Antara durian dan mempelam harumanis yang mana Raja Buah?
Sekarang mempelam harum manis sedang bermaharaja lela kat internet. Sukar nak dapat kat pasaran terbuka. Kalau nak, kena oder atau kena ke Perlis baru jumpa. Harga pun boleh tahan juga, sekilo boleh cecah RM40.00.
Restoran Mohamed Long Chinese Food
Dulu kat Kepala Batas banyak restoran nasi kandar, nasi kampung nie sikit-sikit saja tuuu pun waktu tengahari. Lepas tu muncul pula restoran makanan arab dan kini kat Bertam ada sebuah restoran Cina Muslim.
Kali nie kami terjah ke restoran cina muslim, Restoran Mohamed Long Chinese Muslim Food. Biasalah nak ubah selera sikit. Masa sampai boleh kata hampir semua meja dah penuh. Kami dapat meja kat luar. OKlah sambil ambil udara luar, lagipun malam bukannya panas.
Menu pun sampai, tokey cakap oder mungkin lambat sikit sebab orang terlampau ramai. OKlah tengok menu dulu. Menu yang di tawarkan bukan 100% cina, ada juga unsur-unsur ala thai. Kami pilih set-set hidangan yang disediakan, nak cepat tak payah a la carte. Nampaknya set yang di sediakan bukannya 100% masakan
cina, ada juga unsur-unsur ala-thai. Kami pilih set untuk 4 orang makan.
Boleh tahan juga lama menunggu. Bagi menghilangkan kejemuan pelanggan, tokey datang bawa keropok bantal dengan cekelat. Ramah juga tokey kedai nie. Muka macam Cina tapi dia bagi tau dia bukannya cina.
Dok tak berapa lama, nasi pun sampai. OKlah tunggu pula lauk. Lama juga tunggu lauk tak sampai-sampai, nasi pun dah sejuk. Kami lihat ada yang datang kemudian, hidangan dah sampai. Kami yang tunggu lama nie hidangan belum sampai lagi. Mula-mula berperasangka baik, mungkin dia dah buat tempahan awal sebelum datang. Tunggu lagi, dok jadi serupa tu juga. Tokey kedai beberapa kali datang minta maaf, sebab pelanggan terlampau ramai.
Anak-anak dah jemu, nasib baik dok kat luar. Kat kawasan nie masih lagi aman, orang tak ramai dan jalan pun tak sebok. Apa lagi bagi kebebasan untuk bebudak tu berlari kat kaki lima kedai.
Dah tak tahan tunggu, bagi tahu tokey sebab yang datang awal, hidangan dah sampai. Tokey tu minta maaf dan cuba selesaikan mungkin terjadi kesilapan maklumlah restoran nie baru dibuka.
Dok tak berapa lama baru hidangan sampai satu persatu. Lama jugalah nak lengkap semua apa yang kami pesan. Apa-apa pun alhamdulillha semua dah terhidang.
Selain set yang disediakan, oder menu sampingan.
Keselurauhan makanan kat sini OK saja tapi harapan untuk merasai citarasa masakan cina yang asli tak berapa kesampaian. Untuk merasai keseluruhan citarasa masakan cina mungkin sesuai a la carte, pilih satu persatu dari menu. Menurut tokey kedai, restoran nie merupakan franchise dari Johor. Segala adunan pihak franchise yang beri.
Mungkin sekarang dah OK, sebab kami pi restoran nie awal tahun. Jadi kepada yang nak merasai makanan Cina Muslim kat kawasan Kepala Batas nie boleh datang ke Restoran Mohamed Long Chinese Food Muslim di Pusat Bandar Bertam Perdana. Waktu operasi ialah setiap hari kecuali hari Jumaat. Dibuka dari jam 11.30 pagi hingga 11 malam dan rehat dari jam 3 petang hingga 5 petang. Nak mudah lihat Google Map kat bawah.
GPS : 5°31'02.2"N 100°27'03.7"E
5.517278, 100.451032
Kali nie kami terjah ke restoran cina muslim, Restoran Mohamed Long Chinese Muslim Food. Biasalah nak ubah selera sikit. Masa sampai boleh kata hampir semua meja dah penuh. Kami dapat meja kat luar. OKlah sambil ambil udara luar, lagipun malam bukannya panas.
