Restoran Pen Mutiara

Setelah berpenat dengan rawatan anai-anai, malam nie abang ipar aku nak belanja makan. Dia tanya makan kat mana yang best. Aku pun tak tau. Aku call la member kat Penang. Dia bagi dua pilihan satu Restoran Hammer dan satu lagi Restoran Pen Mutiara. Pusing-pusing antara dua tu aku pilih Pen Mutiara. Untuk dapat maklumat tentang restoran tu aku search internet dapat la no talipon dan yang penting plan nak pi sana. Dari carian kat internet, ada dua lokasi Restoran Pen Mutiara, Di Batu maung dan Taman Selat. Dipilih la yang di Batu Maung sebab berdekatan dengan Airport Bayan Lepas. Nasib baik dalam google map dah ada tag lokasi tersebut.

Setelah ambil abang ipar di airport Bayan Lepas terus ke Restoran Pen Mutiara. Sebenarnya abang ipar aku yang sorang lagi yang bawa. Dia ada GPS, lagi senang dari tengok kat Google map.

Restoran Pen Mutiara dikendalikan oleh Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Restoran ini mula beroperasi pada 1hb Januarai 2006. Maklumat lanjut sila layari http://penmutiara.com/about.php.

Untuk memudah kan pi makan sana, sebelum pi sana kita boleh buat tempahan. Call saja restoran tu. Last call untuk ambil order jam 10 malam.

Sampai kat sana memang mudah sebab lampu neon tulisan restoran ini dapat dilihat dari jauh jika waktu malam ( sebab ia terletak di atas bangunan Wisma Nelayan). Parking memang banyak dan ada penjaga parking. Bila keluar dari kereta kita akan di sapa oleh bau ikan, memang la dah dia terletak kat pelabuhan ikan.

Masuk kedalam, restoran ini memang nampak exclusive dengan hiasan dan susunaturnya, terdapat maklumat-maklumat tentang LKIM dan ikan-ikan kat Malaysia nie. Dihiasi dengan air terjun.

Kita akan dialun kan dengan nyanyian dari penyanyi restoran ini. Suara dia memang best, tambahan kalau menyanyi lagu-lagu lama terutama lagu Broery Marantika. Hidangan yang sampai memang sedap, kena denga selera aku. Puas hati la makan kat restoran ni. Harganya pun berpatutan. Hidangan sampai pantas dan panas, walau dah di buat tempahan awal.

Sampai ja hidangan apa lagi belasah la. Perut pun dah lapar, dah jam 9.30 malam.
Selepas habis makan lebih kurang jam 11 malam, aku keluar nak ambil gambar pemandangan luar restoran tapi dah gelap mereka dah tutup lampu neon sign Pen Mutiara. Masa tutup kedai.
Jika sesiapa yang nak makan seafood rasanya restoran ni memang best. Untuk maklumat lanjut:
Restoran Pen Mutiara
Wisma Nelayan
Pelabuhan LKIM Batu maung
11960 Bayan Lepas , Pulau pinang
04-6264615

http://penmutiara.com/about.php

Lokasi boleh tengok Google map dibawah.


View Larger Map

No comments:

Post a Comment