Melaka - Hari 2: A Famosa

Dah dekat tengahari. Cuaca masih lagi redup dan kadang-kadang hujan renyai-renyai. Hari nie nak cover semua yang ada kat Bandar Hilir nie.  Selepas turun dari atas itik diteruskan perjalanan ke tapak A Famosa.

Kereta lembu yang dulu sinonim dengan negeri Melaka kini kena sumpah jadi batu.

Dalam perjalanan nak sampai ke pintu gerbang A Famosa akan lalui berbagai artifak yang di letakkan di sekitar Bandar Hilir nie. Bolehlah posing buat kenangan.

Kuch kuch ho ta haiii

Beca cuma sebagai penarik pelancong.
Banyak juga bangunan bersejarah yang telah ditukarkan menjadi berbagai muzium. Macam-macam muzium ada dari Muzium Umno, Muzium Layang-layang, Muzium Setem dan Muzium Dunia Melayu Dunia Islam. Ini baru muzium yang kami lalu kat depan sahaja, kalau ikutkan kat Bandar Hilir nie banyak lagi muzium.
Muzium Dunia Melayu Dunai Islam

Muzium Setem Melaka

Dalam banyak-banyak muzium yang kami lalu, satu pun tak masuk. Ishhh... nie yang dok jadi buta sejarah. Tapi yang seronok ialah melihat kesan-kesan tinggalan sejarah di sekitar sini, kira macam lawat muzium juga la.

Dia buat dahhh... nak suruh dukung la tu ~ Ahmad firas

Dah sampai ke pintu gerbang A Famosa yang panjang sejarahnya. Setelah Melaka ditawan oleh Portugis pada 1511, kota ini dibina dan diberi nama Kota Famosa (yang termasyhur) berfungsi sebagai pusat pertahanan dan pemerintahan. Kota ini dibina dari batu jenis laterit.  Selepas gedabak gedebuk sepak terajang kota ini jatuh ketangan Belanda pula. Kemudian Belanda menyerah sementara Melaka kepada British, suruh jaga sekajap tetapi kota ini dimusnahkan oleh pihak Britisah ~ jenis tak pegang amanah. Pada asalnya terdapat 4 buah pintu dan 8 menara, setelah dimusnahkan Kota A Famosa hanya tinggal sebuah pintu yang diberi nama Porta de Santiago. Panjangggg ceritanya, nak tau lebih lanjut baca buku teks sekolah atau cari kat internet.
Gambar wajib jika sampai Melaka ~ berposing dengan meriam dan pintu gerbang A Famosa.


Pada asalnya dizaman kesultanan Melayu Melaka pun terdapat kota disini yang didirikan oleh Parameswara sebelum dijajah oleh Portugis. Kota Melaka ini didirikan dari kayu. Mungkin pantun yang selalu kita dengar nie merujuk kepada kota nie kot sebab yang dok ada sekarang dari batu.

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan dan nyawa hamba berikan

Melewati pintu gerbang tersergam bukit St Paul, apa lagi kuatkan semangat dan panjat. Zaman Kesultanan Melayu dulu bukit nie bernama Bukit Melaka. Selepas terbinanya gereja St Paul nama bukit ditukar ke Bukit St Paul bersempena nama gereja tu..

Kawasan nie dari bawah sampai atas penuh dengan jualan cenderamata dan juga ada yang main muzik. Yang istimewa kat sini banyak orang jual lukisan. Letak lukisan kat dinding dan kaki lima bangunan, lepas tu minta jangan sesiapa tangkap gambar. Menganggu orang ambil gambar tempat nie ja. Anak aku yang kecik bergumbira dengan mainan belon sabun.

Tinggalan Gereja St Paul

Kat atas nie penuhlah dengan makam-makam dan juga satu lubang yang di bina jaring. Aku tak tau lubang apa nie. semasa tulis N3 nie search kat intenet dapat maklumat lubang ini merupakan kubur paderi kristian St Francis Xavier atau pun lorong bawah tanah.
Makam padri atau lorong bawah tanah, ramai masukkan duit syiling buat hajat ~ Orang Islam tak payah ikut.

Ramai juga yang memasukkan syiling kat dalam nie dan buat hajat. Yang tak berapa aku berkenan nie ada aku tengok minah Melayu ( melayu la kot, bertudung) yang masukkan duat siling dalam nie dan lepas tu buat hajat ~ nauzubillah, mohon dijauhkan dari keluarga aku. Ikutkan aku nak masuk kedalam lepas tu boleh kutip duit syiling ~ kayooo pakcik. Lagi satu kepada pengantin Islam tak payahlah nak buat outdoor shooting kat sini. Bukan tak cantik tetapi benda nie gereja kristian.

Dahhh rehat sekejap kat atas bukit tu sambail Firas ngan Fatini main buih sabun, lepas tu baru turun. Turun melalui lereng bukit di belakang Muzium Islam Melaka.

Melintasi Jalan Kota untuk ke Pelabuhan Melaka bertemu dengan satu lagi tapak bersejarah iaitu bekas sambungan tapak tembok Kota A Famosa yang dibina oleh Portugis ~ ini merupakan tapak asal pembinaan Menara Taming Sari bersebelahan bangunan Stadthuys, setelah penemuan bekas tembok ini lokasi menara telah dipindahkan.
Kesan tinggalan tembok A Famosa.

Walau dah tengahari, cuaca redup dan tak berapa panas. Sebelum makan tengahari, ada lagi tempat nak dilayan. Kampoi semua dulu baru pi makan tengahari. Tunggu lepas nie...

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Melaka 2-4 Disember 2013 ]

1. Melaka - Hari 1 : Asam Pedas Selera Kampung
2. Melaka - Hari 1 : Ikan Bakar Umbai
3. Melaka - Hari 2 : Menara Taming Sari
4. Melaka - Hari 2 : Muzium Samudera
5. Melaka - Hari 2 : Melaka Duck Tours
6. Melaka - Hari 2 : A Famosa
7. Melaka - Hari 2 : Melaka River Cruise
8. Melaka - Hari 2 : Coconut Shake Klebang & Medan Samudera
9. Melaka - Hari 2 : Ikan Bakar Muara Sg Duyung
10. Melaka - Hari 3 : Pahlawan Walk

No comments:

Post a Comment