Rsetoran Mohamed Long Chinese Muslim Food |
Set menu |
Menu cina muslim. Ada juga ala thai. |
Boleh tahan juga lama menunggu. Bagi menghilangkan kejemuan pelanggan, tokey datang bawa keropok bantal dengan cekelat. Ramah juga tokey kedai nie. Muka macam Cina tapi dia bagi tau dia bukannya cina.
Tangan sapa tuuu.... Nasib baik ada cekelat dan biskut bantal, boleh hilangkan jemu menunggu. Habis sepiring dengan tak malu anak aku minta sepiring lagi. |
Dah tak tahan tunggu, bagi tahu tokey sebab yang datang awal, hidangan dah sampai. Tokey tu minta maaf dan cuba selesaikan mungkin terjadi kesilapan maklumlah restoran nie baru dibuka.
Dok tak berapa lama baru hidangan sampai satu persatu. Lama jugalah nak lengkap semua apa yang kami pesan. Apa-apa pun alhamdulillha semua dah terhidang.
Sizzling Taufu. |
Ayam lemon, sedap tetapi terlebih masam ~ ikut citarasa aku la. |
Tomyam seafood, tak berapa menjadi dan tak kena dengan konsep makanan cina. |
Kangkong belacan |
Seong Tong Lala. Yang nie sedap, rasa lebih kurang sup lala yang ada serai. |
Suasana kedai yang bersih dan sejuk mata menadang. |
GPS : 5°31'02.2"N 100°27'03.7"E
5.517278, 100.451032
Tebus Mata Kad Kredit
Dah lama guna Credit Card? Berapa banyak point terkumpul? Dah guna point-point tu? Kebanyakan point kad kredit akan lupus setelah 3 tahun. Jadi dah berbelanja sakan dan mata terkumpul pun dah bertimbun-timbun, rugilah kalau tak ditebus.
Nak tebus boleh saja layari laman syarikat pengeluar kad tersebut dan dapatkan senarai barangan yang ditawarkan atau kadang-kadang dihantar pemplet senarai barangan kerumah bersama bil. Tapi tak berapa best sebab kadang-kadang apa yang di tawarkan tak sama dengan apa yang kita nak atau tak berapa syok sebab tak boleh pegang-pegang dan test dulu terutama barangan elektrik. Tebus mata pun hanya untuk habiskan point-point tersebut saja.
Mula-mula aku tak tau kita boleh tebus mata kat kedai elektrik. Suatu hari pi kedai Senheng terlihat papan tanda dekat kaunter tertulis "INSTANT CREDIT CARD REDEMTION". Macam menarik jaa. Kat situ disenaraikan 5 pengeluar kad krdit yang mengambil bahagian iaitu CIMB Bank, Maybank, RHB, AMBank dan Citibank.
Aku nie tergolong golongan yang tak berapa kisah dengan point-point nie. Kali terakhir ialah dekat sepuluh tahun dulu tebus untuk Smart Tag. Malas nak tengok brochure online, kadang-kadang lambat dan lembap.
Kali nie dah mudah. Berkebetulan dengan kerosakan seterika, apa lagi kami ke Senheng TESCO Sungai Petani. Belek punya belek bolehlah pilih sebiji seterika dan ada beberapa benda lain. Masa nak bayar bagi kad, staf kat situ check berapa mata yang ada. Alhamdulillah, selamat hampir RM70. Baki setelah ditolak point boleh bayar tunai atau terus potong kredit kad. Dapat juga berjimat.
Bilangan mata untuk ditukar ke 1 RM berbeza antara setiap pengeluar kad kredit, ada yang 200 mata untuk 1 RM, ada yang 240 mata untuk 1 RM (Gambar kat atas tu nilai mata sebelum GST - gambar lama.
Jadi pengajarannya cuba periksa mata kad kredit terkumpul dan guna sebaik mungkin. Harga barangan zaman sekarang nie bukannya murah. Gunalah apa yang ada untuk mengurangkan beban.

