Boikot McD Pun Nak Bertelagah

Semenjak rejim haram zionis menyerang bumi Palestin berbagai usaha dibuat untuk mengekang kebiadapan rejim haram itu. Lalu dibuatlah berbagai bangkangan dari tunjuk perasaan sehingga tak buat apa-apa langsung.

Yang seronoknya dalam membuat berbagai bangkangan ini pun umat Islam boleh bertelagah. Bertelagah untuk mencapai kebaikan tak apa, ini bertelagah nak tunjuk pandai. Bahawa dia punya cara yang terbaik. Dalam isu boikot produk yang dananya disumbang ke rejim haram zionis yang terhebat diboikot ialah McDonalds. Berbagai versi ada.

Berbagai pihak melancarkan pemboikotannya. Disebalik itu ada juga pihak-pihak yang memperkecilkan usaha ini. Dijawab, awak saja yang boikot orang lain tak buat pun. Setakat memboikot McD tak dak kesan pun keatas Zionis. Kalau nak boikot buang saja komputer kat rumah tu, buang saja handphone, buang saja apa-apa barang yang ada nama yahudi dan lain-lain.

Ada yang jawab kalau boikot dan tetiba Mc Donalds tutup bagaimana dengan lebih kurang 8,000 pekerja McD yang akan diberhentikan. Apa yang mereka akan makan. Ishhh... apa yang dia pikir. Rezeki yang turun tu datangnya dari McD ka?

Ada dijawab tak perlu boikot, cuma penuhkan masjid berjemaah solat subuh seperti ramainya yang bersembahyang Jumaat sebab ketika itu bangsa yahudi akan tewas. Ayat nie bukan datang dari al-Quran atau hadith nabi cuma kata-kata seorang pemimpin yahudi. Jadi sementara nak penuhkan masjid tak perlu buat apa-apa kot?

Ada juga yang jawab, buat apa kita kesah. Biarlah mereka urus sendiri negara mereka. Kita urus negara kita. Ramai lagi orang kat sini perlukan bantuan.

Kenapa McDonalds menjadi sasaran utama pemboikotan?? ini bukan sebab ia menyumbang obesiti atau burger dia tak sedap tapi sebab mereka menjadi penyumbang kepada Isarel baca sini http://www.inminds.com/boycott-mcdonalds.php. Bukan saja-saja nak boikot. Atau boleh tengok penjelasan oleh Dr Hafidzi Mohd Nor kat bawah kenapa boikot McDonalds.

Itulah kadang-kadang usaha yang dilakukan dahlah tak mendapat sokongan, nie diperkecilkan pula. Jika ada ide yang lebih baik cuba ketengahkan dengan tak perlu kondem pendapat orang lain. Sebab boleh kata semua umat Islam sedaya upaya ingin membantu sahabat di Gaza cuma ingin mencari kaedah yang terbaik untuk mengekang kejahatan rejim haram zionis ini.

Bantulah dengan penuh keikhlasan walau sekecil mana dari tak berbuat apa-apa. Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama ~ falsafah Cina.

No comments:

Post a Comment