Wednesday, March 26, 2014

Nasi Lemak Royale - Pantai Johor

Cuti balik kampung kali nie kami sekeluarga dengan bapak dan mama ngan famili abang aku menerjah Nasi Lemak Royale Pantai Johor. Orang belah Bandaraya Alor Setar cakap Pantai Johoq. Bukan ada pantai pun, jalan raya ada la.
DSCF3351
Nasi Lemak Royale Pantai Johor A
Lepas Maghrib kami ke sana, saja lepak-lepak makan kat luar ~ makan kat kampung pun rasa macam makan kat Kepala Batas ja. Menuju kearah Istana Anak Bukit. Parking jangan risau sebab sebelah gerai tu banyak ruang parking (siapa cepat dia dapat la).

Sampai sana apa lagi pi beratur dulu ambil nasi. Masa sampai orang tak berapa ramai, beratur pun pendek, legaaaaa. Nasi lemak royale nie bukan macam nasi lemak Melayu yang sambal bilis bagai tu. Nasi lemak nie Mamak yang punya.
Remaja zaman sekarang, selfie kejap.
 Walau mamak punya tapi bukan macam kedai mamak yang biasa dok kita tengok. Nasi Lemak Royale nie nasi dia warna kuning dan yang spesialnya kuah campur. Kat kedai mamak lain bila sebut kuah campur, mamak akan campur segala macam jenis kuah yang ada depan dia. Taram ikut suka walau semua kuah tu rasa sama ja ~ kari.. kari...

Kat sini ada dua jenis kuah yang dicampur dengan bangganya, satu warna merah dan satu lagi warna hitam.  Kuah nie yang buat rasa nak mai lagi.
DSCF3322
Nasi lemak kaler kuning seperiuk dan atas stall tu ada dua bekas kuah merah dan hitam. Kuah nie yang buat nak mai lagi.
DSCF3320
Lauk tak banyak pilihan sangat.
 Lauk-lauk lain pun sangat simple, tak banyak pilihan seperti ayam goreng, ayam madu, sotong, ikan, daging, telur. Apa yang menaikkan rasa? Haaa... tu yang aku tulis kat atas, kuah dia.. sebut sekali lagi... kuah dia.
DSCF3346
Menu Nasi Lemak Royale.

Setelah tunjuk sana... tunjuk sini lauk mana berkenan dan yang pasti kena taruh kuah campur, nie dia hasilnya. Walau nampak bersepah, rasa terbaik. 
DSCF3325
Aku punya, ayam goreng, telur rebus dan bendi.
Dibanding dengan cawangan Nasi Lemak Royale Hijau Kuning kat Lebuh Raya Sultan Abdul Halim, rasanya kat sana lebih sedap. Tapi cawangan Hijau Kuning, tak dak pilihan lain. Mesti kena makan nasi lemak ni saja. Tapi kat Pantai Johor nie ada banyak pilihan gerai yang menjual berbagai makanan dibawah satu bumbung. Siapa yang tak boleh makan mamak masak, ada juga masakan Melayu, Indon dan orang putih. Antara menu lain bihun sup, pulut ayam, laksa, chicken chop dan macam-macam lagi.
DSCF3348
Bihun sup dan pulut ayam pun ada.

Boleh pilih macam-macam menu dari gerai-gerai kat sini ikut selera. Aku mestilah nasi royal diraja nie. Kat Penang nasi kandar ada la, tapi tak sama nasi lemak diraja.
DSCF3327

DSCF3330
Remaja zaman sekarang, sebelum makan ambil gambar dulu.

Menu lain yang sempat aku snap ialah pulut ayam dan chicken chop. Pulut ayam mama aku punya aku tak tau rasa apa. Bapak aku oder chicken chop. Tengok chicken chop datang, Ahmad Firas pun nak juga tapi kuah kena asing. Oder ja lah satu lagi kat gerai western.
DSCF3332
Pulut ayam, mama punya.

Kesian Firas, untuk kali nie pun makanan dia lambat juga. Sikit punya lama dok tunggu tak sampai-sampai. Firas dah cemuih, suruh dukong pi tengok gerai chiken chop, nak tengok depa masak. Oklah layan dukong. Dah siap masak dah nak hantar, tengok dia dah letakkan sos atas ayam. Kami oder sos letak asing, takut pedas.
DSCF3333
chicken chop tok wan.

Sekali lagi kena masak. Ingat depa nak buat terus, tapi selamber ja dok buat grill. Aku tengok kat situ ada dua dapur, satu grill dan satu lagi goreng. Yang goreng tak guna pun. Aku pun tanya pasai pa tak buat lagi. Dia kata kena habis buat grill dulu baru boleh buat chicken chop. Lepas grill siap baru dia nyalakan api dapur yang satu lagi, baru buat chicken chop. Nak jimat gas kot. Ishhhh macam nie pun ada ka? Adik, kalau nak berniaga tu buat la benda logik sikit. Tolong lahhh.  Tapi walau lama menunggu, chicken chop nie memang perlu banyak pembaikan dari segi rasa, kuantiti dan juga servis.

DSCF3350
Keseluruhan makan kat sini boleh kata berbaloi walau ada yang tak berapa berkenan. Kawasan gerai pun boleh kata bersih dan luas juga, anak-anak aku boleh berlari-lari. Orang-orang tua boleh makan dan sembang dengan tenang. Parking pun takdak masalah tapi kena datang awai la.

Kalau dah sampai Alor Setar mai la singgah kat Nasi lemak Royal Pantai Johor nie. Waktu operasi dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 12 malam. Kalau nak datang, lokasi gerai nasi lemak nie berada di tepi Jalan Anak Bukit berdekatan simpang ke Gunung Keriang. Lepas makan bolehlah pi melawat Istana Anak Bukit ~ tengok pintu pagar. Mudah google map kat bawah.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...