Nie cerita lama dah, 1hb Februari yang lepas. Hari nie abang ipaq aku balik KL. Apa lagi dibuat rancangan ke Penang ramai-ramai. Kali nie ke Penang dan sarapan kat sana. Tak main sarapan kat Kepala Batas. Ubah angin.
Jadi jalan-jalan cari makan pagi kami kat Penang. Aku kalau kat penang kantoi sikit terutama bab jalan-jalan. Jadi aku follow abang ipar ja lah. Tempat nie biasa aku dengar tapi tak pernah sampai, Roti Canai Transfer Road atau ramai orang sebut Roti Canai Tepi Longkang ja.
|
Roti Canai Transfer Road @ Roti Canai Tepi Longkang |
Sampai sana parkinglah mana yang patut tepi-tepi jalan tu. Kami sampai lebih kurang jam 10 pagi. Orang boleh kata ramai dah. Gerai roti canai nie terletak betul-betul tepi Jalan Transfer. Bertenggek kat kaki lima sebuah bangunan kat situ.
Longkang kat tepi kaki lima bangunan tu menjadi tempat makan kami la ~ tu yang boleh dapat nama roti canai tepi longkang. Duduk makan kat sini rasa macam zaman dulu-dulu, makan kat meja panjang
|
Roti dah sampai, kuah tak sampai lagi. |
Oleh kerana kami umat yang ramai maka sampai sana tak boleh dok sekali. Jadi duduk la kerusi yang kosong dan oder. Dah sampai gerai roti canai dah tentu kana oder roti canai. Sementara roti nak datang kita tengok depa masak roti canai dulu.
|
Tukang masak |
|
Tukang tebar roti. |
|
Kuah cicah roti canai, dal, ayam, daging dan kambing. |
Roti canai nie datang dengan pencicah biasa tak silap aku kuah dal tapi kalau nak sedap lagi boleh oder kuah daging, ayam atau kambing. Kebanyakan yang makan kat sini mesti oder kuah nie.
|
Roti bentuk terkelepet tapi kuah kambing sedap. |
Ramai yang kata sedap tapi dengan lidah aku nie, rasa roti canai nie tak berapa sedap. Tambahan pula liat dan juga tepung yang tebal mungkin tak cukup tebar. Tapi yang menyedap dan menutup mulut ialah kuah cicahnya samaada daging, ayam atau kambing. Yang nie yang tutup segala kelemahan roti canai tu.
|
Roti bakar dangdut oder gerai sebelah. |
Kalau tak nak roti canai boleh oder Roti Bakar Dangdut kat gerai sebelah. Dua keping roti bakar diletak dua biji telur seperuh masak kat atas. Ramai adik beradik aku cakap sedap. Tapi aku tak boleh komen, sebab aku tak makan telur tak masak nie.
|
Gerai roti bakar dangdut. |
Seberang jalan dekat dengan gerai roti canai nie ada satu lagi kilang roti yang boleh kata jarang kita jumpa iaitu roti benggali atau roti tawar, Maliia Bakery. Femes kedai roti nie, dah masuk dalam surat khabar. Kat sini boleh borong roti benggali. Cicah dengan ayaq kopi atau gulai semalam memang terbaik.
|
Maliia Bakery. |
Semua dah kenyang, perjalanan diteruskan ke Batu Ferringhi nak lepak-lepak sambil menikati udara laut Pantai Miami. Kalau air cantik boleh terjun sekali.
Sampai tepi pantai, orang tua tak tergamak nak mandi. Kaler air semacam ja, keruh. Bebudak macam tak kisah pulak. Pakat pi main pasiaq dan lepas tu pelan-pelan masuk keair. Selamber ja mandi.
|
Pantai Miami bersama E-Coli |
Dalam tengahari lepas makan, pakat-pakat balik. Dok tak berapa lama Ammar sakit perut. Pi klinik ambil ubat macam biasa. Esok lusa dalam TV masuk berita Pantai Batu Ferringhi dicemari e-coli. Laaa tu yang air jadi pekat semacam ja. Ammar masih sakit perut, dia kata dok terminum air laut tu. Sekali lagi bawak Ammar ke klinik pi periksa mana tau dia kana e-coli. Alhamdullillah doktor kata virus biasa saja, Siti Sarah, Ahmad Firas ngan Nur Fatini tak ada cirit birit atau sakit perut.
Sedikit maklumat, Roti Canai Jalan Transfer nie dibuka setiap hari dari jam 6.30 pagi pagi hingga 7 petang dan rehat dari 1 tengahari hingga 3.30 petang. Lokasi tengok Google Map kat bawah.
No comments:
Post a Comment