Melaka - Hari 2: Muzium Samudera

Sementara nak menunggu nak naik Itik, macam-macam boleh lihat kat Bandar Hilir nie. Kami meneruskan perjalanan ke Muzium Samudera. Jalan kaki saja, tak jauh pun dari menara Taming Sari, lebih kurang 300 meter.
Rehat sekejap ~ macam sesat jaa.

Kat kawasan nie ada 3 buah muzium yang guna satu tiket ja. Mula-mula masuk replika kapal Portugis, Flor De La Mar.

Kat dalam nie diletakkan arca dan juga sedikit artifek menceritakan sejarah lama Melaka. Layan gambar kat bawah.

Dagangan rempah ratus.
Tugas dan peranan pembesar Melaka.


Banyak info kat dalam nie, kalau malas baca disediakan headphon yang boleh menerangkan setiap benda kat situ ~ kena sewa alat tu.


Masuk dalam kapal nie boleh tahan juga naik turun tangga.




Keluar sahaja dari kapal nie terus pula ke sebuah lagi muzium, Muzium Samudera fasa II. Kali nie tak kena panjat dah. Muzium nie lebih kepada hidupan laut dan kehidupan di Melaka.



Replika kapal Flor De La Mar.


Kedua-dua muzium yang kami masuk kebanyakan mempamerkan arca, gambar dan juga poster-poster maklumat mengenai sejarah Melaka. Tak banyak artifek sebenar yang di pamerkan. Tak berapa best la.

Muzium ke tiga, Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia kami tak sempat lawat. Kena gegas nak naik Itik.

Kompleks Muzium Samudera dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dilanjutkan sehingga 8.30 malam. Bayaran masuk dewasa RM3.00 dan kanak-kanak umur 7 hingga 12 tahun RM 1.00 dan 6 tahun kebawah percuma. Murah sangat-sangat dapat masuk 3 buah muzium.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Melaka 2-4 Disember 2013 ]

1. Melaka - Hari 1 : Asam Pedas Selera Kampung
2. Melaka - Hari 1 : Ikan Bakar Umbai
3. Melaka - Hari 2 : Menara Taming Sari
4. Melaka - Hari 2 : Muzium Samudera
5. Melaka - Hari 2 : Melaka Duck Tours
6. Melaka - Hari 2 : A Famosa
7. Melaka - Hari 2 : Melaka River Cruise
8. Melaka - Hari 2 : Coconut Shake Klebang & Medan Samudera
9. Melaka - Hari 2 : Ikan Bakar Muara Sg Duyung
10. Melaka - Hari 3 : Pahlawan Walk

No comments:

Post a Comment