Instant Credit Card Redemtion. |

Fadhilat Capal Rasulullah
Dua tiga hari lepas aku terbaca satu post yang di kongsikan oleh seorang kawan dalam fb mengenai fadhilat capal atau sandal Rasulullah SAW. Tak tau la kalau perkara nie dah lama beredar, aku baru pertama kali baca.
Panjang lebar juga penerangan mengenai fadhilat sandal Rasulullah SAW nie disulami dengan hadis-hadis dan perawi sheikh-sheikh yang didakwa alim ulama.
Yang menjadi fokus utama ialah kelebihan dan keberkatan menyimpan gambar lakaran sandal tersebut yang boleh memberi banyak manfaat seperti dilepasi daripada ancaman kuku besi penzalim, mencapai keberhasilan pekerjaannya dan berjaya di dalam segala cita-cita kepada diri sendiri mau pun keluarga. Tapi kenyataan ini dilapisi dengan beriktikat kecintaan kepada pemilik sandal sebenar iaitu Rasulullah SAW.
Apa yang nak disampaikan seperti surat berantai. Kalau surat berantai, pembaca diminta membuat salinan dan diedarkan kepada orang lain (zaman la nie edar melalui email atau share saja). Kalau tak edarkan, penerima surat akan ditimpa bencana. Tapi post nie cuma minta pembaca buat lakaran sandal tu dan dibawa bersama. Tapi taklah dinyatakan bala kalau tak lakukan.
Macam-macam fitnah yang datang dalam berbagai bentuk yang boleh mengugat akhidah umat Islam ketika ini. Ya Allah lindungilah aku, kaum keluargaku, sahabat-sahabat dan seluruh umat Islam dari fitnah-fitnah yang datang.
Nasi Campur Permai Tepian
Kali nie ke Permatang Pauh pula. Pekena nasi campur ala kampung kat Jalan Permatang Nibong. Dah dua tiga kali sampai ke sini. Lauk ala kampung memang sedap dan harga pun memang murah.
Masuk saja kedai, tengok lauk memang tak tau nak pilih yang mana sebab banyak,
dari ikan sampai sotong dengan berbagai masakan, sayur, ulam-ulaman dan
sambal. Boleh melengung dok pikiaq nak makan apa.
Kalau sampai waktu rehat memang manusia penuh. Tapi tak apa sebab ruang makan luas. Kat sini pun nak makan filing-filing romantik pun boleh, boleh makan kat tepi sungai kat belakag kedai. Sungai Derhaka namanya bukan main-main. Makan pun tak perlu kalut-kalut nak balik sembahyang, surau disediakan.
Dah cemuih dengan ala mamak , mai sini makan masakan kampung dan makan pun dalam kawasan kampung. Kedai pun bersih dan pelayan pun mesra alam, layanan yang baik.
Kedai makan Nasi Campur Permai Tepian nie di buka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 3.30 petang dan tutup hari Jumaat. Aku biasa datang untuk makan tengahari saja, waktu pagi tak tau la apa yang ada.
Lokasi, melalui Jalan Permatang Pauh masuk simpang ke Jalan Permatang Nibong
lebih kurang 300M akan nampak kedai nie sebelah kiri, bumbung warna
kuning. Alamat di Kampung Pertama, Jalan Permatang Nibong, Permatang Pauh. Nak mudah tengok kat Googel Map kat bawah.
GPS : 5.385705, 100.420487
Sayur keladi, gulai ikan masin, sotong dan macam-macam lagilah |
Ulam-ulaman dan sambal. |
Nampak papan tanda warna hijau tergantung kat bumbung. Boleh baca apa yang ditulis? Tuuu la doa makan, tolkey kedai tolong ingatkan tetamu bersyukur dengan rezeki yang di beri. |
Kedai makan Nasi Campur Permai Tepian nie di buka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 3.30 petang dan tutup hari Jumaat. Aku biasa datang untuk makan tengahari saja, waktu pagi tak tau la apa yang ada.
Gambar muka depan kedai tak dapat ambil sebab hujan. Cuma capture gambar dari Googe Street View ja. |
GPS : 5.385705, 100.420487
Pac Man Google Map
Nie dia satu lagi senaman jari untuk yang dok depan PC. Google Map dah sediakan permainan yang legend pada masa dulu-dulu. Permainan Pac man tetapi telah di naik taraf menggunakan jalan raya dalam google map.
