Nie dia aktiviti bulan September 2013 Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas.
Update untuk kuliah untuk Masjid At-Taqwa Bertam Indah.
Jom ramai-ramai kesana.
**Segala perubahan tertakluk kepada masjid berkenaan.**
Restoran Sejati Gemilang Bandar PERDA
Aku pun tak ingat urusan apa sehingga telah terterjah ke Bandar PERDA. Oleh kerana dah sampai kesana dan berkebetulan tengaharai maka isi perutlah. Ada sebuah restoran yang menyediakan nasi campur kampung kat kawasan tu berhampiran simpang McD, Restoran Sejati Gemilang ~ Cerita bulan Jun lagi, tulis pi lah.
Masa kami sampai orang dah ramai dan lauk pun banyak. Dari kari, masak lemak, kerabu hingga ikan, daging bakar. Ulam-ulam pun banyak. Setiap jenis lauk disusun berasingan seperti ulam satu tempat, sayur satu tempat lain ~ mudah nak pilih. Boleh pening juga nak pilih dengan lauk banyak cam nie. Nak makan semua, ingat jin ka?
Nie dia apa yang kami ambil, ikan bakar, air asam, sambal dan ulam dan atas nasi ada sikit bahan-bahan lain ~ macam menu kesihatan pula.
Makan kat sini memang puas hatilah, makanan banyak pilihan dan lauk-pauk yang aku ambil sedap. Manusia yang datang pun ramai terutama masa rehat, jadi kalau lewat boleh kikih kuah saja la.
Restoran Sejati Gemilang nie dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Tengahari disediakan menu nasi campur kampung macam aku makan nie dan malam ala-thai. Lokasi lihat google map kat bawah.
View Restoran Sejati Gemilang in a larger map
Restoran Sejati Gemilang Bandar Perda |
sayur |
lauk |
kerabu |
ikan bakar panas |
ulam dan sambal |
Nie dia apa yang kami ambil, ikan bakar, air asam, sambal dan ulam dan atas nasi ada sikit bahan-bahan lain ~ macam menu kesihatan pula.
Ingat terubuk bakar, tapi entah ikan apa tak tau. Sebelum ambik tak tanya dulu. |
Makan kat sini memang puas hatilah, makanan banyak pilihan dan lauk-pauk yang aku ambil sedap. Manusia yang datang pun ramai terutama masa rehat, jadi kalau lewat boleh kikih kuah saja la.
Orang ramai |
View Restoran Sejati Gemilang in a larger map
Rebat Perbelanjaan Tuisyen
Kelmarin dok selak-selak surat khabar terjumpa berita kat bawah nie. Pelepasan cukai kepada ibu bapa yang hantar anak-anak ke pusat-pusat tuisyen. Menarik nie, bukan sikit belanja yang dikeluarkan untuk hantar anak-anak kesana.
Pelepasan perbelanjaan pendidikan. Petikan dari Utusan Malaysia 20hb Ogos 2013. |
Tuisyen nie boleh dikatakan suatu keperluan juga untuk anak-anak mendalami pelajaran ketika ini. Kadang-kadang di sekolah anak-anak tak dapat memahami apa yang diajar disebabkan kapasiti murid dalam kelas yang ramai dan tempoh pengajaran sesuatu subjek yang singkat dan guru-guru terpaksa mengejar untuk menghabiskan silibus mengikut jadual menyebabkan matlamat pengajaran dan pembelajaran tidak kesampaian.
Tambahan pula ada sekolah-sekolah yang masih lagi menjalankan persekolahan sesi petang ~ entah bila nak selesai. Waktu petang bagi aku bukan boleh belajar lagi, masa untuk berehat dan menyelesaikan apa-apa yang bersisa dari waktu pagi. Jadi tuisyen inilah menjadi alternatif untuk menyelesikan perkara nie.
Walau di sekolah dikatakan menggunakan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah tapi sistem lama menjuruskan peperiksaan akademik tetap menjadi perkara utama.
