27/5 hari sabtu lepas kami ke Hospital Pantai, Sungai Petani dengan matlamat yang satu untuk menyelesaikan masalah Muhammad Ammar yang kerap demam. Boleh kata setiap kali demam mesti doktor kata disebabkan tonsil. Tonsil bengkak. Diberilah ubat demam dengan antibiotik. Mana boleh tahan kerap sangat. Ganggu pelajaran, kena cuti sekolah.
Kali pertama periksa dulu. Jumpa doktor Irhaam Amran, doktor ENT kat Hospital Pantai tu. Dia pun kata tonsil memang besar. Jadi dibuat temujanji untuk pembedahan pada 4hb Jun 2012. OKlah masa cuti sekolah. Muhammad Ammar seronok saja, tak rasa takut. Tambahan pula doktor kata lepas operate akan diberi aiskrim. Sebelum ini pun Ammar memang nak buang tonsil tu.
Tibalah 4hb Jun, hari Isnin. Nur Fatini dan Ahmad Firas kami hantar ke TALESKA seperti biasa. Kami tiba seawal 7.45 pagi ( temujanji 8 pagi) kat bahagian kecemasan. Adalah sain sana, sain sini. Ikut kelayakan insuran dapat bilik 2 orang. Oleh sebab mak dan kakaknya Siti Sarah nak jaga kat situ, mudah ambil bilik seorang. Tak ganggu.
|
Masih ceria. Dapat tidur atas katil elektrik |
Bilik menarik, walau sempit tetapi segala kemudahan ada. Diberi kerusi biasa dan kerusi malas dan yang utama katil elektrik. Soket elektrik pun banyak, bolehlah charge apa-apa yang patut. Wifi pun laju.
Tak berapa lama nurse datang suruh Ammar tukar baju. Pakai gaun hospital dan baring atas katil. Katil ditolak ke tingkat dua. Masa nie ternampak senyum manis Ammar dah jadi senyuman pahit. Dah tak seceria tadi.
|
Best, katil nurse tolak |
Sampai ke bilik pembedahan hanya seorang saja yang dibenarkan masuk. Itu pun dapat tunggu sehingga bius sahaja. Aku masuk. Ditolak ke satu ruang menunggu rasanya. Muka Ammar dah tak senyum.
|
Masih dapat kawal. |
Melihat kepada alatan sekeliling yang jika aku berada ditempat dia pun pasti tak tentu arah. Muka dah sebek. Sesekali dia mengelap air mata. Kalau kat rumah pasti dia dah teriak. Masa ini kami di sapa oleh seorang doktor, memperkenal dirinya Dr Atar sebagai doktor bius. Dia berjumpa Ammar. Diceritalah bius tu macam apa yang angkasawan negara pakai tu. Ditanya juga Ammar dah sunat ka balum? masa nie aku dah tak sedap hati. Doktor tu kata apa yang akan dibuat tak sakit, rasa seperti disunat sahaja. Alammmakkk mesti Ammar bertambah takut ( kalau nak tau baca klik cerita
Muhammad Ammar sunat ).
Bertambah kerap Ammar mengelap air mata. Aku cuba menenangkannya. Ammar memang kuat. Dalam takut dia tetap tak teriak atau minta balik, cuma diam saja.
Tak berapa lama sekali lagi Ammar ditolak ke bilik bedah dan dipindah kekatil pembedahan. Tempat nie lagi menakutkan dengan alatan sekeliling dan juga lampu yang berbagai kat atas siling ( tak bolehkah bilik bedah di buat menarik sikit dengan warna-warna macam tadika ? ). Air mata masih mengalir walau tiada suara yang keluar dari mulutnya. Dalam bilik nie ada Dr Atar dan Dr Irhaam Amran dan beberapa staf lain.
