Tuesday, January 21, 2014

Melaka - Hari 1: Ikan Bakar Umbai

Hari nie aktiviti makan saja. Nak jalan-jalan pun tak berapa ada mod, lagi pun kat luar dok hujan ja. Selepas check in hotel, rehat sekejap. Malam sikit keluar pulak. Kali nie pun jalan-jalan cari makan. Makan malam pula.

Malam nie keluar jauh sikit dari bandaraya Melaka menuju ke Umbai. Kali nie pun rujuk ke internet juga, review tempat makan seafood menarik. Melalui Jalan Padang Temu ke Umbai. Tak jauh pun tapi dia punya simpang tak berapa meriah dan sedikit gelap. Ada sign board tulis Dataran Ikan Bakar Pernu-Umbai. Selalu sebut Ikan Bakar Umbai ja.
DSC_4737
Ikan Bakar Parameswara Umbai
Kona masuk boleh kata dalam juga dan dekat nak hujung akan nampak cerah kedai menjual cenderamata dan macam-macam lagi ~ tak singgah pun. Selepas melepasi kedai cenderamata akan bertemu dengan sederet beberapa kedai ikan bakar. Yang mana sedap? Yang banyak di review ialah restoran yang hujung sekali ~ tak join dengan yang lain. Kereta boleh jalan sampai hujung dan banyak lagi parking kat situ. Bertemulah dengan restoran Ikan Bakar Parameswara.

Cuaca masih tak menentu, sekejap renyai sekejap berhenti. Parking dekat ja dengan restoran. Restoran betul-betul ditepi kuala. Sampai disini tak boleh oder terus. Kami diminta oleh pelayan cari meja kosong dulu. Nanti oder mengikut nombor meja tersebut.
DSC_4721
Masa kami sampai orang boleh tahan ramai, tetapi oleh karana meja yang disediakan banyak jadi tak ada masalah. Kami ambil meja yang mengadap laut, tak nampak apa-apa gelap malam. Lepas tu baru pi pilih ikan dan sotong kat depan. Beritahu mereka nak masak apa.

Sementara oder nak sampai jom tengok sekitar restoran nie.
DSC_4718
Pilih yang mana berkenan. Sotong, udang, kerang, ketam dan berbagai jenis ikan. Selepas pilih beritahu nak buat masakan apa.
DSC_4717
DSC_4719
Harga seafood
DSC_4722
Ikan bakar dibakar sangat mudah. Ikan dibakar kosong, jika nak sos akan di calit sos atasnya.

Tak berapa lama sampai apa yang di oder. Tapi satu kekurangannya ialah makanan datang serupa bas lompat, satu.. satu... datang. Kalau boleh set makanan yang di oder datang serentak baru best. Boleh makan panas-panas.
DSC_4707
Butter prawn, rasa sedikit masin. Butter tak jadi macam serabut.
DSC_4710
Pencicah ikan bakar: sambal kicap dengan air asam
DSC_4713
Kerang bakar
DSC_4724
Ikan bakar, sebelah kosong sebelah ada sos. Walau simple tapi rasa boleh tahan juga.
Kebiasaan kedai yang aku makan akan menyediakan sos cili thai sebagai pencecah kerang bakar tapi di sini kerang bakar dengan ikan bakar berkongsi pencicah yang sama ~ sambal kicap dan air asam. Ikan bakar pula dibakar sangat mudah, ikan dibakar kosong, jika nak sos akan di calit sos atasnya.

DSC_4733
Kailan ikan masin

Dah semua oder sampai, tapi kesian kat Ahmad Firas yang oder nasi goreng cina belum sampai. Masa kami makan dia dok tanya "nasi goreng firas mana?". Dah lambat sangat pi jumpa pekerja kat situ bagi tau nasi goreng belum sampai. Dia kata nanti, tapi dok tak sampai juga. Kali kedua pi cakap pun macam tu juga.
DSC_4726
"Nasi goreng Firas mana?" ~ kesian, nasi goreng yang tak digoreng lagi.

Sekali lagi pi kedepan jumpa Mak Cik yang ambil oder tadi, bagi tau dia oder belum sampai lagi. Masa tu bahasa pun tak berapa cantik la. Mak Cik tu pi check kat bahagian goreng. Tengok pekerja kat situ sikit punya dok lepak bersembang ~ tak dak kerja ka?. Dah diberitahu oder belum sampai baru buat muka terkejut beruk, baru mula nak goreng. Hampehhhh.

Walau sampai lambat, nasi goreng cina nie memang terbaik dan puas hatilah banyak. Tak pernah lagi jumpa nasi goreng cina yang ada macam-macam bahan. Rasanya resepi tu datang dari cina kot, sebab tu lah yang lambat.
DSC_4734
Nasi goreng cina
Keseluruhan makan kat sini boleh kata sedap dan harga pun berpatutan. Tempat makan pun tersusun dan bersih. Bawa budak-budak pun selesa sebab luas dan tempat parking pun banyak. Kalau datang waktu siang boleh la tengok pemandangan selat Melaka.
Paya bakau menghadap ke Selat Melaka.

DSC_4735
Boleh makan atas bot yang ditambat sebelah kedai.
Ikan Bakar Parameswara nie menyediakan berbagai jenis masakan seafood ala thai, kerabu, nasi goreng dan tentulah bakar berbagai jenis ikan, sotong, kerang, udang, ketam dan sebagainya. Ia dibuka setiap hari dari tengahari hingga lewat malam dan tutup hari Isnin. Lokasi lihat kat Google Map kat bawah. OKLah tamat satu hari kat Melaka.

GPS : 2°09'22.1"N 102°20'09.9"E


View Larger Map

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Melaka 2-4 Disember 2013 ]

1. Melaka - Hari 1 : Asam Pedas Selera Kampung
2. Melaka - Hari 1 : Ikan Bakar Umbai
3. Melaka - Hari 2 : Menara Taming Sari
4. Melaka - Hari 2 : Muzium Samudera
5. Melaka - Hari 2 : Melaka Duck Tours
6. Melaka - Hari 2 : A Famosa
7. Melaka - Hari 2 : Melaka River Cruise
8. Melaka - Hari 2 : Coconut Shake Klebang & Medan Samudera
9. Melaka - Hari 2 : Ikan Bakar Muara Sg Duyung
10. Melaka - Hari 3  : Pahlawan Walk

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...