Pelepasan ini merupakan cadangan sahaja yang akan diketengahkan kepada DS Najib untuk dibentangkan dalam Belanjawan 2014. Harap jadi lah kot, kurang sedikit beban ibu bapa ~ kalau lulus pun mungkin ada ketegori pendapatan ibu bapa yang diambil kira.
Kalaulah dilaksanakan nanti bukan sahaja mengurangkan perbelanjaan ibu bapa malah berkemungkinan meningkatkan ujudnya pusat tuisyen baru. Maklumlah ramai ibu bapa yang ingin mengambil peluang dari rebate cukai ini. Hantar anak siang malam ke pusat tuisyen.
Pusat tuisyen pun ketika itu jangan pula menaikkan yuran sesuka hati.
Ketika itu permintaan guru untuk menjadi tenaga pengajar sambilan pun bertambahlah. Alhamdulillah rezeki cikgu. Kepada cikgu-cikgu yang buat tuisyen nie jangan lupa kepada kerja yang diamanahkan kerajaan kepada mereka untuk mendidik anak bangsa. Jangan mengejar pendapatan tambahan menjadi guru tuisyen sehingga mengabaikan tanggung jawab kepada anak murid di sekolah. Mohon perkara ini tak berlaku.
Pelepasan Perbelanjaan Pendidikan
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Kerajaan akan meneliti cadangan untuk memberikan pelepasan cukai kepada ibu bapa yang memperuntukkan perbelanjaan dalam bidang pendidikan termasuk penghantaran anak-anak ke sekolah swasta dan tuisyen.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memberi maklum balas dalam sesi dialog terhadap persoalan yang dibangkitkan peserta Sidang Kemuncak Wanita 2013 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, dekat sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan memberitahu, cadangan tersebut akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang mengumpul pelbagai saranan dan idea untuk polisi-polisi baharu dalam Bajet 2014 yang bakal dibentangkan Oktober ini.
''Menghantar anak-anak ke sekolah swasta atau pusat-pusat tuisyen memerlukan perbelanjaan yang besar. Untuk memberikan pelepasan cukai kepada ibu bapa yang memperuntukkan perbelanjaan dalam pendidikan termasuk menghantar anak-anak ke sekolah swasta dan tuisyen, kita akan pertimbangkan.
Arikel Penuh: http://www.utusan.com.my/
Tanda Putera dah boleh tayang
Kenapa Empat Jari?
Sekarang ramai yang tukar gambar profile yang glamour ke gambar isyarat empat jari. Apa tu isyarat empat jari yang ketika nie sangat femes. Isyarat empat jari ini digunakan oleh pejuang-pejuang dan penduduk yang berhimpun di Dataran Rabaah al-Adawiyah untuk membantah rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera Mesir terhadap Perdana Menteri Mesir yang sah, Mohamed Mursi
Isyarat empat datang dari nama dataran Rabaa al-Adawiya dimana Rabaah atau Rabia bermaksud empat dalam bahasa Arab. Isyarat ini juga digunakan untuk membezakan mereka dari golongan kecewa satu lagi yang menyokong rampasan kuasa yang berhimpun di Tahrir Square. Golongan kecewa ini menggunakan isyarat dua jari.
Presiden Turkey, Recep Tayyip Erdoğan juga menunjukkan isyarat ini ketika berucap di disebuah majlis pada 17hb Ogos sebagai tanda membantah terhadap penggulingan kuasa oleh ketua tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.
Sedikit sejarah dataran Rabaa al-Adawiya:
Dataran ini dinamakan bersempena dengan nama seorang perempuan beriman bernama Rabaa al-Adawiya. Rabaa merujuk kepada anak keempat dalam keluarga tersebut. Kehidupan awal yang susah dan cabaran yang dilaluinya untuk kebebasan dan menuju Illahi menjadikan nama beliau sebagai simbol kepada perjuangan menegakkan kebenaran. Nak tahu kisah Rabiatul Adawiyah atau Rabiah al-Adawiyah klik sini, sini, sini dan banyak lagi, sila google.

Gempa Bumi Lemah Landa Kupang, Kedah
KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther melanda
Kupang di Kedah pada jam 8.26 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi
Malaysia.
