Friday, January 29, 2010

Asiatica Organic House

Dah lama tengok restoran nie. Kadang-kadang dok lalu kat Kiosk Bertam  Perdana  nampak la restoran nie, dari luar memang cantik deko ala-ala arab. Pembukaannya di penghujung 2009. Asiatica Organic House. Jadi hari nie dapat la menjamu selera ala arab kat situ. Isteri aku belanja.
Kat dalam memang cantik dengan hiasan dinding, lampu, tiang dan macam-macam lagi la. Suasan memang tenang dan terasa exclusive. Atas meja ada lilin gantung dalam kaca.

Menu dia ada macam macam pilihan hidangan. Kebanyakan hidangan ala-ala timur. Nama-nama yang tak pernah aku sebut dan dengar.
Oleh kerana tak tahu nak pesan apa, lalu tanya pelayan jer la. Dipilih Tanjen Chicken yang ada unsur-unsur timur. Lagi dipilih dinner plate, yang nie standard la macam KFC, ratah ayam dan terakhir mushroom soup dengan garlic bread. Satu ja menu pak arab yang lain masih lagi pandang barat. Ada macam-macam menu timur tapi tak mahu pilih semua nanti kalau tak sedap siapa yang nak perabih. Mulut masih lagi pandang ke barat itu yang sedap sekali. Ayaq biasa ja yang dipilih air strawbery, coke float dan satu lagi oren kut.

Dinner plate datang dengan 3 ketul ayam bersalut tepung bersama dengan kentang putar dan kubis cincang dengan mayonis (coleslo), rasa ok la.
Tanjen chicken pula merupakan nasi berempah bersama ayam 2 ketul ayam dengan salad bersama mayonis. Atas nasi ditabur dengan kacang kuda dengan capsicum. Lupa lak, dia bagi satu piring kuah.
Mushroom soup presentation cantik, tapi bagi pandangan aku ia terlebih pekat dan sedikit masam. Tak berapa kena dengan selera aku. Mungkin cara timur kot. Aku masih lagi dok pandang barat. Garlic bread ok. Anak-anak aku makan ayam dan garlic bread bersama mushroom soup. Tanjen chicken depa tak berapa berkenan macam isteri aku. Aku bedal ja.
Last sekali nak cuci mulut, di order banana split. Yang nie semua berkenan. Keseluruhan order cepat sampai. Aku pun tak perlu risau jika anak-anak boring sebab lama menunggu.
Dekat kaunter ada tersusun dalam kaca kek dan muffin. Home made. Sos, mayonis dan keju yang digunakan dibuat dari tembuh-tumbuhan.


Harga yang ditawarkan bagi aku mahal sedikit. Kalau macam aku nie tak boleh datang selalu. Pokaiii. Dan satu lagi jika boleh ada suatu makanan yang menjadi keistimewaan tempat ini. Memang ia membawa makanan Arab, makanan Arab banyak tetapi biar ada satu makanan yang menjadi trademark tempat ini. Bila orang datang mesti pesan makanan itu. Kalau sesiapa tak tahu apa nak makan kat situ, pelayan akan mencadangkan makanan itu. Seperti kalau KFC dengan ayam gorengnya, Mc Donald's dengan burgernya.

Yang paling menarik bahan-bahan yang digunakan dalam menu masakan Asiatica Organic House InsyaAllah suci dan halal. Sokonglah produk keluaran bumiputra dan datanglah menjamu selera nasi arab Kepala Batas nie tanpa was-was.

Lokasi : Bertam Perdana Town Centre berdekatan Kiosk Bertam, Kepala Batas atau lihat map kat bawah. Klik gambar untuk imaj lebih besar

4 comments:

  1. baru sekali singgah.. kalau tak salah kebanyakan menu kat sana moroccan style. ok laa.. at least dapat gak lepas gian masakan arab / mideterenian wpun tukang masaknya melayu.. he ha..

    ReplyDelete
  2. TQ Pak Imam lawat blos saya...ooo moroco style..saya pun tak tahu, semua saya kira arab ja. Boleh la rasa masakan moroco dan yg penting halal.

    ReplyDelete
  3. Jazakallah Hu Khairan atas jasa baik saudara sekeluarga mengunjungi Asiatica. Kami sentiasa teruja untuk mengalu-alu kunjungan anda dan sentiasa juga menambah menu-menu sedia ada bagi memastikan setiap kali kunjungan itu bermakna. Layari www.aoh.com.my.

    ReplyDelete
  4. TQ Sani lawat blog saya, semoga Asiatica berjaya mengetengahkan makanan Morocco dan semestinya halal.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...