Dr Atar sekali lagi cerita kat Ammar, bius tu seperti apa yang angkasawan pakai. Lalu diberikan corong ubat bius kepada aku untuk di tekup ke hidung Ammar.
|
Dr Atar dan geng menjalankan tugas |
Sambil Ammar menyedut ubat bius. Mata semakin kecil. Geng-geng doktor menyediakan persiapan. Dikelip jari Ammar dengan entah apa-apa alat dan dada dilekatkan dengan alat apa entahlah. Masa ini Ammar masih lagi sedar tetapi rasanya dah lali. Sambil mereka memasang alat kat badan Ammar, Dr Atar tak habis-habis bercerita supaya Ammar tak takut.
|
Berani |
Dah Ammar tak sedar, Dr Atar memanggil nama Ammar. Untuk mengesahkan Ammar dah benar-benar tak sedar. Masa ini aku pun diminta menunggu kat luar.
|
Resah menanti anak keluar |
Dalam sejam baru Dr minta salah seorang masuk jumpa Ammar. Kali nie ibunya pula masuk. Tak berapa lama, Ammar dengan istreriku keluar. Ditolak masuk bilik semula.
|
Kasih ibu |
Ammar tak berapa sedar lagi. Bila terjaga mesti menangis, sakit tekak. Makanan tengahari datang. Nurse datang beritahu boleh beri Ammar minum dalam pukul 1 tengahari ( 1 jam selepas pembedahan ). Kalau Ok baru boleh makan aiskrim. Tak berapa lama aiskrim dihantar.
|
Menu Tengahari : Ikan pindang, buncis goreng, bubur dan tembikai |
Dalam jam 1 lebih kami suruh Ammar kumur mulut dan minum dua tiga camca air. OK tak ada masalah tetapi Ammar tak berapa nak minum, tekak sakit. Aiskrim pun dah tak selera nak makan. Makanan yang di sediakan pun tak mahu juga walau bubur sahaja. Tak apalah biar dia rehat dulu.
|
Menu petang : Roti bun dan koko |
Hampir jam lima aku balik Bertam. Tanam tonsil depan rumah. Ambil Ahmad Firas dan Nur Fatini dari TALESKA dan hantar Firas ke rumah Mak Long. Fatini aku bawa ke hospital. Nak bawa Firas sekali ke hospital rasa tak boleh kawal. Kembali ke hospital semula dengan Nur Fatini. Sampai ke bilik nampak Ammar dah main kat luar bilik, ceria. Baru dengar suara, bercakap.
|
Dah ceria |
Isteri aku kata doktor baru lepas periksan Ammar. Doktor kata semua OK dan di kata kalau Ammar tak makan tak boleh keluar hospital. Dia makan kurma telur, diratah sahaja. Itu pun tak sampai sebiji. Kurma telur antara hidangan makan malam yang disediakan.
|
Menu malam : Telur kurma, sayur, bubur dan agar-agar |
Selepas Ammar makan kurma tadi dia tak mahu makan apa-apa dah. Tekak terasa sakit. Mungkin makanan tadi keras, sepatutnya dia makan aiskrim atau bubur saja.
Malam sebelum aku balik rumah, pergi beli beli mashed potato kat KFC Tesco. Mana tahu dia nak makan. Ammar makan dua tiga mulut, selebihnya kakanya belasah.
Dalam jam 10 malam aku dengan Fatini balik rumah. Tinggal Ammar dengan Siti Sarah dan ibunya.
Esok aku pi kerja macam biasa Dalam jam 10 pagi isteri aku bagi tahu doktor dah periksa dan boleh keluar. Dalam jam 2 petang aku sampai ke hospital. Ammar dan Sarah telah makan pagi dan tengahari yang disediakan hospital.
Dengar dari isteri aku waktu dia jumpa Ammar selepas pembedahan, bila tersedar seperti terkejut dan memanggil aku. Sebab menyangka aku masih dok sebelah dia. Ini disebabkan dia tidak tahu dia tak sedarkan diri semasa dibius.
Akhir sekali terima kasih kepada semua doktor-doktor, nurse-nurse dan sesiapa yang memberi perkhidmatan yang terbaik di Hospital Pantai Sungai Petani menjadikan pembedahan Muhammad Ammar berjalan lancar.
Hari ini cukup seminggu Ammar dibedah. Tekak pun dah tak sakit. Makan pundah lalu. Sekolah pun dah buka, jadi kena pi sekolah.
p/s: Muhammad Ammar memang berani. Semasa bersunat pun dia dengan sukarela nak berkhatan dan ketika ini doktor mensyorkan membuang tonsil dia dengan gembiranya mahu dilakukan dengan segera. Alhamdulillah.