Gempa bumi itu berpusat di 11 kilometer selatan Baling dan gegaran kesan boleh dirasai di sekitarnya, menurut kenyataan jabatan itu di sini. - BERNAMA
Harap sesiapa yang berada di sana selamat.
Update 20hb Ogos, 4 ptg: Dok cari kat internet masih tak ada gambar atau perkembangan lanjut gempa bumi di sana.

Lemang Bakar Simpang Bertam Perdana
Setiap Hari Raya Puasa sehingga Hari Raya Haji pasti orang-orang yang lalu dihadapan Taman Bertam Perdana 2 & 3 akan nampak khemah menjual lemang betul-betul di persimpangan masuk ke kawasan taman.
Hari-hari biasa khemah nie tak ujud. Dipertengahan Ramadhan akan mula terpacak khemah dan juga longgokan kayu dan bila hampir untuk menyambut Hari Raya baru pembakaran lemang bermula.
Bagi aku lemang tempat nie antara yang terbaik. Malam raya kali nie beli bawa balik kampung dan buka hari raya kedua, masih elok dan lembut. Harga mengikut saiz dari RM 10.00 hingga RM 15.00. Boleh kata setiap kali hari raya, lemang nie akan menjadi mangsa ~ bukan promosi tapi kisah benar. Selain lemang dijual juga rendang dan serunding.
Kalau nak rasa lemang yang best nie jangan datang lewat sangat... cepat habis. Lokasi kat bawah.
View Lemang Bakar Simpang Bertam Perdana in a larger map
Hari-hari biasa khemah nie tak ujud. Dipertengahan Ramadhan akan mula terpacak khemah dan juga longgokan kayu dan bila hampir untuk menyambut Hari Raya baru pembakaran lemang bermula.
Rendang dan serunding pun ada. |
Kalau nak rasa lemang yang best nie jangan datang lewat sangat... cepat habis. Lokasi kat bawah.
View Lemang Bakar Simpang Bertam Perdana in a larger map
Muhammad Nombor Satu di UK
Berita luar negara memaparkan nama Muhammad menjadi pilihan nombor satu di London.
Abu Hurairah dan Jabir Radhiallahu ‘anhuma pula telah meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya:
Menamakan anak dengan nama Muhammad mempunyai banyak kelebihan. Kata ulama:
Imam asy-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu ketika menamakan anak beliau dengan nama Muhammad berkata:
Perlu diingat, nama Muhammad itu nama yang baik lagi mulia. Oleh itu jangan dipotong-potong atau diringkaskan ejaannya sehingga menjadi seperti “Md.” atau “Mohd.”, kerana perbuatan itu tiada berkat dan kurang adab terhadap Nabi Muhammad
Shallallahu ‘alaihi wasallam. (Fatwa: 66/1991)
Sumber : Mufti Brunei
Petikan dari http://www.dailymail.co.uk |
Petikan dari http://www.thedailystar.net |
Abu Hurairah dan Jabir Radhiallahu ‘anhuma pula telah meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
سَمُّوا بِاسْمِي وَ َ لا تَ ْ كتَنُوا بِ ُ كنْيَتِي.
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya:
“Namakan (anak) kamu dengan namaku dan janganlah kamu menggelarnya dengan gelaranku.”(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Menamakan anak dengan nama Muhammad mempunyai banyak kelebihan. Kata ulama:
Bahkan nama Muhammad mengandungi beberapa kelebihan yang sangat tinggi, sayugia tiada kosong dari nama Muhammad itu di dalam sesuatu keluarga.(Fatwa: 66/91)
Imam asy-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu ketika menamakan anak beliau dengan nama Muhammad berkata:
“Aku menamakannya dengan nama yang paling aku sukai.”Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah, maksud kata Imam as-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu “nama yang paling aku sukai” itu ialah nama yang paling disukainya selepas nama ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.
