Ketika rakyat Malaysia sedang merayakan cuti umum, ketika umat Islam Malaysia berarak berselawat menyambut maal Hijrah. Pada ketika itu rakyat Palestine di Gaza berarak mencari perlindungan dari peluru perpandu yang dihantar oleh Zionis Israel. Sekali lagi perjanjian dilanggar.
Ingat Israel sudah menjadi kawan dengan berbagai cadangan perdamaian rupanya mencari sasaran. Seluruh dunia Islam dikejutkan dengan serangan yang amat dasyat itu.
Apa yang kita buat ??
Sebagai tindak balas terhadap serangan tersebut umat Islam bangkit memprotes tindakan tersebut. Maka berlakulah perhimpunan aman dan tunjuk perasaan dengan membawa sepanduk yang mengutuk serangan tersebut. Di keluarkan memorandum kepada Amerika supaya mengambil tindakan terhadap Israel ( Orang Islam minta orang kapir menolong ~ tak paham aku ). Diminta PBB membantu memberi tekanan kepada Israel.
Ketika ini berbagai cara di keluarkan untuk memberi tekanan kepada Israel. Yang selalu kita nampak ialah tekanan ekonomi. Maka berbagai produk yang ada hubungkait dengan Israel akan di canangkan supaya di boikot. Dari produk makanan, produk kebersihan hingga produk teknologi.
Ketika ini makanan yang ada hubungkait dengan Israel terasa amat kotor dan seperti najis. Dalam diri pasti menanam azam tak akan sentuh lagi.
Begitulah juga dengan protes yang telah dilakukan sebelum ini ketika Zionis Israel membuat dajal kepada umat Islam empat tahun dahulu, 2009. Apa yang berlaku selepas sebulan dua azam itu cuma tinggal kenangan. Apa yang di lakukan ketika itu seolah-olah untuk melengkapkan satu aktiviti tahunan kepada NGO-NGO dan persatuan-persatuan.
Kita kembali seperti sediakala. Dahulunya kita yang terlantang menyeru umat Islam memboikot tapi kini kita juga yang melanggarnya. Asal anak dapat keputusan peperiksaan baik saja mesti nak belanja anak kat Mc Donald. Boi pren nak jumpa gel pren pun nak dating kat Starbuck (dulu kata makan kat situ haram membantu Israel tapi sekarang pi situ buat benda haram pula ).
Kalau nak boikot mestilah konsisten, jangan hangat-hangat taik ayam. Mungkin kita tak boleh memboikot semua produk mereka sabab kita masih lagi kekurangan ilmu untuk membangunkan produk sendiri seperti alatan teknologi. Oleh itu cuba boikot secara berterusan barangan Israel dan sekutunya US yang tak memberi makna dalam hidup kita. Barangan yang kalau tak ada pun kita tak akan kebuluran seperi Starbuck, Coca-cola dan Colgate ( seperti yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 9 Jan 2009 ). Biar ada istiqamah.
Biar sedikit dilakukan tetapi berterusan. Bukan bermusim. Asal kena serang baru nak buat bantahan, hantar memorandum sana-sini, ambil tandatangan bantahan, rentang sepanduk sana-sini, boikot semua barangan Israel dan US. Selepas sebulan lupa dan jadi kawan balik semula.
Mula boikot dengan benda-benda yang senang dulu seperti jangan lagi ke Mc Donalds, minum Coca-Cola dan mengunjungi Starbuck dan guna produk L'Oreal. Kalau tak dak benda tu pun kita boleh hidup. Walau sedikit tetapi biar istiqamah, jangan ikut musim. Baru berkesan. Ingatlah dalam Al-Quran pun dah beritahu bangsa Yahudi nie adalah musuh orang Islam yang nyata.
Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 120;
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju
atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang
telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah
(Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau
menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi)
pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari
Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan
kepadamu.
Fikr-fikirkan......
No comments:
Post a Comment