tentera Vietcong menentang tentera US dan kemampuan mereka melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Salah satunya ialah berbagai rekaan jerangkap samar. Aku tengok mereka punya skill memang amat kreatif dan tahap gaban. Jerangkap ini dibina diatas tanah dan akan ditutupi dengan daun-daun menanti mangsa.
|
Sebahagian dari jenis-jenis jerangkap samar yang dibina atas tanah. |
Jerangkap samar ini tidak menggunakan teknologi yang hebat tetapi hasil yang menggerunkan. Jerangkap samar ini menggunakan besi-besi tajam dan juga buluh runcing untuk memrangkap mangsa. Rambo setakat berlakon bolehlah, keadaan sebenar tentera US boleh kecut. Dari demontrasi yang dibuat sesiapa yang termasuk dalam jerangkap samar nie ada dua keadaan saja samaada mati atau pun cacat.
|
Inilah sebahagian dari jerangkap samar jenis tergantung yang akan melibas magsa.
|
Untuk menyerang hendap atau melarikan diri dari musuh tedapat lubang-lubang kecil diatas tanah yang berhubung dengan terowong di bawahnya. Lubang-lubang ini amat kecil muat untuk seorang sahaja bersepadananlah dengan orang Vietnam yang kecil molek. Nak masuk pun kena teknik tertentu, tak boleh buat gaya bebas.
|
Lubang rahsia yang digunakan oleh tentera untuk melarikan diri atau membuat serangan hendap. Lubang ditutup dengan kepingan kayu. |
|
Nak kata orang Vietnam, aku pun boleh masuk tapi dengan cara yang diajar la. |
|
Bergambar dengan busut jantan ~ macam kat Malaysia tak ada. Nie bukan busut jantan tetapi ruang untuk mengalirkan udara kedalam terowong atau tempat asap keluar dari dapur bawah tanah. Ada gambar kat bawah bagaimana asap keluar. |
Dipamerkan juga bagaimana pakaian tentera Vietcong lengkap bersenjata sedang berehat.
|
Muhammad Ammar, jangan dok menyampunk orang bersembang. |
|
Kereta Tank US. |
Ruang-ruang bawah tanah juga ada bengkel untuk membuat senjata. Peralatan persejantaan tentera Vietcong amat terhad oleh itu senjata US yang dijumpai atau bom yang tidak meletup mereka akan kumpul. Dengan kepakaran yang ada mereka akan ubahsuai senjata tersebut untuk digunakan semula.
|
Senjata yang dirampas dan juga bom yang tak meletup akan di ubahsuai untuk digunakan semula. |
Disini juga di buat demontrasi bagaimana makanan mereka di buat. Tepung dimasak manjadi keping-keping nipis seperti kulit popia. Untuk memakannya bolehlah diletakkan kacang dan sebaginya dan dibalut.
|
Demontrasi membuat makanan. Beras yang di kisar halus dibancuh dan dikeringkan menjadi kepingan nipis. Mudah untuk penyimpanan dan dimakan. |
|
Pengisar. |
Yang menarik pakaian tentera pun di buat disini. Gambar di bawah, pembuatan kasut atau sandal tentera. Apa yang menariknya? Tapak kasut yang dibuat terbalik supaya ketika berjalan, kesan tapak yang ditinggal akan menunjukkan arah bertentangan. Musuh akan terpedaya dengan arah pergerakan mereka.
|
Demontrasi membuat sandal tentera. |
|
Inilah sandal yang siap. Cuba lihat bentuk tapak yang terbalik. Jari kaki terletak pada tapak yang kecil dan tumit terletak pada tapak yang besar. |
Yang menjadi tarikan palancong dan mesti dicuba ialah menyusuri salah satu terowong yang ada disitu. Bolehlah merasai bagaimana ketika peperangan berlaku dan kita menyusuri dalam terowong tersebut. Terowong sepanjang 25 meter (aku tak pasti jarak sebenar ) ini telah diubahsuai dimana diperbesarkan untuk memudahkan pelancong terutama pelancong dari Barat yang bersaiz besar memasukinya.