Perlu diingat, nama Muhammad itu nama yang baik lagi mulia. Oleh itu jangan dipotong-potong atau diringkaskan ejaannya sehingga menjadi seperti “Md.” atau “Mohd.”, kerana perbuatan itu tiada berkat dan kurang adab terhadap Nabi Muhammad
Shallallahu ‘alaihi wasallam. (Fatwa: 66/1991)
Sumber : Mufti Brunei
Generasi Al-Quran
Malaysia Boleh... Berbagai "ter..." dan "pertama" yang diadakan di Malaysia. Dari jambatan terpanjang, bangunan tertinggi, litar F1 pertama di Asia dan kini Malaysia ingin menjadi pencetak Al-Quran terbesar di dunia selepas Arab Saudi. Berita nie dah lama, cuma baru nak ulas.
Dari berita yang keluar tujuan pusat percetakan ini ialah untuk menunjukkan kesungguhan kerajaan didalam meninggikan syiar Islam. Persoalan timbul, adakah dengan adanya kilang percetakan ini syiar Islam akan tertegak? Adakah Islam itu diukur dengan material berapa besar kilang yang ada atau perlaksanaannya.
DS Najib juga berharap generasi sekarang menjadi generasi al-Quran yang dapat menghayati dan meneroka isi kandungannya. Pandangan jauh DS Najib yang ingin melahirkan generasi pemimpin akan datang yang benar-benar menghayati dan mengamalkan al-Quran ~ yang dok ada sekarang tak pastilah. Tiba masa itu, bolehlah dilakukan serahan tampuk kuasa dilakukan dengan aman atau setakat generasi tersebut menjadi huffaz dan pengkaji di maahad tahfiz sahaja.
Atau pun sebagai salah satu sumber pendapatan Malaysia dari segi hasil penjualan atau hasil dari kedatangan pelancong melawat kilang percetakan dan kita dapat mendabik dada bahawa kita telah meningkatkan martabat Islam dengan kilang tersebut.
Apa-apa pun diharap pusat ini memberi kebaikan kepada kemakmuran kepada Malaysia, penduduknya dan seluruh dunia.
Fikir-fikirkan.
*** Petikan dari BERNAMA ***
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan bahawa Malaysia mampu menjadi pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi dengan penubuhan Pusat Percetakan Al-Quran Mushaf di ibu negara.
Perdana Menteri berkata pusat percetakan itu adalah hasil kerjasama Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan Yayasan Restu. "Saya dengan besar hatinya terpanggil untuk menyatakan kesyukuran atas keprihatinan Yayasan Restu yang mencetuskan idea untuk menubuhkan pusat percetakan mushaf al-Quran bersepadu di negara ini.
"Penggabungan antara Yayasan Restu dan PNMB ini saya yakin dapat menjayakan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia," katanya dalam ucapan pelancaran Pusat Pencetakan al-Quran Mushaf Malaysia di ibu pejabat PNMB, Jalan Chan Sow Lin di sini, Isnin.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pemegang Amanah Yayasan Restu.
Najib berkata pelancaran pusat percetakan itu juga boleh dianggap sebagai manifestasi kegigihan kerajaan dalam usaha meninggikan syiar Islam tanpa mengenal jemu dan penat. "Sepertimana yang kita sedia maklum, al-Quran adalah satu-satunya mukjizat yang masih kekal di tangan umat Islam hingga ke hari ini. Marilah kita menzahirkan kesyukuran dan berbangga kerana masih diberi nikmat 'kemanisan beriman' dengan kitab suci al-Quran ini," katanya.
Beliau turut mengajak umat Islam menjadikan generasi sekarang sebagai generasi al-Quran dengan menghayati dan menerokai kandungan kitab suci al-Quran dengan membaca serta memahami ayat demi ayat.
"Jadikanlah pembacaan al-Quran itu sebagai budaya kita, mudah-mudahan kita akan memperolehi keberkatan dan petunjuk," katanya.
Najib berkata walaupun proses percetakan al-Quran tidak jauh berbeza dengan proses percetakan buku-buku lain, namun ia memerlukan ketelitian dan kepakaran peringkat tertinggi.
"Ini sangat penting untuk menghindari kesalahan cetak. Perlu diingat bahawa al-Quran adalah kitab suci yang dijamin keasliannya," katanya.