Budak-budak sekarang mungkin tak kenai permainan nie. Permainan yang mudah cuma menggerakkan Pacman menggunakn arrow key untuk makan makanan kat lorong tuu tapi jangan kena cekup dengan hantu jembalang.
Buat yang dok tengah lepak-lepak tak dak keja tu boleh la main benda nie. Kalau ada kerja jangan buat sebok main benda nie pulak. Kalau stres boleh bawak kereta kat jalan macam pac man, suka hati ja pi depan belakang.
Penjuru kiri bawah : ada ikon untuk Pacman. Kena pilih kawasan yang banyak jalan baru boleh main. |
Klik ikon Pacman, haaaa boleh main dah. Apa lagi senaman jari lah. |
Buat yang dok tengah lepak-lepak tak dak keja tu boleh la main benda nie. Kalau ada kerja jangan buat sebok main benda nie pulak. Kalau stres boleh bawak kereta kat jalan macam pac man, suka hati ja pi depan belakang.
Sukan PASTI 2015
Hari Ahad, 8hb Mac 2015 kali pertama anak Ahmad Firas sertai hari sukan tadika. Awal pagi kami ke Kompleks Sukan Kepala Batas. Orang bukan main ramai. Aku pertama kali hadiri hari sukan PASTI nie. Lihat tadika anak aku tak seramai nie. Pusing-pusing tengok baru tahu Sukan PASTI nie merupakan gabungan beberapa Tadika PASTI Kepala Batas, patut pun ramai.
Anak aku ada cerita sebelum hari sukan nie. Cikgu ada buat latihan bola. Tapi anak aku cerita dia tak pi berebut bola tu, jadi tak terpilih la. Hari nie kami datang ke Hari Sukan sebab dia masuk acara melukis.
Acara yang dipertandingkan tak banyak, jadi ada pelajar yang tak masuk apa-apa acara. Acara sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak untuk lelaki dan bola jaring untuk perempuan. Acara lain ialah melukis, yang Firas masuk. Ramai ibu bapa yang mengharapkan lebih banyak acara dan aktiviti yang dibuat supaya lebih ramai anak-anak dapat sertai. Apa-apa pun layan saja gambar-gambar kat bawah.
Tamat acara melukis, lepak tengok bola jaring kejap. Muka Firas dah macam jemu saja, ajak balik terus OK. Tak tunggu keputusan melukis kami balik.
Masuk dewan dengan penuh bergaya. Nasib baik jumpa kawan lepas tu, baru tak gabra. |
Acara yang dipertandingkan tak banyak, jadi ada pelajar yang tak masuk apa-apa acara. Acara sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak untuk lelaki dan bola jaring untuk perempuan. Acara lain ialah melukis, yang Firas masuk. Ramai ibu bapa yang mengharapkan lebih banyak acara dan aktiviti yang dibuat supaya lebih ramai anak-anak dapat sertai. Apa-apa pun layan saja gambar-gambar kat bawah.
Perlawanan bola sepak |
Pertandingan bola jaring dadakan dalam kompleks. |
Semua yang ambil bahagian melukis. |
Sebelum melukis, isi minyak dulu. |
Sebok melukis |
Kaler pensil pinjam kawan sebelah punya. |
Sampai terselak kaki. |
Tamat acara melukis, lepak tengok bola jaring kejap. Muka Firas dah macam jemu saja, ajak balik terus OK. Tak tunggu keputusan melukis kami balik.
Kuliah Ilmu April 2015
Penat, baca surat khabar cerita pasal GST, buka TV cerita GST, sembang kat opis pun GST. Jom kita pi cerita lain pulak. Jom pakat ramai-ramai menambah ilmu di masjid dan surau sekitar Bertam Kepala Batas. Moga apa yang berlaku menjadikan kita lebih tabah dan dipermudahkan.
Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:
Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:
Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam, Kepala Batas:
Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.
Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:
Posted by Masjid Abdullah Fahim SPU on Wednesday, April 1, 2015
Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:
JADUAL TEKINI UPDATED 2.4.15 7.09 PAGI
Posted by Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah,SPU on Wednesday, April 1, 2015
Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam, Kepala Batas:
Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)