Saturday, February 27, 2010

Anai-anai @ Bertam Perdana lagiii

Tak habis-habis dengan anai-anai kat Taman Bertam Perdana yang dibangunkan oleh Bertam Properties. Rasanya dah 3 kali aku buat rawatan termasuk rawatan yang Bertam Properties yang kononnya bermurah hati sponser untuk rawatan ketika mula-mula waranti habis ( rasanya mereka buat rawatan tanah tak berapa elok ketika projek pembinaan sedang berjalan). Rawatan-rawatan yang dibuat tak menjadi juga. Lepas tiga empat bulan anai-anai datang balik. Habis lantai dan dinding kabinet dapur yang berlubang ditebuk untuk masukkan ubat.
Kali ini aku tukar syarikat lain pula datang buat rawatan, mana tahu kalau serasi ( macam jumpa bomoh pulak). Syarikat lama tokey dah beralih angin jadi dreba kapal buat jambatan kedua Pulau Pinang. Dapat nombor mereka dari iklan yang di paku kat pokok depan rumah aku. rasanya mereka nie pun tahu kawasan ini port anai-anai.

Ini salah satu aktiviti yang di buat untuk buang anai-anai. Island Pest Control nie buat kerja rasa ok kot. tapi ada juga yang aku lihat tak berapa cekap seperti penggunaan nozel untuk sembur ubat kecelah-celah kayu atau disebalik dinding kayu. Mereka bagi waranti 3 tahun, setiap 6 bulan mereka akan datang periksa. Kalau ada masalah call saja mereka akan sampai. Itu janji syarikat tu la. Rasanya biar OK, tak larat dah nak berkemas rumah. Sekali buar rawatan anai-anai habis bersepah rumah, lepas tu kena kemas balik. Siling yang di kopak pun kena tampal balik. Duit pun habis. Layan slideshow rawatan anai-anai yang dibuat oleh Island Pest Control.

5 comments:

  1. Problem jugak anai-anai ni.. Harap2 kali ni ok la..

    ReplyDelete
  2. Berapa harga buat ngan company ni....saya pun baru nak cuba khidmat depa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah, rasanya dekat RM 3000. Sebelum buat anai2 nie dijanjikan waranti 3 tahun dan setiap setiap 6 bulan depa akan datang buat pemeriksaan. Jika ada anai-anai lagi depa akan buat percuma, tapi depa tak mai atau call pun sehingga habis waranti. Jadi pastikan apa depa janji tu depa buat. Apa-apa pun sempai la nie alhamdulillah anai-anai dah tak dak.

      Delete
  3. Boleh hubungi kulimpestcontrol 0194453525,kami bnyak buat area Bertram,kepala batas

    ReplyDelete
  4. Boleh hubungi kulimpestcontrol 0194453525,kami bnyak buat area Bertram,kepala batas

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...