Gambar dari internet |
Dibawah aku tampal petikan dari ruang Forum Utusan Malaysia pada 27hb Mac 2013. Diulas mengenai rokok elektronik nie dengan menarik:
Rokok elektronik lebih bahaya daripada rokok asli?
SITI NUR HAFIZAH ZAKARIA
USIM, Nilai
MENURUT Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong
Lai, penjualan bahan dan produk e-rokok adalah salah mengikut Akta
Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan
cecair nikotin untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak
lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua
sekali.
Rokok elektronik ataupun e-rokok adalah satu percubaan untuk
menghasilkan sejenis rokok yang kononnya mampu mengurangkan kadar
penagihan rokok sedia ada yang dihasilkan menggunakan tembakau.
Tembakau adalah faktor utama masalah berkaitan jantung dan
seumpamanya. Biarpun risiko penggunaan tembakau ke atas kesihatan sudah
diketahui umum, usaha mempromosikan hidup bebas rokok masih tidak begitu
berkesan.
E-rokok dikatakan selamat digunakan kerana tidak mempunyai kandungan
tembakau. Walaupun rasanyanya agak sama seperti merokok rokok asli, ia
tidak mengeluarkan sebarang asap, karbon monoksida dan sudah tentu tidak
menghasilkan abu.
Dianggarkan sekurang-kurangnya 4,400 kanak-kanak menjadi perokok
tegar apabila menginjak dewasa. Sehubungan itu, pelbagai kaedah dicipta
termasuklah rokok elektronik ini bagi membantu perokok.
Rokok e-elektronik atau e-rokok ini kononnya bertujuan membuang
tabiat merokok secara beransur-ansur, tanpa disedari mereka yang
menggunakannya terdedah kepada pelbagai jenis penyakit kronik.
E-rokok sebenarnya menggunakan sejenis cecair dan seterusnya
menghasilkan wap air. Tetapi tahukah anda cecair nikotin juga terkandung
di dalam e-rokok? Kandungan nikotin akan meningkatkan ketagihan untuk
merokok.
Ini menunjukkan e-rokok yang dikatakan selamat itu juga mampu
merosakkan paru-paru seperti rokok biasa. Nikotin juga akan meningkatkan
kadar denyutan nadi dan pembebasan hormone adrenalin serta melambatkan
sistem saraf.
Nikotin boleh memberi tindak balas terus ke atas otak dengan memberi
kesan rangsangan yang disokong oleh pelbagai faktor lain. Ia mempunyai
nikotin bervariasi seperti nikotin pelarut, propilenglikol, dietilenglikol, dangliserin yang menghasilkan nitrosamine apabila dipanaskan. Larutan nitrosamine ini akan menjadi faktor terhasilnya kanser.
Satu kajian saintifik mendapati rokok-e mengandungi karsinogen dan bahan-bahan kimia bertoksik seperti diethylene glycol.
China sebagai penemu awal rokok elektronik ini pada tahun 2003 juga
melarang penggunaan rokok ini kerana dipercayai menjejaskan kesihatan.
Ia juga didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh
darah sehingga mewujudkan peningkatan mendadak dalam rintangan udara
paru-paru.
Alat elektronik ini diimport dari China dan dikatakan tidak menjalani
sebarang pemeriksaan keselamatan sebelum dijual kepada orang ramai.
Rokok elektronik mempunyai bateri, atomizer, dan katrij nikotin. Cip
elektronik akan mengesan pergerakan udara di dalamnya apabila pengguna
menyedut rokok itu. Nikotin cair dan udara kemudiannya akan dicampurkan
menerusi atomizer yang dihidupkan oleh microprocessor.
Proses ini akan menghasilkan wap yang kelihatan sama dengan asap
rokok biasa. Ia tidak mengandungi karbon monoksida dan tidak berbau.
E-rokok juga dilengkapi LED yang berwarna oren jika dinyalakan oleh microprocessor, yang kelihatan seperti rokok yang terbakar ketika dihisap.
Di sebalik kecanggihan penciptaan rokok moden ini, ia juga dikatakan
lebih berbahaya daripada rokok biasa jika dikaji bahan-bahan yang
menghasilkan proses pengewapan sepertimana yang di atas.
Rokok versi digital ini semakin mendapat sambutan dan dijual secara
berleluasa di negara ini. Rakyat seharusnya sedar akan bahayanya
penggunaan rokok sama ada rokok biasa atau rokok elektronik.
p/s: Selepas keluar JPJ, dalam perjalanan ke Carrefour ada kereta-kereta yang beri beam dan hon kat aku. Ingat suka-suka hati ja. Rupa-rupanya nak beritahu pintu kereta tak tutup rapat. Terima kasih kepada yang prihatin.
No comments:
Post a Comment