Sekali lagi mai Tanjung. Tau ka Tanjung kat mana??? Pulau Pinang la tuuu. Ada adik beradik kenduri. OKlah cerita lepas makan kenduri. Alang-alang dah sampai Tanjung dan cuaca pun OK ja, lepas makan dah kenyang apa lagi edisi terjah sekali lagi ke Akuarium FRI. Entah keberapa kali dibuat edisi terjah kesitu. Alhamdulillah kali nie akuarium telah dibuka dan orang pun ramai.
|
Akuarium TAR Pulau Pinang |
Nie cerita 16hb September 21014 yang lepas. Kali nie ketika sampai kenderaan memang banyak. Nak parking pun kena pusing juga la baru dapat. Dulu akuarium nie diberi nama Akuarium FRI Pulau Pinang (Institut Penyelidikan Perikanan PP) tapi kali nie dah di tukar ke Akuarium TAR Pulau Pinang. Digunakan nama Tuanku Abdul Rahman seperti akuarium kat Zoo Negara.
Ambil tiket pakat-pakat masuk. Layan saja gambar kat bawah nie, aku pun tak tau ikan apa yang depa tayang. Janji bebudak seronok tengok ikan.
|
apa nama ikan nie?? |
|
Gamat |
|
Saya bukan ikan. |
|
menyelam pulak dia. |
Semasa hampir nak keluar dari bangunan tu, ada sebuah auditorium siap dengan kerusi lagi. Dapat lah duduk rehat. Tunggu juga kalau ada pertunjukan, tapi tak dak apa-apa berlaku. Mungkin ada masa-masa tertentu dibuat pertunjukan seperti akuaria. Aku pi la jenguk-jenguk kat depan pintu kot-kot ada notis, tapi tak dak pun. OKlah dapat dok rehat kejap pun jadilah.
Sambil rehat bolehlah tengok ikan-ikan berenang kat akuarium besar kat depan tu.
|
Masa kami sampai pengunjung saja ber selfie dengan ikan kat depan dewan. |
Dah sampai di penghujungnya. Keluar dari bangunan nie kat luar adalah di buat beberapa kolam terbuka. Bolehlah layan penyu dan juga shopping survinir kat sini.
|
Penyu, boleh pegang tapi resiko kena gigit tanggung sendiri. |
Akuarium nie boleh kata kecil saja, tapi Oklah berpadanan dengan harga tiket. Boleh bebudak tu tengok ikan-ikan air masin dan tawar.
Dengan berbagai hidupan laut hidup dapat dilihat dan berbagai maklumat dapat diperolehi dan juga harga tiket yang murah, akuarium ini suatu tempat yang perlu dilawati jika sampai ke Penang. Kepada yang nak berkunjung, ini sedikit maklumat Akuarium TAR Pulau Pinang.
Akuarium Tuanku Abdul Rahman
Institut Penyelidikan Perikanan (FRI)
Jalan Batu Maung, Pulau Pinang.
Telefon:04-626 3925
Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
Tutup pada hari Rabu.
Harga tiket:
Dewasa RM 5.00, kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) RM 2.00
Rombonga sekolah RM 1.50.
GPS:
5.285904, 100.286362
5°17'09.2"N 100°17'10.9"E
Lokasi dari Google Map dibawah.
No comments:
Post a Comment