Saturday, February 15, 2014

Melaka - Hari 3: Selamat Tinggal Malaka

Pepagi lagi dah bangun, hari terakhir kat Melaka. Berkemas semuanya dan check out dari Hotel Syaz Meridien.

Sebelum sampai Melaka kami tanya member-member kat Melaka hotel yang dekat Jonker Street. Dok kat Melaka rumah sendiri, mana depa nak tau hotel-hotel nie. Jadi cari kat internet pula. Mula-mula cari kat kawasan Jonker Street. Saja nak mudah ke pasar malam Jonker Street, lagi pun nak rasa dok rumah Nyonya Melaka. Tapi kebanyakan jenis macam boutique hotel atau guess house. Tempat parking guna parking awam ja (tak dak parking persendirian).

Ada satu masalah lagi iaitu kebanyakan tak bagi bawa kanak-kanak bawah 12 tahun. Mungkin deko kat dalam hotel nie dibuat ala-ala zaman dulu-dulu. Bawa bebudak boleh cari pasai la. Lagi pun isteri aku cakap ada member dia pernah menginap kat hotel kawasan Jonker Street. Dia kata tak berapa best sebab ada macam-macam bau masa pasar malam (paham-paham la nooo) dan juga susah dapat tempat parking dekat hotel.
Hotel Syaz Meridien. Kat belakang tu Hotel De Mawardah.

Lepas tu cari kat kawasan Bandar Hilir pula. Kat sini banyak hotel terutama kat Plaza Mahkota (PM). Klik sana klik sini, dapat dua yang rasa menarik Hotel De Mawardah dan Hotel Syaz Meridien. Pusing-pusing pilih Hotel Syaz sebab ada bilik yang sesuai dengan kami enam beranak dan tak jauh dari Bandar Hilir. Kebanyakan hotel kena booking melalui internet ~ booking melalui agoda.com. Alhamdulillah, hotel nie boleh kata selesa. Hotel juga beri parking percuma. Ingat ada ruang parking khas, tapi cuma diberi kupon parking yang boleh guna kat parking awam. Tapi OKlah parking awam banyak kat depan hotel.

DSC_4704
selesa

Keluar dari hotel, makan dulu kat restoran kat PM tu dan lepas tu ke Pahlawan Walk Market. Biasalah buah terakhir di Melaka, beli belah serba sedikit buah tangan bawa balik dan juga cari benda mengunyah habuan mengantuk ketika pandu kereta nanti.
DSC_5194
Pahlawan Walk Market
DSC_5156
Nak ketaaaa ~ Firas. Pantang jumpa kereta mainan.
DSC_5160
Macam-macam perasa cencalok. Cincalok cili, kurang masin dan sotong
DSC_5162
Comeyyy ~ Fatini
DSC_5178
Makanan tradisional

Pahlawan Walk Market nie dibuka setiap hari. Banyak kedai-kedai kecik dibawah satu bumbung yang jual macam-macam tapi kebanyakan lebih kepada pelancong. Dijual seperti cenderamata, baju Melaka, kuih tradisional, budu, cencalok, belacan. Lebih kurang Medan Samudera juga.
DSC_5169
DSC_5173
Kebaya Nyonya Melaka
DSC_5190
DSC_5179
Belacan dan gula melaka

Selesai sudah perjalanan di Melaka. Masih banyak lagi yang belum disinggah kat Melaka nie terutama tempat bersejarah. Melaka nie umpama muzium terbuka yang menyimpan berbagai sejarah. Lain kali lah lawat tempat-tempat tu pulak. Jonker Street pun tak lawat, salah perkiraan. Kami sampai kat jalan tu tapi line clear, tak dak orang berniaga. Rupa-rupanya Pasar Malam Jonker Street cuma dibuka hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja, kami salah hari (tak buat ulang kaji).

Ada satu lagi pasar malam yang dibuka seperti Jonker Street iaitu Pasar Malam Pahlawan Walk atau Uptown Pahlawan Walk yang terletak bersebelahan Pahlawan Walk Market. Pasar malam nie dengar cerita lebih kepada peniaga-peniaga Melayu.

Nanti kena datang Melaka lagi, ada orang cakap Bandaraya Melaka nie akan dibangunkan macam Dubai, betul ka??? ~ dah kensel flight ke Dubai.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Melaka 2-4 Disember 2013 ]

1. Melaka - Hari 1 : Asam Pedas Selera Kampung
2. Melaka - Hari 1 : Ikan Bakar Umbai
3. Melaka - Hari 2 : Menara Taming Sari
4. Melaka - Hari 2 : Muzium Samudera
5. Melaka - Hari 2 : Melaka Duck Tours
6. Melaka - Hari 2 : A Famosa
7. Melaka - Hari 2 : Melaka River Cruise
8. Melaka - Hari 2 : Coconut Shake Klebang & Medan Samudera
9. Melaka - Hari 2 : Ikan Bakar Muara Sg Duyung
10. Melaka - Hari 3 : Pahlawan Walk

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...