Filem dan juga drama bersiri yang memaparkan suasana kampung seringkali menggunakan pemandangan sawah padi yang luas terbentang dengan alur air yang sejuk mata menandang. Filem dan drama ini telah merakamkan suasana dan keindahan kampung yang menarik dan terima kasih kepada penerbit kerana merakamkan detik-detik itu. Terima kasih dirakamkan sebab gambar ini mungkin menjadi arkib kepada anak-anak di masa hadapan yang tak berpeluang melihat suasana kampung.
Gambar nie tak tahu sumber dari mana
Sekarang ini sawah padi telah dilanda fenomena perubahan. Tanah-tanah sawah telah berubah menjadi tapak-tapak banglo. Sekurag- kurangnya dua tingkat. kalau lebih lagi baik. Pemandangan yang indah di tanah sawah mungkin akan berkurangan pada masa hadapan. Pemandangan akan diganti dengan sawah padi dan diselang seli dengan banglo tak ada tingkap cuma lubang-lubang kecil disekeliling dan berbunyi bising. Banglo untuk burung walet atau burung layang-layang membuat sarang.
Bangunan yang dibina sungguh banyak di tanah-tanah yang asalnya tanah sawah. Mungkinkah pada masa hadapan bangunan burung walet ini akan mengantikan tanah sawah?? Ketika ini beras yang dikeluarkan dalam negara masih tidak cukup menampung permintaan dalaman. Bagaimana pada masa hadapan dimana banyak tanah-tanah sawah akan bertukar status? Walau harga dan permintaan yang tinggi untuk sarang burung walet, tetapi sumber makanan negara perlu difikirkan.Beras mungkin terpaksa diimport banyak lagi.

Gambar dari :http://indonetwork.net

No comments:
Post a Comment