Selak laman akhbar dan tengok berita, semuanya mengisahkan matinya seorang pengganas. Dipaparkan lokasi kejadian, gambar-gambar, cerita-cerita di hadapan dan di balik tabir, gambar-gambar keceriaan dan kedukaan dan kata-kata pemimpin menguatkan cerita matinya seorang pengganas. Bersempena Hari Pekerja, berita kematian Osama Bin Laden pemimpin Al-Qaeda diumumkan. Yang didakwa sebagai pengganas no. 1 dunia oleh Amerika.
Aku pun tak tahu nak tulis apa. Yang aku nampak sekarang selepas kematian beliau ialah kekalutan untuk mempertahankan diri / negara pula. Banyak negara telah mengambil pendekatan meningkatkan kawalan dilokasi-lokasi strategik yang berkemungkinan menjadi sasaran pengganas. Kepada negara-negara yang tak cukup kakitangan untuk mempertahankan negara bolehlah menjemput polis dunia Amerika untuk menjaga negara masing-masing. Menggunakan kaedah penswastaan.
Betulkah Osama Bin Laden itu pengganas? Apa yang menyebabkan ia dianggap pengganas? Kriteria apakah yang diukur sabagai pengganas? Jika Osama di beri mandat oleh NATO atau badan antarabangsa untuk menyerang orang awam, tempat-tempat awam adakah ia akan diketegorikan sebagai pengganas? Apakah mempertahankan hak dianggap sebagai pengganas? Aku tak boleh jawab, aku tak berada di sana dan hanya membaca apa yang ada sahaja.
Ada juga laman web/blog yang menulis bahawa Osama Bin Laden dan Al-Qaeda ini tak ujud hanya konspirasi menjatuhkan Islam sahaja. Sumber:
2- http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/osama-ben-laden-tidak-pernah-wujud/#axzz1LLSNPAvr
3- http://whatreallyhappened.com/WRHARTICLES/bin_laden_osman.html
4- http://aku-macjay.blogspot.com/2010/11/osama-bin-laden-ialah-tim-osman-agen.html
5- http://aku-macjay.blogspot.com/2010/12/al-qaeda-ciptaan-amerika-syarikat.html
Ada banyak lagi kena cari kat internet ( betul atau tidak fikir-fikirkan sendiri la ). 3- http://whatreallyhappened.com/WRHARTICLES/bin_laden_osman.html
4- http://aku-macjay.blogspot.com/2010/11/osama-bin-laden-ialah-tim-osman-agen.html
5- http://aku-macjay.blogspot.com/2010/12/al-qaeda-ciptaan-amerika-syarikat.html
Terfikir juga ada kebetulannya sebab mayat Osama dikebumikan di laut. Diberitakan semua nagara tak mahu mayat pengganas. Ini petikan dari Yahoo News:
By MATT APUZZO, Associated Press Matt Apuzzo, Associated Press – Mon May 2, 3:40 am ET
WASHINGTON – A U.S. official says Osama bin Laden has been buried at sea.
After bin Laden was killed in a raid by U.S. forces in Pakistan, senior administration officials said the body would be handled according to Islamic practice and tradition. That practice calls for the body to be buried within 24 hours, the official said. Finding a country willing to accept the remains of the world's most wanted terrorist would have been difficult, the official said. So the U.S. decided to bury him at sea.
The official, who spoke Monday on condition of anonymity to discuss sensitive national security matters, did not immediately say where that occurred.
Bila yang mereka buat tawaran menggebumikan mayat tersebut? Paham pula mayat orang Islam perlu dikebumikan dalam masa 24 jam tapi siapa yang jadi imam dan makmum sembahyang jenazah atau mereka tahu mati syahid boleh terus tanam tanpa mandi jenazah. Ini suatu penghinaan kepada umat Islam. Apa-apa pun ini berkemungkinan disebabkan:
1- Tak mahu kubur pengganas menjadi tarikan pelancongan.
2- Tak mahu ia menjadi ikon atau ikutan.
3- Bumi tak terima ( tak tau sapa yang punya fatwa )
4- Mayat tersebut bukan Osama.
5- Tidak ada mayat pun, hanya keranda sahaja yang di tenggelamkan.
6- Tak mahu ada saintis yang mengambil DNA Osama lalu di buat klon yang akan menghantui dunia semula.
Entah apa yang aku merepek nie. Tapi apabila membaca berita cucikan otak, lapangkan dada, berfikir secara waras. Apa-apa pun cerita Osama Bin Laden telah tamat dan kemenangan telah berpihak kepada polis dunia Amerika. Dunia telah ada seorang HERO. Negara-negara lain pun turut bersorak. Yabedaaaa..beduuuuu. Jangan jadi macam Pak Pandir, menang sorak kampung tergadai.
Tamatkah cerita ini? siapakah pula yang akan di nobatkan sebagai pengganas dunia selepas ini? Sebab; banyak lagi hasil dunia Islam belum di tuai, banyak lagi alim ulama Islam bediri di bumi ini, banyak lagi senjata/ alatan perang perlu di jual, banyak lagi negara tak melutut meminta simpati. Seorang HERO mesti ada penjahat baru dikata HERO. Kita lihat nanti.......
No comments:
Post a Comment