Pada zaman ini berjuta-juta naskhah al-Quran dicetak sehingga tidak mungkin al-Quran itu hilang sama sekali di dunia, malah bacaan ayat al-Quran dapat didengar melalui alat rakaman, komputer dan telefon bimbit, kata Najib.
Beliau berkata mushaf al-Quran kini dihasilkan dengan cantik, kemas dan mesra pengguna bertujuan untuk menarik minat umat Islam untuk memiliki dan membacanya. Tabiat manusia memang meminati sesuatu yang cantik dan indah. Oleh sebab itu, penulis-penulis di zaman silam mencipta pelbagai jenis khat untuk mengindahkan lagi tulisan ayat-ayat suci al-Quran," katanya.-BERNAMA

Kad Hari Raya Anak-Anak
Hujan Meteor Perseid :: Jangan Buat Hajat
Malam nie tentu ramai dok tunggu debu dari meteor Perseid yang akan memasuki ruang udara bumi. Aku pun dengan semangat nak tengok peristiwa nie tapi dengan nyamuk, aku terpaksa masuk rumah balik. Tak pa esok tentu ramai yang update video dan gambar debu meteor ni. Fenomena ini dapat dilihat dua hari iaitu malam ini jam 11 malam (Isnin 12 Ogos 2013) sehingga subuh esok (Selasa 13 Ogos 2013).
Aku cuma nak nasihatkan kepada yang lihat hujan meteor nie terutama yang beragama Islam tolong jangan buat permintaan (wish) ketika ternampak cahaya meteor nie seperti kepercayaan bangsa lain. Mana tahu kita terikut dengan budaya barat kerana sekian lama disumbat dengan filem barat yang selalu memaparkan mereka akan membuat permintaan atau hajat ketika melihat tahi bintang jatuh. Takut tersesat.
Hanya kepada Allah sahaja tempat kita memohon hajat.
*** petikan dari BERNAMA***
KUALA LUMPUR 11 Ogos - Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam esok sehingga subuh pada hari Selasa.
.
Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mhd Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang. "Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.
.
"Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
.
Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.
.
"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.
.
Beliau berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. - BERNAMA
p/s: esok tentu ramai yang sakit tengkok, lama langut ke langit.
Meteor. Sumber dari internet |

Hari Raya Bersama Jeruk Madu Pak Ali
Raya kali nie untuk penduduk Penang, apa kata tak payah jamu tetamu dengan kuih dan ketupat tapi kali nie jamu pula jeruk dan bila nak balik kampung pun bawa balik jeruk saja, ada lain sikit.
Semenjak dua menjak nie Jeruk Madu Pak Ali memang femes. Kedai jual jeruk pun bertambah kat merata tempat. Tahun nie tak tau sebab apa tetiba saja terbeli Jeruk Madu Pak Ali.
Kat Penang nie ramai yang jual jeruk buah terutama kat Bazar Chowrasta. Kat situ bersepah berbagai jeruk dijual terutama buah pala tapi asal usul pembuatannya aku tak pastilah. Semenjak 10 tahun kerja kat Penang, aku cuma beli Jeruk Madu Pak Ali kat Medan Suri saja. Dah terbukti orang Melayu buat. Yakin sikit. Ramai juga pelawat yang datang ke tempat kerja aku pasti ke sini beli sebagai buah tangan atau ada orang dah pesan.
Jeruk kat sini dibuat dari berbagai buah seperti mempelam, betik, kedondong/amra, pala, setoi, ceri, sengkuang, salak, kelubi. Nak beli satu-satu jenis boleh atau nak campur pun boleh. Harga mengikut jenis buah, untuk sekilo jeruk campur RM12.00 dan setengah kilo RM6.00.
Keistimewaan Jeruk Madu Pak Ali yang aku ambil dari plastik bungkusan ialah bahan untuk pembuatan jeruk digunakan gula pasir ( tak guna gula sakarin / ibu gula), cuka epal dan air yang digunakan ditapis dan dididihkan. Yang menarik air jus jeruk tu boleh diminum ~ aku tak pernah buat lagi. Pernah tak beli jeruk bila makan akan terasa seperti gas yang menyucuk hidung sampai terbatuk? Ini satu lagi yang menarik jeruk nie tiada kesan batuk.
