Setiap tahun bermacam hari yang ada di dunia ini. Di Malaysia pun begitu, menyambut yang bersangkutan. Contonya yang terbaru Hari Guru, Hari Ibu, Hari Belia, Hari Jururawat, Hari Kesihatan Sedunia, Hari Setiausaha, Hari Polis dan macam-macam hari lagi tak perlulah nak masukkan Hari Raya Puasa dan lain-lain. Seronoknya bila hari-hari ini ada menteri dibelakangnya. Seperti Hari Guru ada Menteri Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia, Hari Polis ada Menteri Polis dan juga Ketua Polis Negara, Hari Jururawat / Kesihatan ada Menteri Kesihatan.
Bila tiba hari-hari yang diraikan itu berbagailah usaha dilakukan untuk menaikkan nama Kementerian dan juga menteri berkenaan. Selalu yang dapat dilihat ialah bila sambutan hari-hari tersebut berbagai insentif diwar-warkan. Contoh, ambil Hari Guru yang diraikan baru-baru ini, kenaikan pangkat guru-guru ditambah dan dipermudah.
Bagaimana pula untuk penjawat awam yang tiada hari dan juga menteri khusus untuk mereka seperti juruteknik, kerani, pereka, penerbit, penolong sistem pegawai maklumat, pemandu dan berbagai jawatan lagi?
Terlebih dahulu di ucapkan terima kasih kepada mantan perdana menteri Malaysia Pak Lah yang memperkenalkan kenaikan pangkat khas secara Khas Untuk Penyandang ( KUP ) kepada staf sokongan yang berkhidmat selama 15 tahun ( ada syarat-syarat yang di tetapkan ). Apakah insentif yang boleh diwar-warkan untuk golongan tanpa hari khusus ini?
No comments:
Post a Comment