Pembantu Peribadi |
Dari pendapat akulah iklan nie memang terbaik dari seorang yang otak bergeliga boleh buat batu cincin kerana mencari seorang pembantu peribadi dan juga akan menjadi isteri dia. Sebab apa terbaik?
1- Sebagai pembantu peribadi nie memang kena selalu berkepit dengan bos. Peringat bos meeting sana meeting sini. Kalau pembantu peribadi nie anak dara atau bini orang. Sesuaikah nak berkepit kehulu kehilir dengan bos lelaki? Jika dah jadi isteri, senanggg. Mudah kerja walau berdua-duaan dan bila-bila masa sekali pun. Tak dak sapa yang halang. Iblis pun boleh lena.
2- Dah boleh berkepit sana sini kalau kena out satation memang mengurangkan belanja syarikat. Tak perlu sewa sampai dua bilik. Satu pun cukup. Boleh bawa anak-anak lagi. Kalau berdua saja boleh anggap berbulan madu kali ke XX.
3- Dah jadi bos besar, kadang-kadang kesana-sini sampai rumah jadi hotel. Jadi jika pembantu peribadi tu isteri bolehlah bawa sekali. Aman rumah tangga. Hari-hari dapat tengok.
4- Pembantu Peribadi nie pun dapat mengurangkan perbelanjaan, asal makan saja bos yang tanggung. Kena guna duit boslah, jangan balun duit syarikat pula.
5- Mata pun tertutup jugalah, maklumlah dua-dua kerja sekali. Tak jadilah bos dok pandang orang lain. Silap pandang kena amaran.
6- Usaha untuk memajukan syarikat pun akan terletak dibahu suami isteri. Jika syarikat maju sama-sama dapat faedah. Jadi sama-sama paham dan berusaha untuk meningkatkan pencapaian syarikat.
7- Kalau minggu setiausaha nie ada konsert artis, ceramah motivasi, ceramah agama atau makan malam bolehlah setiausaha berkepit dengan bos.
Banyak juga baiknya isteri jadi pembantu peribadi. Tapi kena juga beringat, pertengkaran atau perselisihan kat tempat kerja jangan dibawa masuk rumahtangga dan begitu juga perselisihan dalam rumahtangga jangan masuk dalm pejabat dan juga jangan pula asyik 24 jam ingat pasai kerja, rumah pun jadi serupa pejabat.
p/s: siapa nak bodyguard from Beijing?
No comments:
Post a Comment