Sekarang Jeruk Madu Pak Ali dah di jual merata tempat, dari kedai ke kiosk kat pasaraya. Nak hubungi dan mendapat maklumat lanjut boleh layari sini. Lokasi kedai Medan Suri, Sungai Nibong lihat Google Map kat bawah
View Larger Map
UPDATE:
22hb Mei 2014 : Hari nie aku pi ke Medan Suri namak satu notis Jeruk Pak Ali dah berpindah. Menurut peniaga kat situ, depa pindah ke kedai baru berhadapan Tapak Pesta Pulau Pinang.
Jeruk Madu Pak Ali |
Kedai Jeruk Madu Pak Ali di Medan Suri, Sungai Nibong Penang. |
Berbagai jerul buah, |
Berbagai jeruk buah dijual disamping ikan masin, kuah rojak, keropok dan macam-macam lagi. |
Jeruk siap di bungkus. |
Jeruk campur |
Kat sini jeruk ditimbang mengikut permintaan pelanggan. |
Sekarang Jeruk Madu Pak Ali dah di jual merata tempat, dari kedai ke kiosk kat pasaraya. Nak hubungi dan mendapat maklumat lanjut boleh layari sini. Lokasi kedai Medan Suri, Sungai Nibong lihat Google Map kat bawah
View Larger Map
UPDATE:
22hb Mei 2014 : Hari nie aku pi ke Medan Suri namak satu notis Jeruk Pak Ali dah berpindah. Menurut peniaga kat situ, depa pindah ke kedai baru berhadapan Tapak Pesta Pulau Pinang.
Salam Aidilfitri 1434H
Kepada semua diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin. Sesebok mana persiapan menyambut hari kemenangan jangan dilupa Ramadhan yang masih bersisa beberapa hari lagi, jangan dilebih sudu dari mangkuk.
Semoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan terbaik dan Insyaallah berjumpa lagi ditahun hadapan.

Anugerah Kecemerlangan SKBP 2013
Sabtu lepas 20hb Julai 2013, SK Bertam Perdana berlangsung acara kemuncak untuk pelajar-pelajarnya yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun. Tahun ini acara anugerah ini ada kelainan sikit sebab tak boleh makan, diadakan dalam bulan puasa.
Kami sekeluarga datang ke sekolah bagi memberi sokonga kepada M Ammar. Walau acara dijalankan dalam bulan puasa, ibu bapa tetap ramai.
Tahun ini Muhammad Ammar naik pentas setelah tersenarai dalam top ten tahun 2. Dia berada di tangga ke 8 naik sikit dari tahun lepas di tangga ke 10 tapi tak dapat no 1- 3 dalam kelas, Alhamdulillah.
Acara dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Azli mohon dipermudahkan majlis diberkati dan dipermudahkan.
Habis sahaja ustaz berdoa, dijemput Guru Besar (GB) Tn Hj Ahmad Baker memberi ucapan. Aku pun tak berapa ingat apa yang di katakan oleh GB. Yang masih aku ingat ialah GB memberitahu bahawa bilangan pelajar untuk tahun hadapan akan bertambah, oleh itu bilangan bilik darjah untuk tahun satu berkemungkinan ditambah menjadi 8 kelas.
Untuk tahun hadapan sekolah terpaksa di jalankan 2 sesi juga, pagi dan petang. Matlamat untuk menjalankan satu sesi yang digebar gemburkan oleh kerajaan masih tak akan berlaku.
GB meminta jasa baik PPD (ada kat depan) melihat masalah ini dengan mempercepatkan pembinaan sekolah rendah baru di kawasan Bertam Putra yang sekian lama tidak mendapat apa-apa keputusan lagi, tertangguh.
Tn GB juga meminta jasa baik ibu bapa membuat sumbangan untuk pembinaan surau. Untuk itu, sekolah telah menyediakan kaunter di kantin sekolah. Resit berharga RM20.00 setiap satu disediakan untuk memudahkan ibu bapa membuat sumbangan. Klik sini untuk maklumat lanjut.
