Monday, November 5, 2012

Restoran The Mahi-Mahi Seafood Market

Sebuah restoran yang tak bernama terletak kat Bandar Bertam Perdana, baru buka dan papan tanda pun tak naik lagi. Lokasi terselit kebelakang sedikit. Saja nak test masakan kat sini.
Restoran The Mahi-Mahi Seafood Market

Kami sampai lebih kurang jam 8 malam. Orang tak berapa ada lagi. Sebelum masuk dalam kedai boleh dilihat beberapa akuarium bersebelahan.

Sampai saja kami diberi menu. Baru tahu restoran nie nama The Mahi-Mahi Seafood Market. Nama nak ada ala-ala The Manhattan Fish Market.

Menu The Mahi-Mahi
Boleh kata kesemuanya berasaskan makanan laut dengan masakan ala melayu dan ala thai. Menu yang ringkas, cuma sekeping kertas laminate. Tak banyak pilihan. Dari menu kami oder ikan goreng cili ala Thai dan prawn buttermilk dan yang tak ada dalam menu ialah kailan ikan masin dan tomyam campur. Harga ikan ikut harga pasaran.
set juga disediakan.
Sementara menunggu makanan sampai, anak-anak melawat akuarium dulu. Macam-macam hidupan air yang ada; udang kara, berbagai jenis ikan, ketam nipah dan belangkas. Yang jaga kedai kata hidupan tu untuk di masak. Kalau pilih yang dalam akuarium harga dia tambah RM 2.00 ja.
Akuarium. Boleh pilih nak masak yang mana.

Lambat juga makanan yang dipesan sampai sebab ketika kami oder pengunjung tak berapa ada lagi. Ketika ini pengunjung yang datang makin ramai.
Siakap goreng cili ala-Thai. Rasa seperti tiga rasa, cuma diletakkan cabai melaka potong dan kuah yang pekat. Ikan nampak segar dan dari semua menu yang dioder ini yang terbaik.
Prawn buttermilk. Rasa macam tersilap pilih sebab dalam kepala otak terbayang udang yang disalut dengan serabut-serabut rangup, tapi yang datang berkuah. Cari kat internet baru tahu yang ada serabut tu parwn butter saja (tak ada perkataan milk). Satu set 7 ekor udang,  masakan nie sedap dan sosnya pun terasa.  
Kailan ikan masin. Kuah yang hitam tapi rasa OK saja.
Tomyam campur. Bahan banyak tapi tak kena denga selera sebab dicampur dengan fish ball dan crab stick. Rasa boleh kata sedap juga.
Alhamdulillah semua dah sampai. Boleh makan.

Restoran ini amat selesa, luas, bersih dan hiasan pula kemas dan sejuk mata memandang. Pelanggan boleh makan di dalam restoran atau di luar. Diluar berbumbung dan lebih santai.  Walau berada didalam terasa seperti berada di tempat terbuka sebab dinding depan dan belakang kedai dibiar terbuka, angin luar pun boleh lalu.

Harga pula rasa aku ada sedikit mahal dan menu kalau boleh diperbanyakkan pilihan.
Selesa, bersih dan kemas
 Dekat-dekat nak habis makan, ada famili kat meja sebelah oder kek. Nampak macam sedap ja. Jadi nak oder sehiris untuk si A.Firas. Lambat juga nak oder sebab yang dok nampak seorang ja yang bertugas layan pelanggan. Dialah hantar makanan, dialah yang ambil oder dan dialah yang nak ambil kek. Pelanggan boleh tahan ramai ketika tu. Tunggu punya tunggu, lama juga. A.Firas pun dah mula teriak, maklumlah kek yang dia nak tak datang-datang. Apa lagi makan cepat-cepat, habis ja terus kekaunter, bayar dan balik. Kesin Firas.

Restoran ini dibuka setiap hari dari petang hingga malam. Lokasi kat Pusat Bandar Bertam Perdana Kepala Batas, lihat Google Map kat bawah.


View Restoran The Mahi-Mahi Seafood Market in a larger map

p/s: Mahi-mahi bermaksud dolphin atau ikan lumba-lumba.

2 comments:

  1. dah ada yang rekomen restoran ni. tengah cari masa yang sesuai nak terjah..boleh tahan juga menu nya kan..

    ReplyDelete
  2. Murni : selamat mencuba...menu tak banyak pilihan lagi. Tokey tu cakap dalam usaha nak buat bakar-bakar pulak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...