Tak habis lagi cerita makanan kat kantin sekolah. Cerita sana cerita sini garis panduan tak keluar lagi. Tindakan tak boleh ambil juga. Benarkah obesiti disebabkan makan nasi lemak disekolah? Kita orang Melayu makan nasi lemak pagi-pagi dah jadi macam tradisi. Kalau tak kena sebungkus memang ada kurang sikit pepagi, mesti kena sebungkus baru OK. Sayang nasi lemak yang menjadi makanan tradisi orang melayu seolah-olah menjadi penyebab kepada obesiti. Dahlah warisan orang Melayu semakin hari semakin terhakis dan semakin dilupakan. Kini nasi lemak yang suatu ketika dulu menjadi makanan menteri-menteri disalahkan.
Anak aku cakap nasi lemak kat kantin sekolah tak rasa macam nasi lemak pun. Macam nasi putih ja. Sekarang ni mak cik kantin pun tak buat nasi lamak yang sebenar-benarnya lemak. Janji bau macam nasi lemak. Bagi berminyak sikit dan masukkan daun pandan bagi naik bau, jadikkk. Kalau ikut cara masaknya, makcik kantin tu berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.
Aku setuju kalau makanan ringan dan berkarbonat di tiadakan. Tapi makanan berat perlulah disediakan tak perlulah di buat jadual jualan seperti mee goreng 2 hari, pulut 2 hari, nasi lemak sehari. Macam mana ketika hari jualan mee untuk pelajar yang tak boleh / tak lalu makan mee? itu perlu difikirkan. Kaedah ini untuk yang tinggal dalam asrama OK lah.
Bagus menggalakkan anak-anak membawa bekal. Nak cepat hari-hari bawa roti bakar atau sandwich. kalau dah jemu tukar selera bawalah burger atau nugget atau biskut-biskut, janji cepat masak. Laaa kat kantin sekolah diharamkan dari rumah pula dibawa. Nak bangun jam berapa untuk sediakan makanan yang berkhasiat disamping menyiapkan diri dan budak-budak kesekolah / tadika. Kebanyakan ibu bapa sekarang berkerjaya. Maklumlah zaman harga barang naik, hujan sahaja turun.
Tempat kerja dan tempat sekolah kadang-kadang bukan dekat mengambil masa yang lama untuk sampai. Kena bertolak awal, semua nak pantas. Cadangan aku lah. Ketika ini waktu persekolahan pagi bermula jam 7.30 pagi dan waktu kerja ( terutama kerja disektor awam) bermula jam 8.00 pagi. Apa kata kerajaan mengubah waktu persekolahan ke jam 8.00 pagi dan kurangkan masa kerja dimana waktu masuk kerja dilewatkan contohnya jam 9. Rasa aku budak-budak sekolah tak beli dah makanana di kantin. Semua boleh bawa bekal.
Disudahi dengan pantun, mungkin masa hadapan nasi lemak cuma tinggal pantun sahaja:
Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan
No comments:
Post a Comment