Ketika ini bilik darjah digunakan sebagai surau. Dengan pembinaan surau ini, pelajar dapat bersolat dan menjalankan aktiviti keagamaan dengan lebih selesa. Bilik darjah tersebut dapat digunakan untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah dan juga jika kritikal surau pun boleh dijadikan tempat untuk pembelajaran sementara.
Selesai sahaja ucapan GB, YDP PIBG Tn Hj Abdul Latif pula mengambil microphon. Beliau meminta ibu bapa terus memberi sokongan kepada aktiviti sekolah dan membantu sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar.
Acara kemuncak, ucapan dan perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) SPU, Tn Hj Supian Paimin. Panjamh juga dia berucap. Aku pun tak berapa ingat maklumat-maklumat yang disampaikan. Antara yang aku ingat ialah beliau menasihati ibu bapa supaya memberi perhatian dan memantau anak-anak dan sentiasa prihatin dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah.
Beliau menerangkan penambahbaikan yang telah dilakukan oleh kementerian pelajaran untuk meningkatkan sistem pembelajaran seperti ibu bapa boleh mendapat maklumat menganai aktiviti sekolah dan juga pencapaian anak-anak secara dalam talian.
Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kurang menyerlah dalam akademik pula jangan bersedih kerana kerajaan telah berusaha untuk mentranformasikan pendidikan vokasional dimana pendidikan asas vokasional ditawarkan seawal tingkatan satu disekolah-sekolah tertentu ( dulu pendidikan vokasional dimulai dari tingkatan 4) dan mereka ini boleh mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan juga Diploma dan Kolej-kolej Vokasional juga akan diadakan.
Kerajaan juga ingin meningkatkan anak-anak mendapat pendidikan awal oleh itu akan ditambah bilangan pra-sekolah yang diuruskan oleh kerajaan dan juga swasta. Untuk menarik minat pihak swasta menubuhkan pra-sekolah pemberian geran permulaan ditingkatkan dari RM 10,000 ke RM 20,000.
Ada beberapa perkara lagi yang diucap beliau seperti sekolah yang mencapai perestasi tertentu akan menerima ganjaran wang yang boleh diuruskan sendiri oleh sekolah dan juga kaedah menanggani isu pembelajaran dalam LINUS. Itu sahaja yang aku ingat dan ditokok tambah sikit ikut sedap jari aku.
Satu saja aku rasa kekurangan dalam ucapan PPD iaitu beliau tak menyentuh apa-apa mengenai status sekolah baru untuk menampung bilangan pelajar di kawasan Bertam ini. YB datang tak jadi apa, pegawai datang pun tak kata apa. Rasanya kalau ada Pilihanraya Kecil kawasan nie mungkin projek sekolah boleh dicepatkan ~ teringat Pilihanraya Kecil Kuala Besut, berbagai dana kerajaan bagi dengan tiba-tiba saja.
Selesai sahaja ucapan dan perasmian, dimulai acara dengan persembahan kalam jamaie oleh Puteri Islam.
Selesai persembahan, acara kemuncak iaitu penyampaian hadiah kepada pelajar dijalankan untuk setiap pelajar dari tahun satu hingga tahun enam. Hadiah disampaikan untuk pelajar yang mendapat kedudukan 1 hingga 3 dalam kelas, pelajaran terbaik dan juga 10 pelajar terbaik untuk tahunnya.
Duduk tak berapa lama Ammar terima hadiah, kami pun balik. Tak larat tunggu lama-lama, kepung dua si kecil Firas dan Fatini. Yang jadi mangsa kepung bebudak tu siapa lagi kalau tak Siti Sarah.
Pentas yang ceria hasil cikgu Aziah |
Tahun ini Muhammad Ammar naik pentas setelah tersenarai dalam top ten tahun 2. Dia berada di tangga ke 8 naik sikit dari tahun lepas di tangga ke 10 tapi tak dapat no 1- 3 dalam kelas, Alhamdulillah.