Jika terbaca keadaan asal, terowong yang dibina amat sempit dengan lebar lebih kurang 0.8M hingga 1.2M dan dengan ketinggian 0.8M hingga1.8M. Amat sempit dan hanya boleh dimasuki oleh orang bersaiz kecil seperti rakyat Vietnam saja. Walau telah diperbesarkan, aku terpaksa berjalan itik ketika melaluinya.
|
Laluan untuk memasuki terowong bawah tanah. Sebelum masuk muka macam happy saja. Tunggulah bila jalan kat bawah tu. |
|
Terowong ini telah di perbesarkan dari saiz asal. Kanak-kanak yang rendah boleh berjalan tunduk sahaja, aku terpaksa jalan itik. |
Selain dari tempat diatas ada berbagai lagi ruang pameran seperti hospital, bilik mesyuarat, kuters dan sebagainya.
Setrelah penat berjalan mencari tentera US sampailah ke detinasi terakhir. Kami dijamu dengan makanan ruji tentera Vietcong iaitu ubi kayu rebus cicah kacang. Pakat-pakat pulun makan maklumlah dah tengahari, makanan apa pun tak masuk lagi. Kalau kat rumah rasanya sebelah mata pun tak pandang.
|
Macam sedap saja ubi kayu rebus. Balik nie kalau tak makan ubi kayu rebus siap engkau. |
|
Ubi kayu rebus di cicih dengan kacang. |
|
Ini bagaimana asap dari dapur di keluarkan. Asap dari dapur bawah tanah akan di serakkan dan keluar melalui lubang-lubang kecil diatas tanah supaya musuh tidak nampak asap tersebut. |
Lokasi terakhir sekali ialah ke kem dimana disediakan lapang sasar. Sesiapa yang berhajat untuk menembak bolehlah mencuba dengan sedikit bayaran untuk peluru.
Semasa keluar akan bertemu dengan kedai cenderamata. Kalau berani belilah. Cuti yang mulanya seminggu boleh jadi dua minggu, jenuh menjawab. Cenderamata yang menarik kat sini tapi tak boleh bawa balik sebab berbentuk senjata dan peluru.
|
Ada berani bawa balik cendera mata nie? |
Rujukan yang menarik untuk dibaca sejarah Cu Chi Tunnel:
http://web.mst.edu/
Selesai sudah melihat tempat yang telah mewarnai sejarah Vietnam, tempat yang tercatatnya semangat juang dan kehebatan rakyat Vietnam menentang penjajah dan menegakkan ideologi. Jika kita mengetahui kisah perjuangan tentera Vietcong kita akan lebih merasai suka duka mereka bersama tinggalan kesan-kesan perjuangan mereka. Matahari pun dah condong kesisi, maka kami semua berangkat pulang ke hotel untuk merehatkan kaki dan kalau boleh melelapkan mata sekejap.
Petang ini acara bebas, tak ada agenda di luar. Agenda untuk rehat-rehatkan kaki. OKlah tunggu acara malam nie pula...
[ Pautan jalan-jalan ke Ho Chi Minh City, Vietnam 2014 ]
1.
Vietnam - Hari-1 : Up Up And Away
2.
Vietnam - Hari 2 : Danny & Ttina Wholesale dan Russian Market
3.
Vietnam -Hari 2 : Taman Tema Dai Nam Van Hien
4.
Vietnam - Hari 3 : Menyusuri Sungai Mekong
5.
Vietnam - Hari 3: Cho Ben Thanh Market dan Bach Dang Pier
6.
Vietnam - Hari 4: Cu Chi Tunnel
7.
Vietnam - Hari 4 : Saigon Square dan Pasar Malam Ben Thanh
8.
Vietnam - Hari 5 : Thành phố Hồ Chí Minh chia tay