Acara dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Azli mohon dipermudahkan majlis diberkati dan dipermudahkan.
Habis sahaja ustaz berdoa, dijemput Guru Besar (GB) Tn Hj Ahmad Baker memberi ucapan. Aku pun tak berapa ingat apa yang di katakan oleh GB. Yang masih aku ingat ialah GB memberitahu bahawa bilangan pelajar untuk tahun hadapan akan bertambah, oleh itu bilangan bilik darjah untuk tahun satu berkemungkinan ditambah menjadi 8 kelas.
Untuk tahun hadapan sekolah terpaksa di jalankan 2 sesi juga, pagi dan petang. Matlamat untuk menjalankan satu sesi yang digebar gemburkan oleh kerajaan masih tak akan berlaku.
GB meminta jasa baik PPD (ada kat depan) melihat masalah ini dengan mempercepatkan pembinaan sekolah rendah baru di kawasan Bertam Putra yang sekian lama tidak mendapat apa-apa keputusan lagi, tertangguh.
Tn GB juga meminta jasa baik ibu bapa membuat sumbangan untuk pembinaan surau. Untuk itu, sekolah telah menyediakan kaunter di kantin sekolah. Resit berharga RM20.00 setiap satu disediakan untuk memudahkan ibu bapa membuat sumbangan. Klik sini untuk maklumat lanjut.
Sumbangan untuk Surau SK Bertam Perdana |
Ketika ini bilik darjah digunakan sebagai surau. Dengan pembinaan surau ini, pelajar dapat bersolat dan menjalankan aktiviti keagamaan dengan lebih selesa. Bilik darjah tersebut dapat digunakan untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah dan juga jika kritikal surau pun boleh dijadikan tempat untuk pembelajaran sementara.
Selesai sahaja ucapan GB, YDP PIBG Tn Hj Abdul Latif pula mengambil microphon. Beliau meminta ibu bapa terus memberi sokongan kepada aktiviti sekolah dan membantu sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar.
Acara kemuncak, ucapan dan perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) SPU, Tn Hj Supian Paimin. Panjamh juga dia berucap. Aku pun tak berapa ingat maklumat-maklumat yang disampaikan. Antara yang aku ingat ialah beliau menasihati ibu bapa supaya memberi perhatian dan memantau anak-anak dan sentiasa prihatin dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah.
Perasmian oleh PPD SPU Tn Hj Supian Paimin |
Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kurang menyerlah dalam akademik pula jangan bersedih kerana kerajaan telah berusaha untuk mentranformasikan pendidikan vokasional dimana pendidikan asas vokasional ditawarkan seawal tingkatan satu disekolah-sekolah tertentu ( dulu pendidikan vokasional dimulai dari tingkatan 4) dan mereka ini boleh mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan juga Diploma dan Kolej-kolej Vokasional juga akan diadakan.
Kerajaan juga ingin meningkatkan anak-anak mendapat pendidikan awal oleh itu akan ditambah bilangan pra-sekolah yang diuruskan oleh kerajaan dan juga swasta. Untuk menarik minat pihak swasta menubuhkan pra-sekolah pemberian geran permulaan ditingkatkan dari RM 10,000 ke RM 20,000.
Firas dan Fatini menghilangkan jemu. |
Satu saja aku rasa kekurangan dalam ucapan PPD iaitu beliau tak menyentuh apa-apa mengenai status sekolah baru untuk menampung bilangan pelajar di kawasan Bertam ini. YB datang tak jadi apa, pegawai datang pun tak kata apa. Rasanya kalau ada Pilihanraya Kecil kawasan nie mungkin projek sekolah boleh dicepatkan ~ teringat Pilihanraya Kecil Kuala Besut, berbagai dana kerajaan bagi dengan tiba-tiba saja.
Selesai sahaja ucapan dan perasmian, dimulai acara dengan persembahan kalam jamaie oleh Puteri Islam.
Kalam Jamaie oleh Puteri Islam. |
Muhammad Ammar terima hadiah top 10 tahun 2. |
Subscribe to:
Posts (Atom)